Saturday, 23 June 2012

sandarkan pada kenangan??

salam alaik..

masa kat Intec dulu, pernahla grab few motivational books, pastu terjumpa satu info yang menarik. oh, sebenarnya aku dah lupa dah buku apa yang aku baca, so tak boleh la nak buat citation kat sini.. hehe ngehngoh, ngehngoh

aku mahu jadi doktor
dalam buku tu ada cakap yang manusia yang berjaya ni sentiasa bersandar pada sesuatu.. contohnya, seorang anak, dia nak jadi doktor sebab ayah dia nak sangat dia jadi doktor. anak ini tadi menyandarkan cita-citanya untuk menjadi doktor kepada impian ayah nya untuk melihat dia menjadi doktor bila besar nanti. maka, bersemangatlah si anak nak belajar sampai dapat pangkat doktor kat depat nama dia tu..  bagusla tu. pendorong semangat!!

TAPI,,

hah, ada tapinya~ apa yang terjadi klu ayah dia dah tak de, ataupun ayah dia tiba-tiba menjadi orang yang paling dia benci?? mesti semangat dia nak jadi doktor berkurangan, kan?

aku cantik, ok!


dalam buku tu juga ada diceritakan~ ada seorang perempuan ni, dia sangat yakin dengan bahawa dirinya cantik. dan dia yakin bahawa dia cantik sebab baju yang dipakainya cantik. dia telah sandarkan kecantikan yang ada pada dirinya itu pada pakaian yang cantik.. dan bila bajunya yang cantik-cantik itu tiada, keyakinan dirinya pun hilang sama.

SO, CAMNE NI?? KITA NAK JADI ORANG BERJAYA, PADA SIAPA PATUT KITA BERSANDAR?

yup, betul.. kita sebagai manusia sangatlah memerlukan something untuk kita bersandar kepadanya.. tapi, ketahuilah bahawa semuanya tidak kekal.. ingatlah, hanya DIA yang kekal.. sandarkanlah kekuatan kita kepada Allah..

kalau kita sandarkan keyakinan diri kepada kecantikan,
nanti bila dah tua,
bila dah berkedut kulit,
bila dan tak cantik,
keyakinan itu akan hilang..

sama juga kalau kita sandarkan pada kekayaan, ilmu, kebolehan dalam berkomunikasi, kekuatan fizikal, kebolehan bersukan, kepandaian memandu, kehandalan memasak, kepetahan berpidato, dan segala apa kebolehan yang lain..
semua keyakinan boleh hilang sekelip mata klu kita sandarkan keyakinan itu pada benda-benda yang tidak kekal!!

so,binalah keyakinan dengan bersandarkanNya!!

Ya Allah, aku yakin bahawa tiada satu makhluk yang bergerak di atas muka bumi yang tidak dijamin rezekinya, oleh itu Ya Allah, jangan kau tahan rezeki dari mengalir kepadaku

Ya Allah, kurniakanlah keyakinan kepadaku, jika sudah tertanam di dalam hatiku keyakinan itu, teguhkanlah!!

Ya Allah, aku yakin bahawa setiap apa yang ketentuanMu, baik buruk atau baik, pasti ada hikmah disebaliknya, oleh itu Ya Allah, bukalah hatiku agar aku dapat memahami hikmah di sebalik apa yang berlaku.


p/s: tajuk entah ape2 entah.. x masuk langsung dengan isi..  =.=`

Tuesday, 19 June 2012

panasnya!!

salam alaik..

arakian, tersebutlah kisah- pabila exam berakhir, maka duduklah aku mengadap laptop untuk mendapat update terkini tentang Malaysia melalui rakyat Malaysia tempatan.. sape lagi klu bukan si adik manis.. LOL..

sekarang ni orang cakap kat Malaysia sangatlah panas.. dah la tu, ada masalah jerebu lagi.. cabaran2.. sabar la yep, saudara2 di Malaysia

ni gambar 2 hari lepas
hmm, klu kat sini pulak sejuk lampau la!! selalu je rase malas nak kuar dari selimut pagi2.. nak kuar rumah pun selalu pikir dua tiga kali.. sejuk ah!! tapi, tak pe, aku kena hadapi dengan sabar.. inilah dugaan dan ujian...

sebenarnya nak citer pasal environment untuk entry ni.. hehe.. panjang pulak mukadimahnye.. hehe

klu kita tengok kat Malaysia, kita boleh nampak kat certain places yang keadaaan environment yang tidak begitu memberangsangkan, contohnya  kat KL tu.. sebab banyak sangat kenderaan dan pembangunan, banyak gas-gas yang dilepaskan dan bandaraya tu nampak sangat tak sihat.. maka, terjadilah fenomena-fenomena seperti jerebu, pulau haba, green house effects etc2..

nak compare dekat New Zealand ni~ lain la.. NZ nampak sangat green, mcm sihat je environment.. (nak kena buang daerah ni tulis camni.. haha). semua nampak cam organik, ada banyak ternakan, ada lembu, kambing biri-biri, kuda, pastu ada banyak farm2.. scenery hijau sepanjang jalan.. pokoknya, memang sihat la..
si biri-biri

TAPI

aku baru je tau, dari lecture bahawa yang sebenarnya NZ tak de la `green` sangat pun.. ???
memang la main industry kat sini pertanian, (perternakan termasuk sekali) tapi, waste product-nye lagi dasyat lagi la..

lembu2 membebaskan gas methane..dan oleh kerana banyaknya lembu kat cni, maka banyaklah methane yang ke udara..  methane, seperti yang kita belajo, adalah 21 kali lagi berkesan dalam memerangkap haba berbanding carbon dioksida!! wah, banyak tu!! dan seekor lembu boleh membebaskan 50 liter gas setiap jam, dan 33 percent gas yang dikeluarkan lembu itu adalah methane!!


SO,  NAK CAKAP NZ NI TERUKLA YEP??

Naah, not really.. in fact, I kinda admire SOME people here~ specifically, this lecturer- yang ajar part ni la.. dye sangatlah bersemangat citer kat lecture hall tu pasal global warming yang disumbangkan oleh NZ ni.. for ur information, NZ ada sain yang KYOTO Protokol tu~ agreement yang pasal global warming yang kita belajar kat skolah dolu2..


"The Kyoto Protocol commits New Zealand to reducing its greenhouse gas emissions back to 1990 levels ... "
klu tak dapat mcm taun 1990, diorang akan didenda, dan menurut lecturer tu, nilainya adalah 21dolar per ton.. (adalh dalam 300+ million dolar diorang kena bayar).. lecturer tu pakar dlm bab microb2 ni.. so, diorang tengah cari inisiatif menggunakan microb untuk mengurangkan jumlah methane yang dibebaskan..

overall, nak cakap kat cni, Malaysia tu tak de la teruk sangat klu dalam bab2 membebaskan greenhouse gases ni, tu klu nak banding dengan NZ la.. tapi, apa yang kurang sikit kat Malaysia adalah kesedaran dalam diri rakyat tu sendiri.. maaflah, tapi, masa kat sekolah, tak de pun cikgu yang berkobar-kobar citer pasal perkara camni, hanya go through point dalam buku teks semata-mata..

hmm, tapi tak pe, kita mulakan dengan diri kita dahulu.. kita just buat yang simple2 je.. contohnye, tutup lampu ble nak tido, time gosok gigi jangan biarkan air terpasang,etc..

A: tapi, letrik kan murah kt Malaysia ni
B: kan bil letrik dan bil air tu dah masuk dalam sewa rumah, rugilah klu tak gne banyak2 

memanglah macam tu, tapi kita harus ingat, membazir tu amalan syaitan.. tak gitu??


renung2 kan dan selamat beramal^^




Monday, 18 June 2012

tido~

sememangnya tidur sangat penting untuk manusia.. Alhamdulillah, kita dikurniakan dengan nikmat 'mati sementara' ni untuk mengecas kembali badan dan otak sebelum kembali sibuk dalam kehidupan seharian.. tapi, jgn la over sangat.. berpada-pada la ckit.. get control of urself!!

tak sempat nk baring atas katil.. 

tapi, kenapa bila dah cukup tidur still tak larat?? mungkin tido tu tak berkualiti kut.. klu nak dapat kerja yang berkualiti, kita mesti prepare untuk kerja tu kan, so jom prepare sebelum tido!!

  1. minum susu + madu sblm tido ~tp jgn lupe gosok gigi (sunah nabi kut.. )
  2. ambik wuduk ~sbb ke mana  roh kita pergi time tidur, kita x tau.. 
  3. baca doa 
  4. baca surah al-mulk ~antara fadhilatnya-dijauhi azab kubur
  5. baca 3 qul~ surah an-Nas dan surah al-Alaq tu adalah surah special yg boleh menjadi pendinging diri.. hayati maksudnye..
tido pun boleh jadi ibadah, asal niat kerana Allah..kerana tido itu pun ibadah jugalah, kita mesti bertenang ketika melakukannya.. so, sebelum tido tu, maafkanlah orang laen, doakan keselamatan orang lain, supaya rase tenang, so senang la ckit nak terlelap..

mase time kt tido tu, mungkin kt dirantai oleh syaitan.. so, kenalah ungkaikan rantaian itu..  caranya
  1. bile bangun teruslah ingat pada Allah.. doa bangun tidur pn mcm sesuai diamalkan untuk ini..
  2. ambik wuduk.. 
  3. solat
semoga setiap apa yg kita buat sehari-harian ini sentiasa diberkati.. semoga tido kita sentiasa dinaungi malaikat.. semoga badan kita segar untuk kita menjelajah bumi ini.. amin..

ingat, kunci kejayaan itu usaha!! jom kita usaha untuk mendapatkan tido yang berkualiti... yosh!!

peringatan untuk diriku, dan sume saudaraku..

Wednesday, 13 June 2012

Friday, 8 June 2012

exam fever~hailo

salam alaik..

skrang, sume org duk ngadap buku, klu tak pun, ngadap laptop.. struggle nak prepare untuk exam.. study, study juga, jgn lupe kita punye first priority tau!

kita adalah hambanya.. kita kena sentiasa mintak daripadanya.. even klu kita study bagai nak rak,, sampai buku tu dah takde rupa macam buku,, sampai dah hbis sume past year kita buat,, sampai kering dakwat pen sbb tulis  banyak lampau.. tapi, klu Allah tak nak bagi ilmu itu kat kita, maka tak dapatlah juga..

klu mcm tu, baik tak payah study,, mintak je.. HALOO!! suke hati je.. klu kita lapar pastu kita duk kat dining table, pastu doa~ harap2 nasi dalam periuk tu terhidang kat depan mata.. dapat ke?? tunggu nasi tu berkulat je la..

ilmu itu adalah cahaya.. dan cahaya tidak akan masuk kat hati yang kotor.. so,, bersihkanlah hati.. semoga dipermudahkan urusan kita dalam menuntut ilmu..



all the best sume!!

p/s: td first paper.. senior ckap paper ni yg boleh diharapkan untuk meng'cover' paper laen.. tp... paper ni pn tak ter'cover' mn..huhu.. tapi tak pe..ada 3 lagi paper.. YOSH!!!