Saturday, 23 June 2012

sandarkan pada kenangan??

salam alaik..

masa kat Intec dulu, pernahla grab few motivational books, pastu terjumpa satu info yang menarik. oh, sebenarnya aku dah lupa dah buku apa yang aku baca, so tak boleh la nak buat citation kat sini.. hehe ngehngoh, ngehngoh

aku mahu jadi doktor
dalam buku tu ada cakap yang manusia yang berjaya ni sentiasa bersandar pada sesuatu.. contohnya, seorang anak, dia nak jadi doktor sebab ayah dia nak sangat dia jadi doktor. anak ini tadi menyandarkan cita-citanya untuk menjadi doktor kepada impian ayah nya untuk melihat dia menjadi doktor bila besar nanti. maka, bersemangatlah si anak nak belajar sampai dapat pangkat doktor kat depat nama dia tu..  bagusla tu. pendorong semangat!!

TAPI,,

hah, ada tapinya~ apa yang terjadi klu ayah dia dah tak de, ataupun ayah dia tiba-tiba menjadi orang yang paling dia benci?? mesti semangat dia nak jadi doktor berkurangan, kan?

aku cantik, ok!


dalam buku tu juga ada diceritakan~ ada seorang perempuan ni, dia sangat yakin dengan bahawa dirinya cantik. dan dia yakin bahawa dia cantik sebab baju yang dipakainya cantik. dia telah sandarkan kecantikan yang ada pada dirinya itu pada pakaian yang cantik.. dan bila bajunya yang cantik-cantik itu tiada, keyakinan dirinya pun hilang sama.

SO, CAMNE NI?? KITA NAK JADI ORANG BERJAYA, PADA SIAPA PATUT KITA BERSANDAR?

yup, betul.. kita sebagai manusia sangatlah memerlukan something untuk kita bersandar kepadanya.. tapi, ketahuilah bahawa semuanya tidak kekal.. ingatlah, hanya DIA yang kekal.. sandarkanlah kekuatan kita kepada Allah..

kalau kita sandarkan keyakinan diri kepada kecantikan,
nanti bila dah tua,
bila dah berkedut kulit,
bila dan tak cantik,
keyakinan itu akan hilang..

sama juga kalau kita sandarkan pada kekayaan, ilmu, kebolehan dalam berkomunikasi, kekuatan fizikal, kebolehan bersukan, kepandaian memandu, kehandalan memasak, kepetahan berpidato, dan segala apa kebolehan yang lain..
semua keyakinan boleh hilang sekelip mata klu kita sandarkan keyakinan itu pada benda-benda yang tidak kekal!!

so,binalah keyakinan dengan bersandarkanNya!!

Ya Allah, aku yakin bahawa tiada satu makhluk yang bergerak di atas muka bumi yang tidak dijamin rezekinya, oleh itu Ya Allah, jangan kau tahan rezeki dari mengalir kepadaku

Ya Allah, kurniakanlah keyakinan kepadaku, jika sudah tertanam di dalam hatiku keyakinan itu, teguhkanlah!!

Ya Allah, aku yakin bahawa setiap apa yang ketentuanMu, baik buruk atau baik, pasti ada hikmah disebaliknya, oleh itu Ya Allah, bukalah hatiku agar aku dapat memahami hikmah di sebalik apa yang berlaku.


p/s: tajuk entah ape2 entah.. x masuk langsung dengan isi..  =.=`

No comments:

Post a Comment