Wednesday, 10 July 2013

Dia Lebih Tahu~

ketika mana satu perkara dalam wish lists menari-nari di depan mata, tetapi tangan tak boleh digerakkan untuk menggapainya.. sakit terasa..

tapi, aku cuba untuk tidak bertanya. 

mengapa tangan ini kaku? bukankah telah kulatih sendi-sendi tangan ku ini berhari-hari??
mengapa ku tidak berdaya?

ku biarkan persoalan itu tidak berjawab... ku pendam rasa dalam diri..

sehiggalah semalam, aku diperingatkan Nya

.......dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu  padahal ia buruk kepada kamu. dan Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya
(al-Baqarah:216)

astaqfirullah, astagfirullah, astagfirullah..

ya Allah,sungguh tidak pantas untuk aku mempersoalkan apa pun yang  berlaku :'(


p/s: alhamdulillah. Ramadhan dtg lagi. ahlan ya Ramadhan. semoga ramadhan kali ini lagi baik berbanding yang sebelumnya.

No comments:

Post a Comment