Friday, 12 October 2012

sentap, santapan yang mantap!

salam alaik..

sepanjang-panjang kita hidup, mesti selalu kena sentap kan?? amacam?? best tak?? korang tanya la soalan macam tu dekat orang yang baru tersentap hati, mau hinggap 5 jari tu kat muka karang.. haha..

siapa yang suka kena sentap, I mean, siapa yang suka perasaan tu.. tapi, percayalah~ sentap tu santapan yang mantap.. like, SERIOUSLY!!

http://cdn.memegenerator.net/instances/400x/21452881.jpg

macam mana proses tersentap ni berlaku?? hmm, agak susah nak explain di situ.. biasanya kita akan tersentap, apabila sesuatu perkara yang kita pegang, sesuatu yang kita rasakan betul di kepala kita, tiba-tiba  pada pandangan orang lain adalah sebaliknya.. lalu, kita berasa goyah dan kurang yakin dengan apa yang kita pegang.. note that, i wrote in neutral way, maksudnya, i didnt say that setiap apa yang bertentangan dengan pegangan kita itu salah.. setiap apa yang berbeza dari kebiasaan yang diterima masyarakat itu betul..

oleh itu, bila hati kita disentuh, atau tersentuh atau tersentap, atau dirobek atau apa-apa je yang berkaitan dengan hati ni, kita mestilah menganalisa terlebih dahulu.. bila orang kritik, atau orang bagi pandangan, janganlah terlalu cenderung untuk menerima bulat-bulat atau menolak mentah-mentah.. think about it first..
 boleh jadi, ada yang berniat untuk menjatuhkan kita, boleh jadi ada yang mengharapkan satu perubahan yang positif dari kita..

dan ingatlah, setiap pilihan itu ada di tangan kita~ samada kita mahu melihat sesuatu pada sudut pandangan yang mana..mahu ambil dari sudut positif atau sebaliknya.. mahu terus bersedih apabila ditegur.. atau berusaha memperbaiki diri.. mahu membenci pada yang menegur, atau berterima kasih kepadanya.. in the end, apa pun keputusan yang kita ambil, impaknya kepada diri sendiri!!

that`s why i think sentap tu santapan yang mantap.. terus je terkesan di hati.. tak semestinya kena membuat sentapan secara kasar.. secara halus juga boleh ;)

untuk itu, adalah penting untuk saling berpesan ke arah kebaikan..untuk saling tegur-menegur, untuk saling ingat dan mengingatkan orang lain.. seharusnya kita bersyukur kalau ada kawan yang dengan muka tebal, jiwa kebal dan hati yang berani menegur anda!! yup, kita kena berterima kasih kepada mereka.. bukan senang nak tegur member sendiri, ok!! maknanya, diorang ni tersangatlah sayang kita.. tu barulah ukwah fillah!!

erk, kalau kawan tak tegur kita tu, maksudnya tak cukup sayang kita?? hmm, tepuk dada tanya iman!!

p/s: this post is the continuation of this




No comments:

Post a Comment