Thursday, 28 March 2013

Ukhuwah


assalamualaikum!

Korang pernah dengar tak orang ucap ‘ukhuwah fillah’? Tentu pernah kan? Aku ingat lagi mula-mula aku dapat ucapan ni bila ada orang sms aku masa kat sekolah dulu. Berkerut dahi bila baca. Apa hal pulak dia ni. Demam ke? Haha. Itu dulu, sekarang aku dah tau.....

Hmm, apa tu ukhuwah fillah? Kalau ditanya maksudnya secara literal meaning, tentu semua dapat menjawabnya dengan tepat. Baiklah, ‘ukhwah fillah’, bila ditranslate kepada bahasa melayu bermaksud berkasih sayang kerana Allah. Macam mana tu nak berkasih sayang kepada Allah?

Sebelum menjawab persoalan itu, kita perlu menjawab ini dahulu- macam mana nak sayang diri sendiri? Caranya, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tidak menzalimi diri sendiri. Dengan kata lain, kita hendaklah berbuat baik kepada anggota dengan tidak mencampak diri dalam maksiat dan kehinaan. Bagi menjawab persoalan yang pertama tadi, kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan kawan kita dari menzalimi dirinya. Itulah pengertian ukhuwah fillah yang sebenarnya!

korang jangan tak tau, Ukhuwah ni sangat special tau. Ini hanya untuk orang-orang yang beriman je. Kalau kita kawan baik dengan orang bukan Islam sebelah rumah tu, itu tak dikira sebagai ukhuwah. Sebabnya, jiran sebelah rumah kita tu non-believer.  Ukhuwah itu tidak akan ada tanpa iman, dan iman tidak akan sempurna tanpa ukhuwah. Kita mesti berkasih sayang sesama muslim seperti firman Allah, (Al-Hujurat:10)
“sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..”


Selain iman, komponen lain yang penting adalah ikhlas. Dengan ikhlas, kita dapat menghindari sifat cemburu. Dengan ikhlas kita dapat menerima keburukan dan kelebihan dirinya. Dengan ikhlas  kita dapat bersama-samanya tika senang atau susah. Eh, kejap.  Ikhlas tu apa ea? Hah, ikhlas itu adalah sesuatu yang kita lakukan semata-mata kerana Allah J

So, apa yang boleh kita buat untuk berukhuwah?

  •   "sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
  • "sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
  •  hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu.
  •   memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa
  •  ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan
  •  memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu
  • hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

'

Tapi, korang kena ingat tau, Allah jualah pemilik hati kita semua. Kita kena bersyukur kalau kita ada rasa sayang kat orang lain. Kalau kita tengok kat sekeliling kita, ada je hamba Allah yang tak sayang pun dengan insan-insan yang rapat dengan mereka. kalau baca paper, kadang ada je pasal anak buang mak la, ayah dera anak la etc.  Kerana apa? Kerana cinta itu adalah anugerah. Anugerah kurniaanNya yang kadang kita selalu terlepas pandang. 








Jom bercinta sampai syurga!

Saturday, 23 March 2013

cherry grader


assalamualaikum..

ya, kembali lagi dalam ruangan ini. sudah lama rasanya meninggalkan medan penulisan. dari tahun 2012 sampai 2013. dah setahun blog ni terbiar! haha. almaklumlah, selalu disibukkan dengan real life.

since ni adalah entry first untuk 2013. I shall begin with what I did on first January. jeng, jeng, jeng..

                                                                                                                                   

di kala orang lain sibuk untuk menyambut sambutan tahun baru di Malaysia, aku pula sedang lena di dalam perut pesawat pulang ke NZ. Pulang bersama seorang temanku. walaupun sekolah akan bermula pertengahan bulan 2, kami nekad untuk pulang awal ke sana. pergi meninggalkan keluarga yang kami cinta, dua bulan lagi awal!! kerana apa??

haaa. mesti semua penasaran nak  tahu. sebenarnya, kami telah berjaya mendapatkan diri kami untuk mengisi ruang kekosongan di syarikat yang memproses buah summer yang dipetik. musim panas cenggini, banyak pokok yang membuah. ada pokok epal, ceri, aprikot, peach, dll.

kerja kami adalah untuk menggredkan buah ceri kepada 3 kategori; eksport, tempatan dan juga sampah. hmm, bunyi sangat simple. tapi, kadang confuse la juga. terutama sekali kalau nak sort antara local dengan eksport atau pun bila nak asingkan yang local dengan sampah.

hmm, seronok ke kerja ni?? i would say, yes indeed! banyak pengajaran yang dapat dikutip sepanjang 4 minggu menjadi buruh kasar di kilang ni. baru ku faham sekarang, yang bukan  senang nak cari duit. aku tak boleh imagine if i need to work as pekerja buruh for the rest of my life. is not easy! sekarang aku rasa sangat kagum dengan mat2 indon yang kerja kat construction site. dengan keadaan malaysia yang panas terik, ditambah pulak dengan orang-orang malaysia, which I think they won`t treat workers like new zealanders did! i think mat indon2 are all awesome!

aku rasa orang-orang atasan kat tempat aku keje ni bersopan. tak mcam dalam drama melayu. asyik nak makan orang je. bila kita buat silap, diorang tak de la marah pun, diorang cakap elok-elok. bos besar pun setiap hari mesti datang check keje kitorang. bos tak de la lepas tangan dekat QC je untuk check keje kami. bila kitoran  buat keje elok-elok. diorang siap puji lagi. haha *kembang kempis dah hidungya*

berdiri dari jam 8 pagi sampai 4.30 petang memang memerlukan kesabaran. bukan senang ok! dah nak terbuntang dah mata ni duk mengadap buah ceri yang purplish red ni. doktor bedah pun boleh sakit mata menghadap warna merah darah berjam-jam. tapi, segala pengalaman dan pengajaran, habuan wang ringgit serta peluang aku untuk kenal orang dengan lebih dekat akan ku kenang *cewah ayat*

oh, kat sini, ada je pekerja warga asing yang lain. ada orang Perancis, German, Thailand, Filipina, Mexico, Hong Kong, dan even dari Malaysia pun ada. orang Malaysia yang aku maksudkan kat sini adalah orang yang memang betul dari Malaysia datang sini untuk spent masa to experience summer in NZ. diorang sume ni datang dengan tiket ~ holiday and working visa. jadinya, diorang akan keje untuk kumpul duit untuk buat jalan-jalan di NZ. menarikkan? tak pernah aku tau sebelum ni.

bila aku keje kat orchard ni, tiba-tiba rasa macam nak jadi petani moden pulak. hehe. nak tanam pisang pastu eksport ke luar negara. mesti masyuk!! haha.

on the way balik dari keje

done grading the cherry!

aprikot yangdipetik sendiri kat atas bukit belakang rumah sewa! yum2

rumah sewa dalam kebun. best! nanti nak buat rumah dalam kebun juga!

atas bukit belakang rumah. cantikkan view? subhanallah!

buah nectarine. tapi, tak pernah makan lagi buah ni.



antara jenis ceri. dari kiri : Lapin, Rania and Kordia


epal yang tak masak lagi


tapi, seriously, I already fall in love with pertanian. bestnya berbudi dengan tanah!



cerita di muka buku

assalamualaikum dan selamat pagi!

I scrolled down my fb page, and found people arguing on new yang kuar dekat BH. orang tu cakap macam ni. orang ni cakap macam tu.

aku pun google la pasal isu yang berkenaan. bukak la few pages. and indeed same thing happen. kenyataan akhbar di sini kata macam ni. berita di sana cakap macam ni.

then, aku pun membatu and critically think.

hmmm... still i dont know yang mana betul dan yang mana salah

yet, in those fb.. dua golongan itu bertikam lidah.. masing2 mengeluarkan hujah masing2
itu aku rasa macam ok.. yang tak ok nye, ada pihak2 yang tak de tau sangat, tapi bajet tau.. nak masuk campur juga dalam hal ni. terus condem golongan minoriti dalam perbincangan dengan melabel pegangan orang minoriti ini silap. haluuu, taksemestinya benda yang dipersetujui ramai itu betul!

aku rasa macam, ape kes dengan orang ni. kita tengah bincang pasal point tertentu, dia nak condem pasal benda ni secara keseluruhan pulak.

analoginya begini, si A cakap tajuk photon ni adalah dalam subjek chemistry. pastu si B cakap- tak, tajuk ni adalah subjek fizik. pastu diorang pun bagi hujah masing-masing, tiba-tiba, datang pihak yang ketiga, cakap subjek chemistry ni tak betul dan menyimpang! what the hal??

aku kira, orang C ni terlalu fanatik orangnya.tidak masuk langsung dalam perbincangan! diam-diam sudah! tak payah nak panjangkan cerita!

hmm, satu lagi pesanan. jangan mudah sangat bak like status kat fb. contohnya la kan. kita tahu  si A ni selalu buat salah. pastu bila si B cakap si A ni macam ni, macam tu.. kita janganlah terus mengiakan aja, janganlah terus klik kat thumbs up tu. cari kesasahihah berta tu dulu. buat analisis. ada ke bias, ada ke something fishy about it. then go on with ur thoughts.

dalam dunia yang semuabenda dihujung jari, teknologi yang terus menerus berkembang tanpa sempadan, kita pun kena berkembang maju. *note: bukan mengembangkan badan :P*
perbaiki diri untuk bijak mengawal teknologi. bukan teknologi mengawal kita. maksudnya, jangan kita ambik bulat-bulat apa yang tersedia di depan mata, kita kena belajar untuk memilih. pilih, sumber yang lagi kurang keraguan tentangnya.jangan biarkan apa yang yang tersaji di internet terutamanya, membentuk cara kita berfikir, dan bertindak.

aku personally rasa sedih dengan orang golongan ketiga. nampak macam tak cukup ilmu? senang-senang je meng-judge sesuatu mengikut pegangan yang sedia ada. senang-senag je golongan ketiga ni meletak satu definite value pada sesuatu. sedangkan manusia itu, tiada satu sifat pun yang dapat memberi definisi kepada seseorang. orang yang penyabar, akan ada masanya meletus juga amarahnya. orang yang rajin, akan ada masanya malas menguasai diri, orang yang kemas, ada ketika tidak terurus juga!!

aku secara peribadinya rasa, berbeza pendapat itu lazim dan bagus, andai nya disalurkan dengan cara yang betul. sesungguhnya, terlalu banyak sumber di internet, dan selalu bercanggah isi-isinya. tapi, jangan sampai tergadai akhlak sebab nak menangkan sesuatu di antaranya. bukankah yang lagi sohih itu adalah akhak seperti dalam kandungan al Quran? kenapa nak gadaikan sesuatu yang bernilai dengan apa yang kita tak tahu betul ke tak?

dan aku rasa golongan yang boleh memecah belahkan masyarakat adalah golongan ketiga. golongan yang terlalu fanatik dengan pemikiran sendiri, sehingga kadang-kadang, blindly following the thoughts!

adakah kita golongan ketiga??
tepuk dada, tanya iman.

Allahu rabbi,

terlalu banyak fitnah sehari-hari!

ya tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. sesungguhnya Engkau yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

(60:5)

Ya Allah, jauhkan lah kami dari fitnah di dunia dan akhirat. jauhkan lah kami dari fitnah dajjal!!


bukalah hati, bukalah minda.
dan cubalah untuk tidak mudah meletak 'definite boundary' pada sesuatu~

wallahu a`lam