assalamualaikum!
Korang pernah dengar tak orang ucap ‘ukhuwah
fillah’? Tentu pernah kan? Aku ingat lagi mula-mula aku dapat ucapan ni bila
ada orang sms aku masa kat sekolah dulu. Berkerut dahi bila baca. Apa hal pulak
dia ni. Demam ke? Haha. Itu dulu, sekarang aku dah tau.....
Hmm, apa tu ukhuwah fillah? Kalau ditanya maksudnya
secara literal meaning, tentu semua dapat menjawabnya dengan tepat. Baiklah,
‘ukhwah fillah’, bila ditranslate kepada bahasa melayu bermaksud berkasih
sayang kerana Allah. Macam mana tu nak berkasih sayang kepada Allah?
Sebelum menjawab persoalan itu, kita perlu menjawab
ini dahulu- macam mana nak sayang diri
sendiri? Caranya, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tidak menzalimi
diri sendiri. Dengan kata lain, kita hendaklah berbuat baik kepada anggota
dengan tidak mencampak diri dalam maksiat dan kehinaan. Bagi menjawab persoalan
yang pertama tadi, kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan kawan kita dari
menzalimi dirinya. Itulah pengertian ukhuwah fillah yang sebenarnya!
korang jangan tak tau, Ukhuwah ni sangat special tau. Ini hanya untuk
orang-orang yang beriman je. Kalau kita kawan baik dengan orang bukan Islam
sebelah rumah tu, itu tak dikira sebagai ukhuwah. Sebabnya, jiran sebelah rumah
kita tu non-believer. Ukhuwah itu tidak
akan ada tanpa iman, dan iman tidak akan sempurna tanpa ukhuwah. Kita mesti
berkasih sayang sesama muslim seperti firman Allah, (Al-Hujurat:10)
“sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..”
“sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..”
So, apa yang boleh kita buat untuk berukhuwah?
- "sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
- "sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
- hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu.
- memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa
- ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan
- memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu
- hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
Tapi, korang kena ingat tau, Allah jualah pemilik
hati kita semua. Kita kena bersyukur kalau kita ada rasa sayang kat orang lain.
Kalau kita tengok kat sekeliling kita, ada je hamba Allah yang tak sayang pun
dengan insan-insan yang rapat dengan mereka. kalau baca paper, kadang ada je pasal anak buang mak la, ayah dera anak la etc. Kerana apa? Kerana cinta itu adalah anugerah. Anugerah kurniaanNya yang kadang kita selalu terlepas pandang.

No comments:
Post a Comment