Monday, 22 July 2013

Karma --> what you give you get back

Assalamualaikum.. ^^

akhir2 ni  kerap la jugak lepak ngan golongan mak cik2 aka kaum ibu ni...
haha.. sejujurnya, memang rase janggal gila kot.. dah laa tak tau nak sembang topik apa.. nak mencelah, ~hailo.. ilmu suam2 kuku je.. huhu.. jadi, telingapun dengar je la diorang berceloteh...wahhaaaa


dan sejak2 pandai melepak ngan kaum2 ibu ni la..  naluri keibuan tu seakan2 mengalir dalam diri.. ~cewwah.. *ok, mengarut!..
 sejak dah biasakan diri dengan mereka, dengar kisah mereka .. memang jujurnya, diri ni pulak yg terase..  diri ni pulak yg tersentuh dengan pengorbanan dan usaha diorang untuk insan bergelar anak...
walhal selama ini, diri ni jugakla yang tak perasan pengorbanan dan perbuatan yang sama telah dilakukan oleh puan ummie kat kitorang semua.. hurm..

 dan bercakap pasal karma.. ada lah mak cik nie cerita pasal sesuatu.. yang buat aku terfikir.. memang kalau kite buat jahat kat orang, kite akan dapat balasannya...mungkin balasan tu tak sama.. tapi setimpal dengan kejahatan kita dulu.. hurm.. tambah2 kalau buat tak senonoh kat orang tua kita..


ada satu pepatah arab tu..bunyinya macam ni..
"keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa.. "..

 pergh!!..bayangkan kalau takde keredhaan,  hidup boleh gundah gulana kot!!,jadi serba tak kena..

padahal kita tak tahu, di sebalik berjayanya kita sekarang.. boleh membaca.. menulis.. menaip dan sebagainya ..apa pengorbanan diorang kat belakang kita.. dengan doanya, usahanya turun naik menyelesaikan masalah kita.. tak campur lagi masa yang diorang guna semata-mata nak fikir pasal kita.. pasal adik beradik kita yang lain...

mungkin si bujang tanpa anak sekarang belum mampu merasai sepenuhnya pengorbanan tu..
tapi saya ingat lagi mak cik tu cakap..
bila dah ada anak sendiri.. baru kita tahu perasaan sorang ibu nie macam mana.. 

jadi dinasihatkanlah kepada semua .. terutamanya si budak yang menaip nie.. hargailah kedua ibu bapa.. jangan nak memberontak lebih.. kalau nak selesaikan apa-apa.. bawalah berbincang.. jangan ketepikan mereka.. diorang pun manusia.. ada hati dan perasaan..dan ingat ..
what you give.. you get back!! 
memang kita ada hak atas diri kita.. takkan kita nak kena ikut telunjuk orang sepanjang masa.. tapi.. tak salah kalau kita bertolak ansur untuk dengar pandangan orang lain
yang penting.. buka minda.. buka hati.. supaya kita lebih kenali diri..

~kekadang, bila kita betul2 letakkan diri kita dalam situasi orang lain..baru kita faham dan tahu keadaan yang berlaku di sekeliling kita.. hurm.. *crying
hidup dengan gumbira.. tak payah nak sombong2.. nanti kesian dekat cik hati.. dia pulak yang merana...

stay positive!!

Monday, 15 July 2013

Sama TApi Tak Serupaa... ^^

Assalamualaikum... 
Cinta Laila Majnun... hurm.. dolu2.. hanya tau majnun tu gila hilang kewarasan sebab si Laila.. tapi tak tahu laa pulak jalan cerita atau rentetan peristiwa sebab n akibatnya... sampailah satu hari tu.. tertengok criter Cinta Laila Majnun kat Astro..



layan punya layan criter nie, macam biasalah.. mulalah si otak memainkan peranan memberi pandangan dan komen lagak pengulas permainan bolasepak dunia*tapi diam2 je*...
tuu laaa ......
ada ke patut  .....
tengok.. kan dah  .....
blablabla       



nak dijadikan criter plak.. time tengok criter nie.. tengok dengan sorang ni... dan beliau pun turut melontarkan pandangan.. namun.. ..pandangannya jaaaauuuhhhh lebih positif..

tengok macam mana Allah nak uji kita...
Allah nak tengok sejauh mana kita betul2 taat pada Dia...
tengoklah macam mana kalau kita tak kuat dengan ujianNya.. 

Ya Allah.. masa tu memang rase terpukul giler2  kot.. rase macam *paaaang* kena tampar sekali..
perghh..
terase kot..terus berubah komen2 negatif.. haha.. lepas tu bolehlaa komen criter tu dari sudut yang agak positif... sambil tu.. diselitkan pengalaman2 hidup beliau yang agak umphhh bile dengar.. huhu..


~moga kita semua diberi kekuatan dalam mentaatiNya~ ^^

hujung minggu lepas tu pulak.. kitorang satu femly gi la jejalan .. singgah rumah si kenalan ni.. dan.. nak ditakdirkan pulak.. criter yang sama ditayangkan..wow!! haha.. kitorang pun layan laa.. sampailaa kedengaran suara2 pengomen.. haha.. dan yup, komennya sama negatif macam komen gua..haha..

hurm.. satu cerita yang 100% sama.. tapi pandangan2 yang memang tidak serupa..

Betapanya kalau difikirkan .. boleh dikatakan semua benda.. andai kita berjaya menilainya dari sudut yang tepat.. konfem punyalah benda tu akan bagi manfaat pada kita, meskipun sebesar zarah.. sebab tu kita kena tanam dalam diri.. setiap benda yang berlaku.. ada hikmahnya.. tapi hikmahnya tu kadang2 .. tak datang bergolek.. so kena rajin2kanlah diri nak cari yep!!

dan..
Betapanya dalam hidup nie.. kita tak boleh sorang2.. kita perlukan orang lain.. keluarga, kawan, guru, jiran mahupun orang2 yang asing dalam hidup kita..
sebab tanpa diorang, kita mungkin akan sentiasa dalam pemikiran yang sama.. tindakan yang sama..jadi, jangan segan2 nak mintak pandangan orang lain.. sebab ia akan bantu kita untuk pikir dengan lebih meluas.. lagipun, tak semestinya kita kena terima pandangan orang lain .. kita kan dianugarahkan dengan cik akal plus cik iman untuk beraksi dengan lebih waras.. yeah!!

juga..
Betapanya pengalaman memainkan peranan penting dalam hidup kita..secara tak langsung sebenarnya.. dalam kita bersosial, merapatkan hubungan dengan orang lain, kita boleh merasai pengalaman2 hidup diorang melalui penceritaan diorang.. siapa2 sahaja memang ada pengalaman yang boleh buat kita tergamam..
*wow!!*
jadi.. kutiplah pengalaman2 orang lain yang mungkin terlebih gula, garam mahupun peria.. haha..
sebab nie semua sangat membantu kita untuk masa depan kita dan orang lain.. *wink2*
dan bersyukur dan hargailah untuk semua benda yang kita ada sekarang (termasuklah pengalaman)  sebab kita tak tahu perjalanan hidup kita pada masa depan... Alhamdulillah.. :P.. wahaaa~



Friday, 12 July 2013

indecisive

when the time comes for me to make decision, aku rasa buntu. aku keliru dengan matlamat sendiri. pada satu ketika, aku rasa aku harus mengambil peluang itu, pada saat yang lain, aku rasa aku harus lepaskannya sahaja. benarlah kata-kata itu~ hati itu berbolak balik lagi cepat dari air yang menggelegak. aku rasa indecisive.

masa aku kecik, I always though that, orang dewasa itu sangat cool, sebab mereka selalu yakin dengan apa-apa tindakan yang mereka ambil.. like our parents, they always make plans for us. ie ke mana nak sekolahkan anaknya? pegi hantar sbp ke? mrsm ke? sekolah depan rumah ke? they make decision for us, as though they know what is the best for us.

tetapi, sebenarnya, aku dan mereka sama saja. tampak yakin dengan keputusan sendiri, tapi sebenarnya ada gusar di hati. Apa betul keputusan diambil?

kerana itu, mohonlah petunjuk darinya. sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang menanti di hadapan. 

ya muqallibal quluub, thabbit qalbi `ala dinik wa `ala to`atik

Wednesday, 10 July 2013

Dia Lebih Tahu~

ketika mana satu perkara dalam wish lists menari-nari di depan mata, tetapi tangan tak boleh digerakkan untuk menggapainya.. sakit terasa..

tapi, aku cuba untuk tidak bertanya. 

mengapa tangan ini kaku? bukankah telah kulatih sendi-sendi tangan ku ini berhari-hari??
mengapa ku tidak berdaya?

ku biarkan persoalan itu tidak berjawab... ku pendam rasa dalam diri..

sehiggalah semalam, aku diperingatkan Nya

.......dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu  padahal ia buruk kepada kamu. dan Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya
(al-Baqarah:216)

astaqfirullah, astagfirullah, astagfirullah..

ya Allah,sungguh tidak pantas untuk aku mempersoalkan apa pun yang  berlaku :'(


p/s: alhamdulillah. Ramadhan dtg lagi. ahlan ya Ramadhan. semoga ramadhan kali ini lagi baik berbanding yang sebelumnya.