Wednesday, 24 October 2012

empty nest sydrome

salam alaik..

"Empty nest syndrome refers to the grief that many parents feel when their children move out of home. This condition is typically more common in women, who are more likely to have had the role of primary carer. The feelings of grief can coincide with other major life event such as menopause or retirement. It can be difficult to find sympathy, but help and support is available."
ayat  gunting tampal dari Better Health Channel

ya allah, lagi beberapa hari lagi nak bertolak pulang ke Malaysia, tapi sekarang aku dah rasa terketar-ketar nak balik.. tak sabar nak jumpa mereka-mereka yang aku rindu.. (erk??why so sudden??)

yup, aku bukanlah yang jenis cakap terus terang kalau pasal feeling ni.. diam-diam sudah.. tak cool langsung la.. haha.. tapi, kalau sayang tak terucap, takkan orang yang kita sayang itu tahu.. kerana mereka manusia!! manusia mana boleh tembak hati orang lain!

hmm, tapi, aku sedih sekarang.. sebab aku fikir, even if i`m home, things wouldn`t be the same anymore.. never be the same.. huhu.. sedih.. sebabnya, sebabnya, semua orang will be busy with their on life, semua orang akan move on to other stage, semua orang will slowly disappearing from myself, literally~ T.T

tapi, seriously, I`m telling u this~ aku rasa JAUH.. yup, jauh dari mereka.. macam ada barrier, macam ada dinding.. seperti kedai-kedai baju di pekan.. ada cermin transparent yang memisahkan kedai dengan jalanan..

aduh, kenapa emo sangat ni?? chill la.. rilek-rilek sudah.. hailo.. normal la macam tu.. kan hidup di dunia ni satu kitaran.. kitaran yang tak boleh di'reverse'.. kitaran yang tiada satu pusingan lengkap.. kitaran yang ada penamat dan penghujung.. kitaran yang tak boleh dihentikan dengan suatu kuasa apa pun selainNya..
well, shouldn`t be kitaran then, it`s more like a process.. a moving-but-you-don`t-always-realise-process, hurm?

tapi, apa kurangnya aku, aku rasa aku pun berubah sikit.. aku tak tahu samada perubahan ini seiring dengan umur, atau aku yang mengada-ngada.. I always think of feeling right now.. erk, bukan feeling yang gatal, k.. perasaan takut untuk hilang sesuatu.. takut untuk kena rindu afterward.. rindu afterward?? erk, cengguane tu??

macam empty nest sydrom ni la.. tapi, aku tak mahu jadi burung yang kesunyian bila anaknya dah pandai terbang.. aku tak mahu, aku tak nak, sebab~ it felt so empty, dull, kosong.. alone.. dan semua perasaan ni sangatlah tak best :(

http://quietlunch.com/wp-content/uploads/2012/07/the-birds-nest-bed-2983_lg.jpg
walaupun aku memang tak de anak yang dah besar panjang, walaupun aku tak ada anak pun lagi, walaupun aku memang tak kawen pun lagi, tapi, aku rasa aku dah ada sindrome ni..  (hek eleh budak ni, merapu-rapu betul!! pikir mengalahkan orang tua!!)

tipu la kalau aku cakap aku tak terfikir pun pasal benda ni dulu-dulu.. but now, this feeling sangat strong, sampai kadang aku rasa sangat takut nak move on..

ok, cuba korang fikir, sekarang tengah sambung belajar.. memang beribu kilometer jauh dari rumah, balik sekali setahun pun dah bersyukur.. pejam-celik, pejam celik, habis empat tahun.. pastu kerja, dan mungkin posting kat tempat jauh dari rumah..

see!! dah tak de nya nak duk main-main macam dulu-dulu.. nanti semua orang dah besar panjang dah semua.. huhu..

hah, tu la.. dulu masa duduk kat rumah, suka ngadap tv je..tak tengok tv, tertancap depan komputer! apa yang dapat?? 


(silent~no answer)
.
.
.
.
sesungguhnya aku rindu, rindu di masa yang lalu..


kenapa perasaan macam ni mesti ada??

to be continue..

p/s: dah la.. nak pi study dulu.. lusa last pay-perrr *ala2 Johan Lawak Ke Der*






Friday, 19 October 2012

32

assalamualaikum *ala-ala prof izzi haji ali*

tersebut lah kisah, aku ke toilet nak ambik wudhuk.. tapi, biasalah kan, bila dah masuk toilet tu, mulalah berlama-lamaan di depan cermin toilet yang bersinar tu.. bila dah puas scan seluruh muka, baru reti nak pergi tunaikan niat di awal tadi.. haha.. typical perempuan =.='

macam tadi, patutnya masuk toilet, pegi ambik wudhuk je la, ni tak, bertapa pulak dalam sana.. sibuk duk bilang gigi!! aduhai.. bilang punya bilang, rupa-rupanya~ ecececeh suspen gitu.. rupa-rupanya, aku punya gigi ada 32 batang..

ok, gigi aku 32 batang.. emm, dah cukup ke aa?? berapa semua gigi orang besar?? alamak, gigi bongsu aku dah tumbuh ke?? ala, nanti dah tak tinggi la.. tak pe, tak pe, nanti boleh tanya prof google.. 

and yup, dari artikel-artikel yang melambak kat internet tu, memang~ gigi orang besar memang 32.. sob, sob..
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxWWVvrNtaBqR8JTfsFYArzDAPHklQGB5e9OksaihdYs5b9z8n


now I think I`m old enough.. alamak, cepatnya..

oklah, from now on, tidak boleh tidak, aku kena jaga gigi betul! yup, kena jaga betul-betul!! yosh!!

walau apapun, aku bersyukur sebab aku tak rasai sakit tumbuh gigi bongsu tu.. orang cakap sakit, tapi tak tahu la.. mungkin juga aku pernah rasa sakit gusi ke apa ke, tapi, sebab aku buat macam tak kisah je, so,  it doent affect me subconscious-mind-ly <-- ada ke words macam ni..

tu je laa dulu, selamat study sume ^^


Friday, 12 October 2012

sentap, santapan yang mantap!

salam alaik..

sepanjang-panjang kita hidup, mesti selalu kena sentap kan?? amacam?? best tak?? korang tanya la soalan macam tu dekat orang yang baru tersentap hati, mau hinggap 5 jari tu kat muka karang.. haha..

siapa yang suka kena sentap, I mean, siapa yang suka perasaan tu.. tapi, percayalah~ sentap tu santapan yang mantap.. like, SERIOUSLY!!

http://cdn.memegenerator.net/instances/400x/21452881.jpg

macam mana proses tersentap ni berlaku?? hmm, agak susah nak explain di situ.. biasanya kita akan tersentap, apabila sesuatu perkara yang kita pegang, sesuatu yang kita rasakan betul di kepala kita, tiba-tiba  pada pandangan orang lain adalah sebaliknya.. lalu, kita berasa goyah dan kurang yakin dengan apa yang kita pegang.. note that, i wrote in neutral way, maksudnya, i didnt say that setiap apa yang bertentangan dengan pegangan kita itu salah.. setiap apa yang berbeza dari kebiasaan yang diterima masyarakat itu betul..

oleh itu, bila hati kita disentuh, atau tersentuh atau tersentap, atau dirobek atau apa-apa je yang berkaitan dengan hati ni, kita mestilah menganalisa terlebih dahulu.. bila orang kritik, atau orang bagi pandangan, janganlah terlalu cenderung untuk menerima bulat-bulat atau menolak mentah-mentah.. think about it first..
 boleh jadi, ada yang berniat untuk menjatuhkan kita, boleh jadi ada yang mengharapkan satu perubahan yang positif dari kita..

dan ingatlah, setiap pilihan itu ada di tangan kita~ samada kita mahu melihat sesuatu pada sudut pandangan yang mana..mahu ambil dari sudut positif atau sebaliknya.. mahu terus bersedih apabila ditegur.. atau berusaha memperbaiki diri.. mahu membenci pada yang menegur, atau berterima kasih kepadanya.. in the end, apa pun keputusan yang kita ambil, impaknya kepada diri sendiri!!

that`s why i think sentap tu santapan yang mantap.. terus je terkesan di hati.. tak semestinya kena membuat sentapan secara kasar.. secara halus juga boleh ;)

untuk itu, adalah penting untuk saling berpesan ke arah kebaikan..untuk saling tegur-menegur, untuk saling ingat dan mengingatkan orang lain.. seharusnya kita bersyukur kalau ada kawan yang dengan muka tebal, jiwa kebal dan hati yang berani menegur anda!! yup, kita kena berterima kasih kepada mereka.. bukan senang nak tegur member sendiri, ok!! maknanya, diorang ni tersangatlah sayang kita.. tu barulah ukwah fillah!!

erk, kalau kawan tak tegur kita tu, maksudnya tak cukup sayang kita?? hmm, tepuk dada tanya iman!!

p/s: this post is the continuation of this




Sunday, 7 October 2012

o0o balik kampung o0o balik kampung

salam alaik..

hmm, hari ni, genap sebulan lagi nak balik malaysia untuk summer break..

tak mampu nak beli tiket kapal terbang ni.. jetstar  pun jadila~
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS9ieyDrBIDx136hnEzuU-kJqcRtn9h-poSyPCDlZfuwbnW6SNUZQ

huhu.. sebenarnya, takut la juga nak balik.. kenapa?? kerana dua sebab..


pertamanya- perubahan environment itu sendiri.. kat sini ada biah solihah.. kat Malaysia?? hmm, no comment.. tepuk dada tanya minda.. semoga bila pulang ke tanah air dapat istiqamah dengan apa yang dilakukan di bumi aoteoroa ni.. ingat lagi dulu sebelum nak fly, masa tengah duduk bersahaja je, pak cik datang..

PC: macam mana persiapan untuk fly??
me: persiapan?? persiapan bendape?? nak kena cerita semua kah?? oh, baju-baju semua dalam proses nak pack dah.. tak de ape sangat
PC: oh, persiapan agama??
me: persiapan agama?? apa yang aku prepare?? ha`ah la, kenapa aku tak pergi cari, jawapan-jawapan kalau mat saleh tanya pasal Islam.. aduhai, dah nak fly dah pun *blur+speechless*
PC: Quran bawak??
me: bawak.. dengan terjemahan sekali..*sengih*
(bunyi cengkerik + burung gagak) pastu aku berlalu sebab awkward..
# maybe exaggerate some parts..

walaupun tersentap sikit dengan pertanyaan tu, tapi aku bersyukur, kerana hati aku tersentap untuk benda yang baik.. malam tu, aku google la juga sikit-sikit.. tak de la terbuang sangat masa selepas tu.. secara jujurnya, sekarang, aku rasa, aku lagi kena bersedia untuk pulang ke Malaysia.. persoalan itu seakan lagi valid untuk situasi aku sekarang..apakah persediaan diri aku untuk teguh dengan jalan yang aku pilih?? now, i have to think of the answer to this question..

keduanya- people`s expectation.. ye la, kan duduk negara orang putih ni, mesti diorang expect aku duk cakap omputih dengan fluent nye.. mesti diorang ingat aku selalu lepak dengan  Lyall, Patricia, Tony, Matt atau Jenn hari-hari kan??  pastu, mesti ada yang nak tanya aku pasal ubat-ubat yang diorang makan.. aduyai.. tahukah kamu semua~ aku sekarang ni baru buat foundation.. tak kenal ramai orang sangat, dan belajar pun secara general je la, tak masuk pun lagi pasal farmasi ni..

tapi, tak pe.. aku tak perlu pun nak ikut expectation orang... wutever~

Sunday, 30 September 2012

chess tournament

salam alaik..

suatu hari yang cerah masa cuti sem break hari tu, aku sengaja la tinjau-tinjau kelab-kelab yang ada kat uni.. google punye google, aku jumpa la satu page yang display..

'chess tournament'
https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQjCiLoWhssNfk4WfXDrY95MfT0nHDFEmyrfAHxwZaGaN0ASTjwog

hati terdetik, 'nak masuk  ke tak?? kalau masuk nanti kena lawan mat saleh, tapi kalau tak masuk tahun ni, tahun depan mesti menyesal ' (insyallah tahun depan akan menjadi tahun yang agak hectic~ prepare for trouble.. hohoho).. hmm, cengguane ni?? 

fikir-fikir sampai lupa, hahaha.. until one day, masa lalu kat board dekat library, nampak lagi notice tu.. dan lepas tu terus bertekad~ i have to!! ye la, time tu teringat kat pesan abah - masuk je semua, supaya tak jadi ignorant bila bergaul dengan orang.. berbekalkan dengan semangat yang jitu dan berkobar-kobar, aku pun sign up untuk chess tournament tu..

dan bila senarai penuh pemain keluar, i felt like.. what?? semua opponent aku lelaki!!! arrrgghhh!! aku tak pernah main dengan lelaki, kecuali dengan abang aku dan abah aku, dan aku selalu kalah :(  oh, dan sorang lagi pak cik mana entah yang aku jumpa masa sekolah menengah dulu.. tu je.. dan (berapa banyak dan dah..)semua nama pemain yang dalam list tu tak berbau asian walau seketul pun!! aduyai!!  kenapa la tangan aku gatal sangat nak register masuk chess hari tu!! dan... dia punya regulation~ hailo

ok, begini, kejohanan ni ada 4 group, dan each group ada 5-6 pemain.. pemenang bagi setiap kumpulan akan mara ke next round in quest for 200 nzd prize and trophy with your name carved on it (cool, isn`t it??) aku tak de la kisah sangat pasal hadiah tu, sebab main purpose aku masuk ni pun sebab nak gain experience.. nothing more...

berbalik kepada peraturan tadi~ biasa-biasa yang aku main, rule nya- one touch move.. so, klu kita dah sentuh satu buah tu, kita kena gerak yang tu la.. tapi, this time, tak guna rule tu.. kita boleh nak gerak yang mana pun as long as kita tak tekan jam tu.. cuak la, sebab tak pernah aku main guna rule cenggini sebelum ni... tapi, sebenarnya ok je.. haha..  perkara yang pelik yang kedua- penganjur tu bagi contact details semua pemain dalam group, so that kita sendiri yang akan deal dengan pemain lain untuk arrange satu masa yang specific untuk main.. hmm, bagus la juga buat macam tu, jadinya, boleh la nak main ikut masa lapang pemain-pemain itu sendiri.. tak de la buat serentak- 4 game sehari.. tak de la sakit otak sangat.. sebenarnya, aku macam segan sikit nak msg pemain lain.. ye la, entah sape-sape je penerima msg tu.. haha.. tu la masalah aku..

first opponent aku, orang afrika.. dia yang text aku dulu.. seriously aku cuak.. first opponent kut!! masa dia jumpa aku kat bangunan tu, aku tengok macam dia terkejut sikit.. mungkin dia tak expect aku ni macam ni.. haha.. budak pendek, ala-ala muka maori, yang belit scaft atas kepala..  ok, wutever~ aku cuba bersikap positif seboleh mungkin, bermanis muka sebaik mungkin, bertenang sehabis boleh walaupun dalam hati, hanya Allah yang tau betapa jantung aku ni berdetak lebih kencang dari kaki Usain Bolt masa berlumba 100m dalam Olimpik 2012.. dan masa tengah lawan tu pulak, jam yang kami guna untuk setkan masa rosak (sebenarnya tak rosak pun, none of us know how to work that thing out) dia suggest untuk teruskan tanpa jam.. dan aku setuju je, macam burung belatuk yang angguk-angguk tu.. even though that time, I can say, I got the advantage over him, but yeah, I just accept the offer..

my second rival is a kiwi..I coincidently met him before when I want to book a room to play the chess with the first player.. kalau ikut hati, yang ni lagi menggusarkan jiwa la, sebabnya dia memang nampak sangat konfiden dengan diri.. oh, my.. seriously, memang bajet kalah awal la.. oh ya, lupa nak cakap~ untuk first round tu aku kalah, ok :(  all these reasons kind of make my self not confident enough, but I guest that make me be more careful.. and finally, I can score 1 mark from that!! yippie!! alhamdulillah..

lastly, I think is iwi.. rasanye lah.. nampak budak lagi mamat tu, walaupun kenyataan dia tinggi macam pokok kelapa.. dia pun bila nampak aku, macam kaget sikit.. mungkin dia tak expect orang macam aku main benda macam ni, atau pun dia ingat aku ni stok-stok duk rumah study 28 jam sehari.. untuk last game ni, aku kalah, tapi aku rasa nak gelak boleh tak?? mamat tu terketar-ketar tangan dia masa nak buat move.. yup, memang la normal untuk rasa adrenaline rush, tapi aku rasa cam senang hati sebab aku berkemampuan untuk buat opponent aku ni rasa macam sesak nafas.. aku rasa macam satisfied dengan diri aku, sebab aku yakin bahawa aku ada peluang sebaik peluang orang  lain.. aku mampu untuk buat semampu orang lain.. even first player pun cakap it is a tough game.. rasa macam dapat acknowledgement <-- bajet macam dapat award je

dari semua game ni, aku boleh bagi konklusi, kita memang sebagus orang lain!! oh, tak, we have one more thing extra.. we have iman, insyallah.. so, tak payah la nak pandang tinggi sangat dekat diorang ni (even, kita tak setinggi diorang).. hakikatnya, diorang sendiri gerun dengan  kita.. memang betul la kata-kata akak senior masa kat sekolah dulu, kita memang dijajah secara mentalnya.. kita selalu anggap diorang ni sangat hebat, walaupun diorang lebih kurang je macam kita ni..

eh , wait~ ke aku sorang je rasa omputih tu hebat?? hmm.. pe2 jela.. apa yang penting sekarang aku dah dapat pengajaran tu.. oh, aku bukan buat post dengan tujuan untuk kita berbangga sampai kembang kempis hidung tu, ataupun untuk berbangga sampai riak ke apa, aku just nak highlight kan satu keypoint ja.. believe in urself, u really can do it!! ~ have faith for hope (Iyla, 20??)

p/s: supposedly, i should play 4 round of games, but there`s one person in my group that didn`t response to my messages at all sampai la dateline tournament tu.. huhu..

Friday, 14 September 2012

KOt


merujuk kepada title di atas, kot di sini bukan merujuk kepada spesies-spesies baju yang korang jumpe terpamer di belakang gelas kaca bila korang lalu depan Glasson time winter hari tu..

kot

hari ni nak carita pasal 'kot' yang bese kita guna hari-hari tu.. KOt atau Kut atau apa-apa yang sesuai dengannya.. sebelum dibaca keseluruhan post ni, sudilah kiranya cik yah empunya blog nak minta maaf banyak-banyak kalau-kalau ada yang terhiris hati, atau tersentap jantung dengan post ni yep!! v(^.^)v

first thing first, i`ll tell u why i wrote this.. hehe.. alkisahnya bermula dalam ekspedisi pengembaraan secara solo selepas southern gathering hari tu.. eh, wait, part tu tak penting pun..  hari tu, aku borak-borak dengan sedara aku, borak sebab nak ease that awkward feeling, when there`s only two souls present at that time!?! tapi, aku dah lupe dah borak pasal ape.. haha.. i`ll just make up the important part of the conversation, just to addressed the KOt that i would like to talk about today..

S: nanti boleh la jadi pharmacist yang berjaya,ea??
Me: ye KOt..
S: KOt??!! <-- dgn nada sarkastik + jelingan mata + mencebik (ok, mungkin exaggerate few parts here..)
me:suka hati aku lah nak cakap guna perkataan apa pun.. isshh, dia ni!! arrrggghhh!! jap2, relaks, relaks, cool, chill.. think.. think.. think.. positif, positif.. tapi, memang patutla kan.. aku kan sponsored student, mesti orang pelik macam mana aku boleh dapat scholarship klu tak boleh nak cakap secara firmnya..

pastu sambung borak lagi..bla bla bla..

S: nampak macam tak online je fb
me:0o, online je, tapi tak active sangat.. tak suka main fb.. taunya men'stalk' orang je.. hehe
S: stalk?? dasyat sangat tu.. stalker tu untuk lelaki yang follow pompuan tu..  tu view je la..
me: .......

dua kali hentakan mengena dekat dahi!! double attack gitu!! dush2!! tersentap hati mak nak!! adoi.. pastu, i prefer not to talk, sebab sedeh :(

from that moment, barulah tahu kepentingan memilih perkataan yang sesuai dan tepat dalam conversation.. memang aku jenis orang yang hentam je bila bercakap.. as long as people get the true meaning.. itu  yang aku fikir sebelum ni~orang akan faham je apa yang aku cakap.. tapi sebenarnya tak.. kadang, bila berbicara dengan orang yang bukan dari kalangan clique sendiri, kita memang kena bercakap dengan bahasa yang difahami semua tentang maksudnya yang asal.. (note that, orang yang aku borak tu celik it, malah lagi celik dari aku ni, hah) maksud aku, dengan kawan-kawan housemate kita, boleh la nak guna 'stalk orang kat fb jap', sebab kita semua mendefinasikan perkataan 'stalk' itu dengan maksud yang sama, walaupun maksud yang sebenar,, err, memang menyimpang la kan?? (tapi, mana tau klu nanti dalam dictionary akan ditambah definisi pasal stalk sebab ramai je orang guna.. tak mustahil kan??)

berbalik kepada tajuk asal.. 'KOt'..mari kita renungkan, bila kita guna KOt ni??

1. bila nak cakap sesuatu yang kita tak pasti
orang 1: yang ni betul tak jawapannya??
orang 2: ye kut :D

2. bila nak kena neutral kan perasaan bersalah
orang 1: nanti nak join tak picnic kat bawah pokok sakura tu??
orang 2: tak kut.. ada kelas time tu :(

(i did observe people afterwards, pernah juga bilang dalan sehari berapa banyak KOt diguna.. haha.. )

memang tak salah pun nak guna perkataan ni.. tapi kenalah sesuai dengan waktunya.. untuk situasi1 tu, ok la.. sebab tu kan memang tujuan asal KOt ni.. untuk my conversation with my sedara tu, memang tak sesuai la.. memang la kita tak tahu what wait for us in the future, tapi, kan lagi cantik kalau kita cakap, Insyallah..

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan: Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti.Melainkan dengan berkata: Insya-Allah. Dan sebutlah akan Tuhanmu jika kamu lupa; dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.

 (al-kahfi:23-24)

untuk situasi ke 2, i think better not to.. sebab kita memang ada komitmen lain, di mana kemungkinan untuk buat sesuatu tu adalah tersangat tipis.. memang la kita tersangatlah berbudi dan... berbahasa?? hmm, bahasanya pun enggak betul,, gi mana ni?? adduyyaii..

fikir-fikirkanlah ^^

ya, yang benar itu pahit, tapi selama mana harus ditelan kemanisan yang penuh habuk?? ey?? kemanisan yang bukan sebenarnya-benarnya.. yang dibuat-buat.. tiruan.. baik makan ubat yang pahit.. pahit sehari, esok dah pulih kan?? (entah-apa-apa-entah-jangan-kerutkan-dahi-nanti-cepat-berkedut)

p/s: makan benda manis yang berhabuk nanti tercekik.. macam makan lolipop big foot..haha..


big foot lolli



Wednesday, 12 September 2012

simple act of kindness^^


in conjunction to this post..

help ourselves by helping other!!
hanya dengan senyuman, u could lift up other people`s problem..
with just a smile, u tell the other person that they never walk alone..
hanya dengan senyuman, u are telling them, i did notice u,,
dengan segaris senyuman itu.... tak susah  kan??

sami yusuf- healing

تبسمك لأخيك صدقه

senyum untuk saudara kamu itu adalah sedekah



Friday, 7 September 2012

bioc oh bioc!!

hari ni yang terang,
semua baju yang tebal telah hilang..
orang-orang nya bergelimpangan..
menyimbah badan dengan pancaran..
aku di sini, berteleku di depan kotak hitam..
dengan harapan, esok tak banyak yang kena hentam!!


esok insyallah, akan berperang dengan paper Biochem.. pray for me, yep.. entry ni just a relay before continuing with my study~ (which would never end..)

tadi, nak masuk library punya lab computer.. bila lepas pintu yang ala-ala pintu cowboy bar tu, ternampak sorang budak lelaki lebih kurang umur 4 tahun.. dia tengah duduk atas meja komputer, bapaknye ada kat sebelah tu, kusyuk mengadap desktop..

tetibe je budak tu cakap hi!! tergamam gue seketika.. speechless, pikir 2 saat, pastu baru cakap 'hi' kat budak tu + senyum plastik <-- terkejut sangat ni..

memang random betul budak tu.. punyalah ramai manusia yang lalu lalang kat situ, aku yang pakai baju kurung kuning bersinar bak matahari ni juga yang kau tegur.. ayyyooo~

tapi, thanks to u, I feel much brighter inside :p

the end.

moral: simple act, can put smile on other people`s face..


Thursday, 23 August 2012

untukmu wanita


salam alaik..

korang ingat lagi bila first time datang period?? mesti ingatkan?? first time period tu macam satu tarikh keramat yang provide indication that we have move to another stage of life.. kita bukan lagi budak hingusan!! kita dah besar!! (cewah, ayat tak boleh blah..)

apa perasaan time tu?? ada yang takut, ada yang excited, ada yang gembira etc3.. aku sendiri, rasa excited pulak.. that day, ujung tahun 2004, kat dapur~lepak-lepak, pastu bila bangun dari kerusi, nampak ada darah.. bendape ni?? tak de pun rase sakit-sakit.. pastu, terus je bagitau kat umi, tapi macam tak de response sangat.. mungkin sebab, im the earliest one in my family.. my sis- form 2, umi pun tak de la cepat tu.. then, aku cakap kat cousin aku.. pastu dia ada slow talk dengan aku.. dia pesan sikit-sikit pasal haid ni.. ye, memang bab ni dah dicover kat sekolah, tapi, we wouldn`t really care about something unless it happen to us, right?? Alhamdulillah, Allah sent me somebody that explain a bit about this.. bila fikir balik, tak de la banyak sangat pun yang dipesan, tapi pada waktu itu, ia sangatlah membantu..

so, kali ni nak cerita sikit pasal ma`zurah ni.. memang kita dah biasa dengar kan, sebab kita alaminya tiap bulan, tapi camne pulak dengan adik-adik kita?? di harapkan post ni, boleh meng'refreshkan' fikiran kita pasal haid ni.. mana tau, esok-esok, anak sedara datang pastu cakap, "cik yah, ada darah la!!" tak de la kita duk gelabah nak pesan ape, kan??

masa kat sekolah dulu, ustazah cakap, darah haid ni wanenye gelap sikit, pastu baunya hanyir, klu nak banding dengan darah istihadah yang sedikit cair, dan tidak berbau hanyir.. kebiasaanya, kitarannye adalah 28 hari.. dalam Islam, darah itu dikira darah haid bila dah lebih 15 hari dari tarikh last period..


macam dalam kalendar ni, last 16 april, so 15 hari selepas tu, klu keluar darah, itu mungkin boleh dikira haid.. mungkin?? kenapa mungkin?? sebab untuk consider darah tu darah haid, ia mesti keluar sehari semalam mengikut mazhab syafie..

pesanan ketika period:

1- jaga kebersihan.. time ni lagi prone untuk dijangkiti bakteria.. lagipun, kebersihan itu kan sebahagian dari iman..tukar selalu bila perlu!!
2- haid datang tak bermakna boleh meloloskan diri menghambakan diri kepada Allah, k.. puasa dan solat dah tak leh buat, maka perbanyaklah berzikir dan buat sedekah.. sedekah bukan susah pun~ senyum kat orang lain, mudahkan urusan orang lain untuk menuntut ilmu etc3..
3- biasakan diri ingat bila period ni datang.. klu susah sangat nak ingat, buat tanda kat kalendar kecik yang ada dalam wallet tu.. tapi, sekarang ni dah canggih dah.. untuk pengguna apple, bleh la check application ni.


bagi aku, adalah membantu untuk buat tanda bila period.. senang nanti.. dulu, aku tak de la peka sangat dengan benda ni.. ala, buat ape tanda-tanda bagai.. period aku kan stabil, sampaila ramadhan f3..period routine disturbed, last2 dekat sebulan juga la kena qadar puasa.. hailo~ so, kawan-kawan, tandalah yep.. tak salah pun beringat.. satu lagi kebaikannya, mungkin kita boleh kesan klu2 ada abnormality with our body through menstrual cycle..nauzubillah

4- hmm, satu lagi yang aku belajar kat sini ramadhan hari tu.. orang yang 'uzur' kan tak leh nak puasa, so, ketika itu, kita bolehla buat something untuk mereka-mereka yang berpuasa ni.. kan bagi makan orang yang berpuasa itu, akan diberi ganjaran orang yang berpuasa tersebut.. pemurah kan Allah?? nak bagi chance kat perempuan untuk dapat pahala puasa..so, rajin-rajinlah bagi makan kat orang yang berpuasa.. (selalu je dengar orang cakap macam ni, tapi, i take it lightly~ bila kat sni, ketara betul- orang yang tak berpuasa ni berlumba-lumba nak bagi makan.. )

bila nak tau dah habis dah haid ni??
bila dah tak de wane coklat atau kuning yang pekat ala2 koko juga.. tapi, klu besenye dia memang ada keputihan yang kekuning-kuningan, klu kuning cam bese tu- maknanya dah habis la.. check gne kapas, lalukan dan tengok warnenya ape..

bila dah diyakini darahnye dah kering, maka, bolehlah bersihkan diri dengan mandi wajib.. pastikan airnya rata ke seluruh anggota tubuh.. cucikan juga rongga2 badan.. celah-celah jari tu biar air lalu, bawah kuku juga..


dulu, ustaz pesan, first2 tu, mandi macam bese, bersihkan badan.. pastu ambik wuduk, then barulah mandi wajib.. 

pesanan tambahan

1. kalian tahukan, Allah panggil kita 3 kali untuk menghadapnya
-panggilan azan untuk solat
-panggilan untuk tunaikan haji
-panggilan ajal- untuk menemuinya

oleh itu, kita-kita perempuan ni, kena cepat-cepat solat bila dah masuk waktunya.. sebabnya, kita tak tahu haid kita datang bila.. contohnya, kita period kul 3, zohor dah masuk dari kul 1 lagi, tapi kita still tak solat-solat.. nah, dah terlepas solat.. klu takdir kita, ajal datang time period tu, tak ke naye?? nyway, jangan lupe qada` solat zohor tu. klu ada kesempatan hidup ye!!

2. jangan lambat-lambatkan mengangkat hadas besar, dan janganlah cepat-cepatkan sangat, klu ada lagi tu, tak usah la nak pegi mandi wajib lagi.. klu dah tak de, ape tunggu lagi, bersegeralah!!

3. bila mandi angkat hadas besar waktu asar, kita kena solat asar dan qada` solat zohor.. begitu juga halnya bila kita mandi waktu isyak, kita kena qada` waktu maghrib.. tapi, klu waktu lain selain dari keduanya, tak perlu.. tapi, klu zohor dah tak de, pastu tunggu sampai asar, takde, pastu time maghrib baru nak mandi, memang obvious la kita kena qada` zohor dan asar sekali..hmm, bab ni, tak berani sangat nak comment, boleh layari web ni untuk penjelasan yang lebih lanjut..


dalam hal berkaitan dengan haid ini ada pendapat yang berbeza..so, kita kena teliti dulu, dan pilihlah yang paling afdhal.. jangan pilih ikut nafsu, ikut senang je.. wallahua`lam

p/s: seriously, segan nak buat post ni, tapi, kadang kena open juga.. can`t imagine myself, nak kena cakap pasal benda ni dekat anak-anak    <--LOL
ingat nak tulis surat untuk tatapan si adik yang disayangi, bila fikir balik, apa salahnya berkongsi dengan kalian semua,, hmm, silalah permbetulkan apa yang salah dan ditambah apa yang kurang, yep..

Thursday, 16 August 2012

of venous pooling, dehidration and kurma

salam alaik..


kabare?? harap sihat-sihat saje..kali ni nak citer pasal venous pooling (minggu lepas baru test hubs, bear with my biological explanation, k)

venous pooling 


venous pooling ini adalah satu fenomena yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktor; iaitu graviti, tekanan darah yang rendah dalam veins, dan kerana compliance characteristics of veins..
venous pooling ini senang citer adalah blood yang terkumpul pada bahagian bawah abdomen, especially kaki, ketika berdiri tegak, setegak tiang bendera kat sekolah tu..

bila venous pooling ni berlaku, maka darah yang dipump balik ke jantung akan berkurangan.. so, sistem peraliran darah akan kucar-kacir.. dipendekkan cerita, venous pooling ni, jika dibiarkan, akan menjuruskan kepada kejadian yang tidak diingini iaitu jatuh pengsan, tak sedarkan diri.. (ni, obviosly lagi bagus dari tak sedar diri..lalala~)

sebab tu la, bila berkawad masa kat PLKN dulu, jurulatih selalu je pesan supaya gerak-gerakkan jari dalam kasut boot tu, jangan duk static je.. nanti kang, klu jatuh pengsan, habis patah gigi depan..


kurma

mase dulu-dulu, memang la tak suka makan kurma ni.. bukan ape, sebab manis sangat.. tapi, tak de la tak makan.. makan je bila orang sua time nak berbuka pose tu.. tapi, tak de la suka, sampai nak suruh orang lain tolong hulurkan sebab nak makan..

sampaila satu hari ni, ingat lagi, kejadian tu berlaku masa form 3.. punyalah rajin cap ayam, sampai tak ingat nak makan (atau mungkin, kerana kesengalan yang melanda mengakibatkan malas untuk beranjak dari kerusi yang tak berapa empuk dalam kelas untuk ke kantin yang cuma sepelaung je dari kelas =.=`). bila dah habis kelas dalam kelas kul 3 tu, maka bergeraklah pulang menuju ke van kuning yang siap menunggu ketibaan di luar pagar.. masa jalan tu tak de la rasa yang luar biasa.. mungkin sebab dah biasa mengah-mengah bawak beg yang berat.. tapi, bila berhenti je dekat van tu, dah rase pelik..macam terawang-awang.. tangan dah sejuk.. pastu, terus je duduk, tarik nafas dalam-dalam.. ok sikit..time tu, baru ingat ada kurma yang kawan bagi.. (dia baru balik dari umrah, bagi satu kelas buah kurma) selepas makan, lagi better.. from that point, memang dah set kat otak, nak kena suka makan kurma..

kali kedua, masa kat Intec.. that day, ada program ape entah kat dewan besar tu.. masa event tu ada blood donation booth.. hari tu, tak de la excited sangat nak derma darah, sebabnya, dua kali attempts sebelum ni, memang tak lepas.. tapi, isi juga borang hari tu dengan niat awalnya, sebab nak teman Iyla.. tu je.. bila time tak de semangat tu pulak, lepas semua requirement.. so, bolehla derma.. (naseb baik, time tu- nurse yang bertugas kat bahagian borang tu tanye, kenapa nak derma darah?? time tu baru la bertukar niatnye.. klu tak, mau je sia-sia derma, tapi niat entah ape2.. thanks ye, puan nurse :D ) selepas derma tu, (derma satu beg je, sebab nurse tengok muka macam dah tak larat, but I didnt feel weak or whatsoever) terus je ambik beg, nak bla dari situ.. (ubat lupe nak ambik, makanan yang diorang sediakan pun tak perasan.. tersangatlah blur..) jalan tak sampai pintu, pandangan dah gelap.. oh, my.. pastu, duduk jap, and mintakkan Iyla to buy me kurma dekat booth yang satu lagi tu.. yup, kurma again make me feel better..

kali ketiga.. hmmm, ni baru je berlaku tadi... ni la sebenarnye nak cerita.. hehe..
                                                                                                                                               

sekarang bulan puasa, orang lain minum air time berbuka, I rarely do that.. nak minum after tarawih, kononnye nak jaga wudhuk (pas tarawih, tak de la minum banyak sangat air).. awal pose hari tu bli buah oren, tapi sebab berbuka kat masjid hari-hari, oren tu jadi harta karun dalam kotak je.. tak makan-makan..

sampailah semalam.. gatal sangat nak makan buah oren tu, sampai 3 biji pegi bedal.. pagi tadi, bangun perut rasa tegang, kejang, cramp, tapi tak la memulas pun.. lupe plak, semalam pun gatal nak buat workout dalam bilik~ buat senaman perut bersungguh benor.. hehe.. mungkin senaman tu meng'contribute' in the making of stomach ache later in this morning..

bila masuk toilet, baru la rasa sakit perut yang betul-betul sakit perut tu.. aduhai.. memang dapat diarrhae la pagi tu.. banyak hilang air + tak berapa nak minum air sejak akhir-akhir ni = dehidration..
bagus sangat la tu...

memang rasa tak larat nak bangun pun dari toilet bowl tu.. tapi, paksakan juga kaki ni bergerak.. jalan ke sink, tengok cermin, memang dah pucat.. orang cakap, klu toreh pisau pun darah tak keluar?? eeekk??

sume dah nampak gelap.. tapi, sempat lagi fikir 'aku mesti kena keluar dari toilet', sebabnye, klu terjatuh pengsan dalam toilet, nanti tak de orang sedar.. bukak pintu, jalan-jalan keluar, still gelap :(

'kenapa ni??bukan ke klu ikut venous pooling punya info masa dalam lecture tu cakap klu kita dah gerakkan muscle kat lower abdomen, it will pump more blood to the heart ke?? please, please, jangan pengsan lagi.. not now.. please, my body, stay strong!!'

nampak je coach kat lounge, terus berarah ke situ.. jalan, sambil, tangan try to switch on the lamp, antara nampak dan tak nampak je.. macam zombie.. baring jap.. i felt way better.. then nampak buah kurma, telan, pastu minum air.. lega..Alhamdulillah

hari ni pulak ada lab, ingat nak restream je.. tapi, sebab tak nak manjakan diri, baik pegi je.. lagipun, tak tau la keadaannye dengan lab tu klu buat lain kali.. dapat ke lab partner yang best?? so, better keep going.. sori  ye badan, I can`t help, but pushing u, sori for violently torturing ur healthy-ness by negletting ur requirement of good nutrients :(

so, kawan-kawan.. jaga kesihatan.. (reminder untuk diri sendiri) we know ourselves better than anyone does.. bila sakit, klu bagitau kat kawan, diorang tak leh nak tolong ape-ape pun.. diorang tak boleh rasa apa yang kita rasa, even klu diorang nak..

p/s: tajuk post tu buat ala-ala tajuk short  stories of bunga telur and bally shoes, ingat lagi tak??

ter'google' gmbar bally shoes
https://encrypted-tbn2.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQcWPhU8J8ebB2bcNexX5ChUziuNcdlBKFMe3DK7AH8-Ta8T2jj2A

Tuesday, 14 August 2012

demam jepun

salam alaik..

ogenki desu ka? hehe <---(tak tau nak reply camne..)

hmm, time cuti hari tu, sempat la tengok citer liar game.. intipati cerita tu berkisar perihal satu game yang menggalakkan peserta menipu peserta yang lain untuk mendapat 1 juta!! hero dalam cerita ni pernah ambik psiocology.. so, dia gunakan ilmu yang dia ada tu untuk memanipulasi perasaan manusia to reveal the hidden truth.. bestkan jadi hero tu?? rase macam nak belajar psycology la pulak.. hehe..(klu korang nk tengok, bleh tengok online kat draamacrazy.com)

liar game




pastu, pg layan citer setangki air mata atau nama betul citer tu- 1 litre of  tears..

1 litre of tears


sedih la juga layan citer ni, tapi, tak de la sampai setangki.. cerita ni adaptasi dari cerita sebenar.. memang peasakit ni yang sebenar ada tulis diari dia.. diari itu memang ada jual pun.. tapi, mesti inche produser tambahkan perisa sikit dalam cerita tu, sebab nak bagi sedap sikit cerita tu.. drama ni, overall, pasal life seorang student perempuan yang active selepas dia dapat penyakit spinocerebellar degeneration..

kecik je otak tu kat part bawah tu hah

satu lagi cerita jepun yang sempat tengok time sem break hari tu.. great teacher onizuka aka GTO.. inspiring!! tibe-tibe terdetik nak jadi cikgu (terdetik kejap je,, pastu terus cancelkan balik niat tu sebabnya memikirkan diri sendiri ni tak pandai nak mengajar orang lain.. hancur anak orang kang,, haha) sekarangdah ada GTO yang remake 2012.. tak nak la tengok.. sebab dah tersuke dengan pelakon tahun 1999 tu..  Takashi Sorimachi.. hehe.. cikgu sebegini yang diperlukan.. cikgu yang mendidik, bukan mengajar.. mendidik , bagi aku, bukan sekadar menyampaikan je.. mendidik tu macam nak bagi orang lain faham, faham dengan hati.. dan ya, sensei tu sangat cool.. klu ada masalah, tak payah nak kepoh-kepoh.. dia akan selesaikan dengan caranya yang tersendiri, dengan caranya yang cool.. (tapi, yang tak best, ada part2 yang tak sesuai untuk ditonton.. hmm, u know what i mean, rite??)

GTO

japanese drama is one of my favourite series.. sebabnya, cara pembawaan cerita jepun ni, bagi aku, ada value.. tak de la macam picisan sangat.. santai2 juga, tapi pada masa yang sama, pengajaran tu pun terselit.. memangla mana cerita pun ada nilai pengajaran.. tapi dalam cerita jepun ketara kut.. selalu je ada scene yang mana ada karakter yang akan bagi motivation atau kesedaran kepada watak-watak lain dalam cerita tu.. satu  lagi reason, mungkin kerana the way they talk.. their intonation, menarik!! sounds sangat tegas dan bersemangat..

tu je la, for the time being.. Ja Ne!!

p/s: this entry also should be post last month, but I just edit it.. hehe





Sunday, 12 August 2012

impian ntah ape2 ntah..

salam alaik..

camne result sem 1?? harap-harap baik-baik saja..
mine?? alhamdulillah, lepas semuanya.. (noted: post ni sepatutnya dipublishkan bulan lepas, tp tak ingat2 nak edit, sampai la hari ni.. that`s why, I asked u readers bout ur sem1 result.. hmm, just ignore it, k )

well, bila duduk sejenak dan berfikir, baru aku sedar, apa yang impi, aku harap, aku doa, aku usaha, dah tercapai.. baru aku sedar, betapa mata aku buta, hati aku gelap, akal aku yang tak terfikir untuk bersyukur atas apa yang dilimpahkan kepadaku..

contohnye-dulu, pernah mimpi nak ada my own cute, small room- which I can have my 100% control, a room that can well potraying myself.. aku dah try mintak dengan parent.. dan aku tak dapat, pada waktu itu..
tapi, sekarang aku dah dapat.. yup, I got it.. alhamdulillah.. my own, small, cute room, here in Runga :D

mase kecik dulu, berangan nak main salji,. siap masuk dalam mimpi lagi.. haha.. dan mengikut aturan Allah urusan aku dipermudahkan untuk ikut jaulah ke Queenstown dengan akak-akak senior dan dipendekkan citer~its snowing at that time.. naaahhh, I achieved that one dream as well.. alhamdulillah..

ni contoh yang simple, contoh yang aku boleh pikir time ni.. klu nak tulis sume nikmat yang Allah bagi ni, takkan cukup pen2 kilometriko, fabel castell, stabilo, soft dan apa yang sekutu dengannya.. takkan pernah cukup, konfem la!!

apa yang aku nak point outkan kat sini adalah, kita mesti ada impian, objektif, tujuan, hala tuju etc2..dan semestinya, kena ada usaha ke arah itu  la.. jangan lupe untuk meminta dariNya dan berserah kepadaNya setelah berusaha..

p/s: hahaha.. rasa cam kelakar pulak impian masa kecik dulu-dulu <--nak cakap sekarang dah besar

Saturday, 11 August 2012

hadiah :D

salam alaik..

pernah tak korang dapat hadiah?? mesti pernah kan??

apa?? tak pernah?? ala, kesiannye, meh sini nak bagi hadiah.. hehe

apa perasaan korang bila dapat hadiah?? mesti gembira, excited, tak sabar nak buka, penasaran, eager , curios, etc3 kan??sila jujur ye..

sebenarnye, just nak cakap,, PARCEL DAH SAMPAI!! hehe.. excited tahap gaban nak bukak parcel tu (padahal dah bukak dah pun semalam, baru menyempat nak tulis hari ni, hehe)

keadaan kotak sebelum menukarkan bilik menjadi tongkang pecah.. LOL
macam yang akak-akak pernah cakap, bila bukak parcel tu mesti akan menggambarkan macam mana family kita duk bersusah payah nak beli barang, cari kotak yang cukup tough untuk tampung sume barang-barang, pastu nak kena bungkus cantik-cantik dan kemas-kemas sebelum pegi hantar kat pak cik posmen tu.. banyak tu proses, dan aku yakin mesti banyak hari juga buat kerja tu semua (mungkin juga berbulan.. haha)




nasib baik pass inspection, klu tak???


perasaan gembira yang tak tergambar, tak terluah dengan perkataan.. cewah.. memang la sebelum ni pernah je dapat parcel dari Malaysia.. tapi perasaan tu tak sama.. kali ni macam lagi excited.. mungkin sebab hari tu, aku dah tau apa yang ada dalam parcel tu, sebab aku yang pack barang-barang tu sekali dengan umi.. so, rasa penasaran tu dah pudar sikit.. the other possible reason  kali ni rasa excited tu lebih daripada hari tu adalah kerana- I already know that there is incoming parcel for me.. so, otak ni dah already aware of that.. my mind already perceive that information.. kira macam dah ambik lajak kebelakang la, so, bila parcel sampai je, terus je naik momentum ke'excited'an tu.. ala-ala macam pelumba lari pecut..

gambar bersempena demam olimpik.. aku tak demam lagi, k
 ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari kes parcel ni..

1. kebaikan yang kita buat itu, mungkin kecil pada mata sendiri, tapi besar impaknya kepada orang lain

contohnya, dalam kes parcel tadi.. hanya dengan tolong-tolong mem'pack'kan barang, dapat menceriakan hati penerima yang sedang sedih.. klu penerima tu memang dah happy dah hari ti, maka lagi happy lah penerima hadiah tu pada hari tu.. sampai nak terkoyak dah bibir tu duk sengih memanjang..
hmm, satu lagi contoh- selaluye bila aku rasa macam 'not in the mood', aku jalan-jalan sikit around kampus tu.. jalan-jalam kejap, pastu mesti ok balik.. kenapa?? sebabnya, selalu je jumpe mak cik- mak cik yang elegant kat compund uni ni.. mak cik-mak cik ni, bila jalan, dan terpandang kita, dan kita senyum kat dia, mesti dia balas balik.. dan senyum tu bukan senyum yang dibuat-buat.. senyuman yang meng'warm'kan diri.. klu kat Malaysia, memang dapat balasan senyuman tu, tapi, tak cukup hangat la.. sayang betul  :(

https://encrypted-tbn0.google.com/images?q=tbn:ANd9GcTVwCEiuiCXM5eDsTJ_-MgbaCOuPbh3NEMjXexlbes7Pw0cwSa0Iv3uhk1M

2. faham hikmah disorokkan balasan baik dari Allah buat mukmin

dalam al-Quran kan ada cakap, klu mukmin itu akan diberikan ganjaran syurga.. syurga tu macam mana?? wallahu`alam.. hanya Allah yang mengetahuinya.. tetapi, Allah ada bagi klu sikit- ada syurga yang mengalir di bawahnya.. mesti bestkan?? Allah dah bagitau awal-awal, ganjaran bagi mukmin itu syurga, macam nak 'push'kan kita punya semangat supaya menuju ke jalannya.. macam dalam kes parcel tadi la.. bila otak kita dah bersedia dari awal, bahawa, kita akan dapat something nice, maka, apabila kita dapatnya, mesti kita akan rasa lagi gembira bila kita dapat!! so, apa tunggu lagi, jom jadi mukmin yang sejati!!

3. sentiasa berharap dan jangan berputus asa

kita manusia, bukkannya robot, yang ada rutinnya sehari-hari.. maka, hari kita, pastinnya berbeza dari sehari ke hari yang lain.. ada kala, hari ni ok je.. semalam tak berape nak best sangat, esok?? tiada yang tahu melainkanNya.. so, walau apapun yang terjadi, jangan pernah berhenti berharap.. walaupun dapat result exam terukkah, rasa tak larat nak bangun dari katil, tak tahan dengan pandangan skeptical orang lain atau apa-apa je, teruskan berjuang.. kerana kita tak tahu, mungkin, a sweet surprise awaiting right infront of us!!

4. bagi orang lain hadiah??? LOL

silalah ye.. empunya blog nak juga.. hehe


Saturday, 4 August 2012

growl grow

salam alaik..

'growing  old is mandatory, growing up is optional' 
(saadah,  20??) 

bila dah besar macam ni, rasa macam tak best sebab nak kena berlagak jadi mature... aarrrggghh!! boleh tak, tak nak jadi mature sangat?? pentingkah?? 

hmm, bendape la sebenarnya mature tu~ menurut kamus hasil carian google ni says:  pertaining to complete, perfect....~ ala2 macam tu la.. 

being matured, from my point of view, is to know what one want to do in life and be firm with it.. has his/her own stands, but still able to tolerate with others.. considerate, responsible and care towards people surrounding him/her, independent (note: independent doesnt meant that one has to do all by him/herself alone!!).. mentally capable of facing friends and foe alike, making wise decisions and a good speaker.. wow, sounds perfect, ea??


bunyi macam perfect je, bukan manusia tak de yang perfect ke??

hmmmmmm, yup, that so true.. hmmmm, cenggane ni..eerrrrrmmm, tapi,tapi, still boleh jadi hampir perfect, kan??

dalam sehari-hari, selalu je, rasa kecewa, lemah semangat, down kerana benda yang simple-simple..benda yang remeh yang tak perlu la rase kecewa sangat.. contohnye, macam tak boleh nak buat keputusan nak pegi holiday kat mana bila time cuti sekolah.. ataupun rasa down sebab tak dapat nak present dengan baik dalam group presentation.. atau rasa  tak best sebab masakkan housemate makanan hangit..

bila rasa indecisive, hilang konfident, helpless dan segala bagai yang negatif (yang berlawanan dengan ciri-ciri mature yang tersemat dalam otak) menyelubungi diri, mulalah rasa down, emo la, mood swing etc..

tapi kenapa rasa ni ada dalam diri?? benda kecik je kut.. hailo~

selepas membuat analisis kepada diri, aku perasan la juga.. mungkin keinginan yang menebal untuk menjadi perfect di mata orang a.k.a. nak jadi matured pada pandangan orang lain, menyebabkan kita akan rasa 'lumpuh' bila kita tak dapat nak jadi orang yang seperfect yang mungkin pada pandangan manusia.. trying to please people isn`t an easy thing to accomplish!!

tapi sebenarnya kan, who are we wanna to please in the first place??

Allah, kan??

https://encrypted-tbn2.google.com/images?q=tbn:ANd9GcR3z7jWhb5Tdstb5_qVAoyA9srm58xImWF8eEAKDAB3AsYxI4NFbw

oleh sebab itu, jangan lah down sangat, k.. rilek2 sudah yep cik empunye blog!! dan ingatlah, benda yang paling susah nak buat, adalah memuaskan semua hati manusia.. so, tak payah la susah-susahkan diri nak jadi perfect di mata manusia-manusia lain.. tak salah jadi tak matured pun.. tak rugi pun buat salah (dengan syarat ambik pelajarannya la yep!!) tak pe je klu jadi 'unik' di mata orang lain.. biarkan aje!! semua orang kan tak sama.. 

http://joshfults.files.wordpress.com/2012/04/people-pleasing.jpg


tapi,sebenarnya bagus la juga rasa down tu.. contohnye kita sedih sebab orang lain bangun awal dari kita.. itu maksudnya, otak kita aware la yang ada something unpleasant happen, dan emotionally, we react to it.. it just the matter of handling it nicely or other way round.. samada kita nak terus bersedih dan tak nak turun dari katil atau bangun dan niat esok mesti kena bangun awal lagi.. 

p/s: sekarang dah pukul 11 malam.. maksudnya dah masuk 16 Ramadhan 1433.. maksudnya, aku dah masuk umur 21 tahun!! mengikut kalendar hijrah, ramadhan kali ni adalah ramadhanku yang ke 22?? (guna jari kira dari tahun 1412 hijrah hingga 1433- dah kira 2 kali dah,, memang 22).. apa yang diharapkan seiring pertambahan umur ni, akan bertambah la keimanan, ibadat, usaha, cita2, dan segala bagai yang positif dalam diri..amin :D

Tuesday, 31 July 2012

satu pertiga itu...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

salam alaik..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kesebelas Ramadhan.. bersyukur, kita dikurniakan dengan nikmat untuk bertemu Ramadhan pada kali ini..

untuk tahun 1433 hijrah ni, Ramadhan disambut di perantauan, di bumi kiwi yang asing, tapi dalam masa yang sama terasa dekat di hati.. kenapa?? kerana aku berada dalam bi`ah tarbiah.. aku nampak sume orang berlumba-lumba mengerjakan kebaikan.. well, ada je kat Malaysia tu golongan-golongan sebegini, tapi mungkin pada ketika itu, hati aku ditutup untuk menerima, melihat dan memperhatikan orang-orang lain.. atau mungkin juga, golongan sebegini terlihat sebagai golongan minoriti di sisi masyarakat dek kerana majoriti yang lain masih sibuk dalam urusan lain.. ya, mungkin juga..

seperti mana yang kita muslim-muslim tahu, Ramadhan ini adalah penghulu bulan, bulan yang paling agung antara bulan-bulan yang lain.. Ramadhan secara literal nye bermaksud panas terik.. dalam bulan ni, banyak kelebihannya bagi manusia yang berbuat kebaikan.. tekan je link ni.. ada potongan hadis yang menerangkan kelebihan Ramadhan.. (google la lagi yep!!)

sebenarnye nak cerita pengalaman berpuasa kat sini.. hehe..nak tau tak apa yang bestnye??
hmm, pagi-pagi~ macam bese, bangun sahur (cabaran betul nak keluar dari kepompong selimut ni.. sejukla!!) time tengah hari tu ada Quranic circle.. format je lain sikit.. bukan sekadar baca je al-Quran tu, tapi kami kena bertadabbur sekali.. lagi best macam ni!! bila dah nak berbuka tu, bergerak ke masjid.. seperti biase, iftar free kat masjid!! best juga.. sebab ada chance nak hidangkan makanan kat orang lain.. boleh buat kebaikan dengan memberi orang lain makan..

yang paling bestnye lagi adalah time tarawih.. imam akan baca 1 juzuk untuk 8  rakaat!! (ala, biase je pun, apa yang peliknya..) bila tengok kiri kanan, muslimat lain pegang al-Quran time solat, sebab nak follow bacaan imam.. bestnye!! tak pernah terpikir pun nak buat macam tu.. rasa sekejap je solat tarawih tu.. tak de la rasa lost dalam solat..

oh, ye.. lupe plak.. semalam, kami (akak senior dan flatmates) bergandingan untuk masak iftar kat masjid.. alhamdulillah. menjadi la makanan nye.. bukan senang nak masak untuk 250 muslimin dan muslimat yang datangnye dari seantero dunia dan tidaklah susah, andai semua bekerjasama,  juga berkat pertolongan Allah yang memberi kami kekuatan dan bantuan melalui hamba-hambanya yang lain..



hmm, Ramadhan tinggal lagi lebih kurang 20 hari.. macam mana perkembangan perancangan anda sebelum Ramadhan?? sudah terlaksanakah?? apa, BELUM?? tak pe2, ada lagi masa.. gunakan dengan sebaiknya..
diharapkan sumenye mencapai objektif yang ingin dicapai dalam bulan Ramadhan ni..

 Ya Allah, mudahkanlah jalanku untuk beribadat kepadaMu.. beri aku kekuatan untuk melawan nafsuku.. beri aku kefahaman tentang hakikat iman, hakikat solat, hakikat puasa..Amin..

p/s: puasa 1 tahun sebulan je.. jangka hayat manusia lebih kurang 60 tahun.. umur sekarang 20.. tinggal lagi lebih kurang 40 kali Ramadhan..means, klu nak cari lailatul qadr tu ada la 40 kali je lagi.. apa yang telah dilakukan pada Ramadhan yang lalu?? hampir 1/3 bulan ramadhan telah pergi.. remaining 2/3.. gulp, sikit je chance tu.. beramallah.. jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.. appreciate what we have now!! sekarang ni pun, tinggal 2/3 hari lagi dalam bulan yang mulia ni..



oh ye.. jangan lupe kekalkan produktiviti lain di bulan Ramadhan ni.. klu kita sebagai pelajar ni, jangan tak belajar pulak yep :D

Friday, 27 July 2012

stress

salam alaik..

stress, tersangatlah terbiasa mendengar perkataan itu.. selalulah menjadi one of the frequently used words dalam hidup manusia.. rasanya seperti pabila pedang bersedia di leher ready to take action.. menyesakkan dada, mengelorakan jiwa, mengkusutkan otak.. sungguh..

memang, tak dapat dinafikan, stress itu bagus sebenarnya.. contohnya, stress sebab deadline assignment dah dekat.. pada ketika tu la kita akan tumpukan seluruh usaha untuk siapkannya.. kan bagus tu..

dari stress ni la, kalau tak dikawal dengan baik, maka berlakulah akibat yang  negatif.. contohnya lagi, klu time study leave.. oleh kerana stress sangat nak meng'cover' 50 lecture for each 4 subjects, mulalah kerja rumah tangga terabai.. dengan bajunya tak basuh dan tak berlipat, makannya dah tak teratur, tidurnya dah terabai, lantai bilik dah macam tongkang pecah etc3.. silap hari bulan, orang kat dalam rumah tu sume nak disembur.. hailo~

erm, aku pun stress juga.. kadang,out of sudden je.. mood swing je memanjang.. mungkin sebab stress kut..

untuk itu, kita mesti belajar untuk mengenal diri supaya, kita boleh membawa stress itu ke arah kebaikan, bukan sebaliknya.. itu penting, okey!! (tangan buat gaya ala Peah gosip)

for me, myself - antara simptom yang boleh dikenal pasni adalah seperti berikut (bajet nak buat list panjang)

1. bilik macam tongkang pecah aka kaki tak dapat nak jejak lantai

http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/cwl/lowres/cwln323l.jpg

deskripsi-ni adalah simptom awal, ye tuan2 dan puan2..ini menunjukkan tuan empunya bilik berada dalam keadaan kelam kabut dan kebarangkalian untuk tidak fokus dalam sesuatu perkara agak tinggi.. selalu sesat dalam dunia sendiri (ekstrimmm benor bunyinye) so, klu tuan punya blog tak respon bila kalian-kalian bercakap, jangan terasa yep :)

2. mengeluarkan apaapa yang ada di gastrointestinal track melalui mulut

gambar sopan sikit.. hehe
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisRV7uz2Z050F1ONO6Few7M9CfwUr2qbwPDw0wFwsydr87FWXNbtvGEa51t3ik7qxV9kDX_woO1powV3HDHQRMBOMLBnDl2I6JPaKYLwckbW89CK5wkd-A587Y9ar7H68LaFScRIr6tH6J/s748/doigt-vomi.jpg


deskripsi-simptom ni mula kelihatan bila dah nak dekat dengan someting benda yang distresskan tentangnya (ayat apakah ni??) contohnya, klu exam tu kul 12, pagi-pagi time nak mandi tu mulalah operasinya~ sori, yea wahai gigiku yang sempurna ciptaannya, telah aku kikis-kikis badan-badanmu itu dengan stomach acid dan apa-apa lagi fluid yang bersekutu dengannya :(
erm, jangan risau, I wouldn`t throw up in of u all.. hehe..

3. emotionally unstable

https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQ2e393swelGTVZOdqd5NMHXRTVcS0vAvLtb_EixHObcXbC2PnT

deskripsi-kadang rasa nak nangis, beberapa minit lagi gelak macam tak ingat dunia, pastu sedeh, pastu rasa cam nak marah orang, pastu kejap rasa cuak, pastu, hmm, pastu , pastu,,, ape-ape je la.. semuanya bercampur baur dan sedikit susah nak conrol..

4.isolate or ostrasized

http://maxawareness.com/wp-content/uploads/2012/04/stressed.jpg

deskripsi- bila time stress tu kan, rasa cam nak meminggirkan diri dari orang lain.. feeling of not meeting people.. sebabnya, macam nak menjauhi dari something yang lagi teruk kepada kedua-dua pihak.. camne tu?? hmm, camni, klu la bersosial dengan orang lain, lagi-lagi dalam event yang kebarangkalian untuk bercakap perkara-perkara mengarut itu tinggi - lagi la rancak conversation tu, kan?? bila lagi banyak rancak, sume orang sibuk nak kuarkan cerita masing-masing.. klu sume nak cerita, sape yang nak dengar?? dinding bangunan kah?? atau meja-meja dan kerusi-kerusi?? oleh kerana ketika itu emosi tidaklah berapa nak stable, maka, akan timbullah perasaan yang lagi memburukkan keadaan stress seperti -feeling of not important in the clique (this can really affect people self esteem, which can cause other problem pertaining to one confident..ermmm, maybe I should write a post about this).. well, i always do feel that way.. lain orang, lain keadaannya.. (im writting this not because i want to be heard all the time, im writting this as for u to understand) berbalik kepada tajuk.. bila dah menyendiri tu, seketika kemudian, rasa macam di'ostrasize' la pulak (padahal tak pun.. pardon my mood swing.. hehe) tapi, bagus juga perasaan macam dipulaukan tu.. itu maksudnya, tuan empunya diri dah bersedia untuk kembali bersosial.. InsyaAllah, pastu terus okey la *wink2*

itulah simptom-simptom yang dapat dikenal pasti dalam diri.. anda bagaimana??

so, skrang dah ada simptom, nak buat ape ea??

masa kat Intec dulu pernah join talk untuk menghandle stress ni.. banyak la caranya.. boleh tanya prof google..kat bawah ni ada list tips to handle stress yang ada ingat kat kepala ni..

  1. berzikir- zikir tu kan penenang hati, pembersih jiwa, ubat hati macam opick mention dalam lagunya
  2. buat apa yang anda suka~ baca novel, tengok movie, shopping
  3. berjalan di atas embun di waktu pagi (mayb not applicable dekat sini, sejuk kut!!)
  4. tengok alam ciptaan Allah ni (tengok langit yang biru tu, tengok awan yang berarak, kan cantik)
  5. bersiar-siar
  6. bersosial- pegi borak-borak dengan family member ikut skype
  7. makan (kat Intec hari tu penceramah tu buat demo, best makan avocado!!)
  8. bersenam- sihat badan, senang nak pikir dengan waras
  9. rant dekat orang lain
  10. menangis, ngadu kat Allah~ susah nak ngadu kat manusia.. diorang tak kan faham..
  11. take a deep breath~ innnnn, ouuuut, innnn, ouuuut
tapi ingat ye kawan-kawan.. klu kita tak dapat nak kawal masalah ni sampai stress tahap gunung dah.. jangan sampai lari pulak dari masalah tu.. ingat, segala apa yang ditimpakan itu adalah ujian.. dan Allah tak akan bagi kita hadap dengan masalah tu klu Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya..


  
tu je la dulu.. tak ingat dah.. hehe.. selamat mengawal stress dan tekanan.. control ia supaya dapat memberi impak yang positif kepada diri, sama ada dari segi emosi, jasmani, minda, spiritual dan sebagainnya..

sekian saja untuk kali ni.. moga apa yang terpapar di skrin laptop anda ini, dapatlah dikutip apa yang bermanfaat..  peringatan untuk diri dan saudara- saudaraku..  :D

Sunday, 22 July 2012

indecisive

the one moment that I dislike the most is when the time come for me to make decisions and - I just can`t

its really killing me inside..

tak dapat ditahan.. ia akan gugur juga.. air mata itu.. di kala fikiranku buntu..

memang aku tak berdaya.. Ya Allah, help me get through this problem..beri aku ilham dan idea!!

Friday, 20 July 2012

kepompong

salam alaik..

baru je habis kelas hubs.. one more class to go for today.. yeay!!

kenapa tetibe rajin nak tulis post ni??? klas pun tak habis lagi, dah nak duk ngadap laptop kah??
hahaha.. sebab dapat ilham la.. kang klu tangguh, tak ingat pulak.. hehe

tadi, pegi lecture, pilih tempat yang paling strategik.. duk tengah2, depan kamera.. (tapi x masuk dalam lecture stream punye video, ok) tempat tu, boleh di'consider' as tempat hot la, sebab selalu je penuh..(ye ke??)

maka, dengan itu, aku duk la tepi mat saleh ni..

MS: good morning
me: morning.. (senyum tak sampai dua saat, dengan teragak-agaknya sbb tak expect MS nak tegur)
...........
pastu aku kuarkan sume pekakas yang perlu untuk lecture ni..tetibe je MS tu tanya

MS: how do u find it so far??
me: ?? find what?? blaja kah?? .... it`s quite hard (jawapan ikut skema dalam otak.. haha.. tak tau nak jawab ape) especially when it comes to language
MS: sori
me: ermm, the language, i mean the accent..
MS: yaa, I wonder how all the international student here, u know, those which English is not their first language survive here.. when the people talk so fast.. actually, i`ve been to France to study there, but I just can`t go on with the language.. so, i have to come back here, study..
me: 0o.. (angguk2 tanda faham, sambil intai kertas kajang inche MS tu~ memang ada bahasa asing, which I suggest it must be some France words)
...........
...........
MS: so, where are u from??
me: Malaysia.. (pkir slu 2 saat) are u from here??
MS: yup, u know X ?? (BACA: X adalah satu tempat yang tak sempat diupload maklumatnya ke dalam otak disebabkan telalu asing namanya)
me: no
MS: it is in north island, u know Y?? (BACA: Y - sama description dengan yang di atas)
me: no
MS: well, u know Rotorua?
me: yaa,, i`ve of that name before..
MS: well, if u go up, and east of that, u find Y and Y is the main town which have skycrappers, ops, NZ skycrappers which is about this big.. bla..bla..
..........
..........
(lecture starts, fokus ke depan, habis klas, terus keluar.. end of conversation..)
# noted: I dont have audio recorder with me, so, dont expect me  to type the exact conversation here..

 habis introduction, berbalik kepada tajuk pada kali ni.. kepompong??
definisi mengikut current knowledge: rongga yang meliputi serangga yang bernama ulat  beluncas dan yang sekutu dengannya which give protection to it dikala hujan atau panas

aku rasa aku pun ada kepompong tu.. kepompong yang buatkan aku tak mahu keluar darinya sebab kepompong tu bagi perlindungan, ensure me that I feel safe, wont make me feel bad or sad (that`s too absurd!!)

apa kaitan intro dgn topik?? 
begini, aku sebenarnya feel bad, coz Im not really friendly with strangers (im sure most of us does!!) dan ketika ada peluang untuk berkomunikasi dengan complete strangers tu, I just end it up with full silence, no greetings, ataupun  sign of body language that shows that Im leaving..

alahai, tu pun nak feel bad jugakah??
macam tak patut kan?? tapi..

well, i`ve heard of rumours that these people think that we (Muslimah)dont want to be friend with them.. put urself in that MS shoes.. mungkin dia pikir Im not that into conversation with him, or 'hey u, shut up- i dont want to talk to u' or pe2 jela..

okla, berbalik kepada persoalan asal (rujuk second sentence yang di'bold'kan)

definisi kepompong dalam konteks diri: merely putting myself into my own family circle

best kan klu dalam lecture hall, dalam lab, boleh duduk dengan family besar (BACA: Malaysians) kita yang lain kan?? rasa selamat, aman, gembira (erk, betul ke rasa camtu??)

tapi, sometime, adalah bagus juga untuk kita keluar dari zon selesa itu, dari kempopong yang sangat comfy seperti duvet yang menyelubungi diri dikala winter..

https://encrypted-tbn2.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQ_d2pSdckPy8W5cq485jdAVQeuCDE0hMJ1i_8Io0MxDh3aJaFENw

macam pagi tadi, I feel bad, and I did learnt something from that, afterwards.. which is good..

klu nak compare dengan hari lain, yang mungkin berjalan dengan smooth- pegi kelas pagi, tadah telinga, tahan ngantuk, habis kelas, balik, masak, tido, bangun, pegi kelas lagi.. bla.. bla.. bla

hari yang smooth tu best ape!! tak yah la nak moody2, ataupun down2..

i give u an example

1~ anak orang kaya yang ada dapat 1 juta dari ayahnya
2~ orang yang keje bagai nak gila dapat gaji 1 juta

nilai wangnya sama bukan?? tapi, yang membezakannya adalah pengalaman.. dan hasil dari pengalaman itu, will surely make this two people spent their money differently, ye tak??
mesti la orang yang kedua tu lebih menghargai wangnya, lebih berfikir ke mana mau dibelanja hasil titik peluhnya..

pengalaman.. itu yang mahu aku bicarakan.. tidak akan dapat dicari, dialami, dirasai jika hanya terus duduk di situ, di tempat yang selesa itu, di dalam kepompong itu. oh ya, aku juga mahu berusaha - untuk tidak menjadi fitnah bagi bangsa dan agamaku..

teruskan wahai diri dan sohibati, kerana peluang itu terbuka luas di bumi asing ini..

wasalam

p/s: apa yang akan terjadi selepas ulat beluncas kluar dari kepompong??


https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcSGhoZSv1QtzeLw0IgMnAJZ4gGUSqt5fLOLWVd5yyeoR1DWlRPF


Wednesday, 18 July 2012

aku mahu benci kamu

salam alaik..

hari ni start second week untuk sem yang baru.. achievement till today??  (note achievement=pencapaian dalam pelajaran) I can say~NIL!!

mak aih, aku duk buat ape je minggu lepas??

sedihnya nak cakap, tapi itulah kebenarannya.. aku duk sibuk sangat berchenta dengan si dia..

dari dulu lagi, setiap hari, nak kena seru, sebut, ucap, panggil nama dia.. dah la bukan sekali, banyak kali pulak tudalam sehari.. haish!! ape la nak jadi anak dara nni sorang..

tak cukup dengan tu, mesti siap duk termenung lagi.. beribu-ribu saat setiap sesi termenung..
memang tak patut..

klu kat umah, selalu je kena tegur dengan umi.. selalu sangat sebut nama dia ni..

well,

siapa gerangan si dia?

sape lagi klu bukan cik PEMALAS yang bermaharajalela dalam diri..

situasi 1 

me: umi,  lapaaaarrrr, tapi malas nak turun bawah makan nasi....
umi: hmm, tunggu la, pasni nasi masuk dalam mulut tu..ngange je..    
me: :((

situasi 2

me: umi, malasnya nak lipat kain.. bakpe (BACA: kenapa) nk kena lipat kain ni..bila nak paka baju kan kena bukak balik.. perabih beras je lipat kain.. simpan je la dalam bakul, pastu klu nak paka ambik je.. kan senang *wink2*
umi: bleh juga.. pasni, tak payah makan nasi la.. pas makan jadi taik (BACA: tahi), pastu buang juga.. membazir nasi je.. baik tak yoh (BACA: tak payah) makan, kan??
me: ..........

yup, my mum said, klu malas tu,memang tak leh nak buat apa dah.. memang tak de nye ubat nak buang malas tu..

tapi, memang betul pun.. klu malas sume benda tak jadi.. kerja sekolah tak siap, baju tak berbasuh.. pinggan mangkuk tak tersusun, nota-nota tak lengkap etc3..

tapi, nak totally get rid perasaan tu bukan senang, tapi tak mustahil.. matlamat dah ada~ aku mahu benci, tinggalkan, dan lupakan kamu!!
sekarang, fikirkan strateginya,
well, i only got 1 thing now..

1. kuasai minda dengan perkara positif.. 

ok, since malas adalah satu adjektif yang negatif, kita tukarkan kepada adjektif yang berlawanan, iaitu rajin, bagi merujuk kepada adjektif yang negatif tadi..

contohnya, tukarkan

malasnya nak gi buat laundry hari ni!!
kepada


ala, kurang rajinnya nak gi buat laundry hari ni!

(ni untuk peringkat awal percubaan.. walaupun nampak macam tak de beza, tapi, at least kita telah  memberi  isyarat kepada otak dengan satuu perkataan yang positif.. mana tau, otak, lama-lama diseru dengan kata positif, akan memberi kesedaran kepada diri.. at least berusaha merubah paradigma) 

2. sibukkan diri dengan aktiviti

pada aku sendiri, malas ni menguasai diri bila terlalu banyak masa untuk dihabiskan..macam sem 2 HSFY..

time table sem 2

banyak sangat lopak dalam timetable.. pastu, mula la buat keje yang tak berfaedah.. ish3..

when too much time to kill, benda alah macam ni pun layan.. hailo...

untuk itu, aku plan

1.join kelab-kelab kat uni.. hmm, still dalam pertimbangan.. tengok la dulu mana yang sesuai..
2.since my hobby is reading (buku melayu je, k..hehe), I eyeing for books from seniors` houses, already got myself three books, yeay.. gonna start reading soon^^ (errr, bukan lecture last week punye, tak cover lagi ke??)
3.belajar knitting dengan youtube?? did try it yesterday- and it is not that easy as i thought it would be.. mungkin akan trylagi, tapi bukan dalam masa yang terdekat ni.. not in the mood yet

etc3

3. fikirkan consequences bila bermalas-malasan

fikirkan akibatnya klu malas nak buat laundry,
apa akibatnya klu malas study,
apa akibatnya klu malas nak makan
apa akibanya klu malas mengaji
apa akibatnya klu malas nak kemas bilik.. and so on

4. berkawan dengan orang yang rajin

i like this part.. kita sume tau kan, how people around us, can really potrayed ourselves.. dalam hadis pun ada cakap

"sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk daripadanya." 
riwayat Abu Daud

so, pergilah berkawan dengan orang rajin.. mula-mula mungkin rasa macam terpaksa pura-pura rajin, tapi, lama-lama Insyallah, rasa rajin itu akan datang hasil dari istiqamah dengan sikap 'pura-pura' rajin tu.. ahaks ;P

(https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcTXhVq6ImKnj-17vdpijjVos3s0l3_iBgLaX3RJAyUp1ZYme9wvPg)

sekian saja coret-coret kali ni.. wasalam