Thursday, 28 November 2013

hap hap hoorey

                                                               assalamualaikum...

"sayang apa khabar denganmu.. di sini ku merindukan kamu.."

huhu.. ape kes tetibe nyanyi lagu jiwang??

hakikatnya..

 ni laa kenyataan hidup.. kita tak sedar sebenarnya kita dah terjatuh sayang dekat raamaai orang.... sangat ramai.. termasuklah cik adik manis aka kawan-kawan...

dan kebanyakan kita sedar akan rasa sayang tu.. selepas adanya rindu yang membuak-buak.. yakni biasanya selepas berlakunya perpisahan...

macam diri ini.. jujur menyatakan adanya perasaan rindu pada kawan-kawan yang lain.. rindu nak lepak dengan kawan yang bermacam-macam ragam.. bermacam-macam kaum.. bermacam-macam pandangan.. sekarang.. hanya mampu senyum sendiri sambil melihat gambar  kenangan... sambil menangis di dalam hati.. huerm.,..
                                         
oleh itu,.. hargailah insan-insan di sekeliling kita sekarang.. timbulkan rasa sayang yang mendalam terhadap mereka.. eratkan tautan hati antara semua.. agar.. bila berlakunya perpisahan.. tiada perkara yang kita kesali.. tiada lagi tangisan dii hati... huhu..
                                             
                                              

happy2 day~.. rabbuna yusahhil!!

Friday, 27 September 2013

10 sen

salam alaik
hari ni kita digembar gemburkan dengan  kenaikan harga minyak ~ sejauh mana kebenaran~ wallahu `alam.
aku, sebagai bukan pengguna minyak diesel/petrol tegar, (kerana tidak memiliki mana2 kenderaan bermotor) mungkin tidak merasai bahang panas seperti mana orang lain yang sedang naik minyak dek kerana minyak yang naik harga.
izinkan aku untuk mengukir kata, ye. sekadar pandangan peribadi ingin dikongsi.
minyak- satu komoditi yang selalu menjadi topik perbualan melebihi komoditi lain seperti emas dan perak di Msia. (mungkin sahaja kerana isu minyak dipolitikkan dengan begitu hebat di media).
isu kenaikan harga, aku kira ~ semua orang pasti menjangkakan perkara ini akan berlaku. klu tidak hari ini, pasti akan naik juga esoknya
sementelah, some people argue~ minyak sebenarnya bukan naik. itu istilah yang kurang tepat. pernyataan yang lagi telus adalah- subsidi minyak dikurangkan.
yup, that`s true.
walaupun,  aku bukanlah berkelulusan mana2 sekolah ekonomi, my rasional  agrees dgn pengurangan subsidi. aku berpendapat rakyat Msia secara keseluruhannya terlalu dimanjakan.
bukan aku bermaksud, subsidi atau bantuan tidak perlu diberikan. tetapi, caranya harus lagi benar. bantuan harus diberikan dengan adil.
mari kita selami apa yang dimaksudkan dengan adil. adil, secara yang tercatat dalam buku, boleh didefinasikan sebagai meletakkan sesuatu di tempatnya .adil tidak pernah bermaksud sama rata. just and equality never has the same meaning.
maaf ye, entry nya tidak tersusun. tengah berapi hendak menulis. mungkin di-edit kembali selepas ini.
kembali kepada isu subsidi, tidakkah kalian rasa kerajaan sebenarnya  tidak bersikap adil kepada kita? everyone dilayan sama rata. tak kira lah gajinya berjuta, atau dua kupang, semua orang mendapat bantuan yang sama!
padan la muka dia. sapa suruh malas keje. dapat la gaji 2 kupang
ini bukan masalah sape rajin sape tak. kadang, sebahagian manusia akan diuji dengan kesempitan wang, dan menjadi tanggunjawab kita sebagai tetangga atau saudara seagama untuk membantu.
dan untuk itu, aku tak rasa dengan memberi bantuan secara general begini adalah bagus.
sebab yang kedua adalah untuk kita sebagai rakyat mendapat keadilan. some may not notice berita penyeludupan minyak di sempadan negara. ye la, cerita ni bukan se'hot' cerita pemimpin2 bergaduh, tidak juga sesensasi artis2 di tv.
penyeludupan minyak berlaku kerana ada segelintir pihak berkehendakkan kepada keuntungan yang cepat. akibatnya memang kita tak rasa. because we never bother to care anyway. tunding jari lagi senang. haha
penyeludupan menyebabkan subsidi yang ditanggung kerajaan yang sepatutnya hanya keistimewaan rakyat Msia dirasai oleh orang lain secara illegal. duit yang kalian bayar cukai tu dah 'dirompak' orang lain.
oleh itu, dengan pengurangan subsidi, jurang harga minyak antara negara lebih dekat- dan mungkin satu hari akan sama harga saja dengan negara jiran. orang pun dah tak nak seludup minyak dah~ tak untung.
solusi: better bagi bantuan mengikut taraf hidup seseorang. bantuan rakyat sounds reasonable. cumanya, perlu ada kriteria yang bagus
contoh
1. Ahmad gaji 1000, ada 6 orang kecik2
2. Abu gaji seribu, ada 2 orang anak. dua2 dpt biasiswa
kriteria pemberian bantuan perlu mengikut spesifikasi yang teliti. ahmad need more bantuan berbanding Abu. give them accordingly.
di NZ, walaupun kadar minyak setiap hari berubah. walaupun harga minyaknya berganda mahalnya dari msia, tak de pun orang nak tulis dalam surat khabar hari2. what make them all silence? one of the reason sbb diorang tahu goverment spent duit macam mana. dan diorang pn boleh refund tax accordingly (nz ada gst ok, lagi berbukit kerajaan exploit duit).  *tak habis lagi study pasal bab ni*
oh, 1 lagi, kurangkan kerenah birokrasi. mudahkanlah kerja orang lain. simple kan apa yang perlu. tak perlu majlis berjuta2, klu sumbangan hanya seribu dua
p/s: am not requesting subsidy utk ditarik secara kesuluruhannya sekarang. take it slowly, dan kena ada effort yang selari untuk penyelesaian yang lebih baik
disclaimer: am not paid to write ok! haha.

Monday, 23 September 2013

esok dateline esaimen. huhu

salam alaik

dalam mendepani esaimen yang hampir tiba dateline nya, izinkan saya untuk meng'share', ya :D

tajuk esaimen that I`m currently work on is drug donation: a question of quality. sebelum ditugaskan untuk membuat 1200 words essay ni, tak pernah la tahu kalau sebenarnya drug donations ni benda yang negative.

donations ~ mesti semua bagus kan?


Sri Lankan government had to spend about 18000 to 27000 US dollar to cover the handling, transportation, storage and destroying expenses of 150 metric tons of donated medicines delivered after tsunami hit the major part of South East Asia in December 2004 (WHO 2010) 

ni, 1 of those facts yang dapat dikorek dari gunung2 artikel. haha.

oh, sebenarnya nak share benda ni. hehe



America’s Most Generous Corporations
Company Ticker ’04 Total Giving ($mil) 2003 Operating Income ($mil) Giving % Income

Pfizer PFE 1,259.7 13,671 21

Bristol-Myers Squibb BMY 666.3 5,971 11

Merck MRK 979 10,717 9

Safeway SWY 135.3 2,905 4.7

Walt Disney DIS 165.3 4,140 4

Johnson & Johnson JNJ 528.7 13,302 4

Kroger KR 95.4 3,587 2.6

Microsoft MSFT 410.7 18,583 2.2

Target TGT 88.8 4,257 2.1

Boeing BA 68.5 4,063 1.7








ni nama2 kompeni US yang banyak buat donation. kopeni yang mendominasi tangga teratas tu sumbang lebih kurang 1300 million. fuuuhhh. banyak tu. tu adalah 21% dari pendapatan. so, roughtly pendapatan kompeni tu 6 000 million.. banyaknye.. huhu.. 

moral nye- 
1.tak kiralah kita ni kaya ke tak, dermalah apa yang kita ada. macam kompeni Pfizer tu- bukanlah kompeni yang terkaya di dunia pun, tapi, dia derma 1/5 pendapatannya. *nyway-pfizer tu kompeni farmasetikel <-- betul ke eja camni?* 
2. jom buat bisnes- nanti jadi kaya! haha

Tuesday, 17 September 2013

optimis

salam alaikum.

baru je habis lab. fuuhh, still tak boleh nak compute dalam kepala macam mana nak interpret data. habislah report nanti. huhu.

anyway- nak cerita sikit pasal lab tadi. lagu ni~ tadi ada la tanya lab demonstrator, mcm mana nak calculate 1 problem stat ni. pastu, dia pun explain pom pam pom pam.. classmate aku yang pening-pening lalat sbb tak tau nak jawab macam mana pun curi-curi dengar sekali.

A: you take this value from the book... bla3...
B: ohhh
(interrupted)
C: oh my god.. that value from the book?!
B: hahaha
A: It's ok. just redo the calculation
C: oh, no no (frustrated+penat buat calculation)
A: Isn't it great that you know something now? you are better than you 5 seconds ago. (ayat memujuk)

A: lab demonstrator    B: me    C: classmate

apa yang lab demonstrator cakap tu macam simple je, tapi terkesan dalam hati. eventhough that words tak tuju pada diri aku. how, optimis. kita selalu merungut bila buat salah. sbb kita tak nampak sebenarnya dari kesalahan tu la, kita akan jadi better in the future.

Friday, 13 September 2013

sarin~

salam alaik.

lecturer hari ni ada mention pasal sarin~ weapon of mass destruction. and the lecturer mention about Syria thingy. few thing that I know now about sarin.



it can inhibit acetylcholinesterase irreversibly, therefore, no breaking down of acetylcholine occur. i think most of us know that, if acetylcholine doest not broken down, acetylcholine will remain active. contohnya, muscle cell will remain contracted when acetylcholinbe terus-terusan binding to receptor.

effectnya, seperti yang boleh kita ambil iktibar dari bumi syria- death! antara effect2 lain (diakronimkan dengan DUMBELLS)

D- diarrhea (cirit-birit)
U- urination
M-miosis
B-bradycardia
E-emesis
L-lacrimation
L-lethargy (lesu)
S-salivation


I wonder if other people out there eapecially muslims know what actually happen in 
Syria. sob sob. 
*well, it's part of our job to keep telling people.
*

p/s: last night, while having dinner in front of tv- ada iklan pasal syria- dalam iklan tu macam encourage people untuk tolong orang syria. diorang yang buat iklan ni bukan ada kaitan pun dengan orang syria macam kita. kita je yang ditautkan dengan ikatan aqidah, but yet what have we done so far??

Saturday, 31 August 2013

i want to kill them!! eerrrkk??

assalamualaikum wbt..

there`s time in our life, when we met some difficult people. people that say bad thing to us, be it happen directly face to face, atau belakang-belakang.

rasa menyampah, geram, marah~ semuanya membuak-buak. rasa nak lempang je manusia-manusia tu hah. haisshhh. rasionally speaking, that won`t solve any problem. malah mungkin menyemarakkan lagi ketidaksukaan mereka terhadap kita.
...........................................................................................................................

and today, I bumped into that guy again. I clearly remember his face now. That same guy that me and my flatmates met days before

"#$%$@^, go back to your home"

He walk quite a distant behind me. I can see his mumbling mouth and sharp eyes looking at me. without much thinking, I just sengih macam kera sumbing je dekat dia, and walk away macam budak2 riang ribena. Alhamdulillah, there`s lot people around, I`m pretty sure, he doesn`t have the gut to verbally say it out loud to me.

I did it spontaneously, then bila fikir balik.. hmm,maybe I can kill him with kindness~ haha, siap la engkau pak cik!! aku harap aku akan terserempak lagi dengan pak cik ni ~
..................................................................................................................................

a couple of years back then, I used to read few stories. how some people can turn down their enemy. how a week person can actually stop other people from bullying him/herself. *google and you will find it :)*

kill them with kindness~

rasulAllah pun ada tunjukkan method ni, ingat tak lagi cerita baginda dengan seorang yahudi buta? *korang google la kalau tak ingat* I think this is one of the method bila berdepan dengan situasi begini. well, it may not applicable for every occasions that we face. pandai-pandai lah fikir :)



Sunday, 25 August 2013

destruction of the family~

assalamualaikum :)

bersempena dengan Islamic Awareness Weak, ada beberapa talks yang dijadualkan untuk berjalan. dan Alhamdulillah, hati aku Allah direct kan untuk pegi.

destruction of family



masa mula-mula tengok topik, I think it is quite a typical topic, yet interesting. and i thought that mesti point2 yang akan disampaikan tu,something yang we already encounter that before. well, i could say, I`m quite wrong. haha. memang benar la orang kata, lagi banyak kita belajar, lagi banyak sebenarnya kita tak tahu :)

...........................................................................................................................................................
the first step sebelum nak bina family mestilah dengan memilih calon isteri/suami yang bagus. maksudnya, kalau nak cari calon tu, look for people that you want him/her to be the father/mother of your children

3 faktor keruntuhan institusi kekeluargaan yang dikupas sebentar tadi

1. generation gap *never heard people talk much on this point before*

source

zaman 90 tahun yang lepas, this thing don`t exist. 1 abad yang lepas, parent will raise their children the way their parent raised them before. and it is not a problem at all. tetapi, sekarang? kita memang tak boleh nak didik anak2 seperti mak bapak kita pernah didik kita! kenapa? generation gap. yup, that`s the word. apa yang dimaksudkan dengan generation gap di sini bukanlah dari segi teknologi, tetapi dari segi value, dari segi nilai itu sendiri.

contohnya dari segi perkataan kita. kalau ibu bapa kita nak emphasis their word, they will use polite words like sungguh, sangat. tapi kita? we use 'gila'. *hodoh betul words tu. sangatlah tak sopan*
have u ever heard your mom said ~ best gile nasi ayam kedai tu! tengok tu, besar gile belon yang dia tiup! mak aih, cantiknya rumah dia! etc.
pelik kan kalau kita dengar parents kita cakap macam ni? haha.

tak dapat disangkal, antara sebab berlakunya jurang antara generasi adalah kerana media. media keep on pushing the boundary. contohnya, kalau zaman dulu, kartun tak de pun siarkan anything yang unappropriate. tapi sekarang ni, rasanya, setiap episode tu wajib ada satu. jurang generasi berlaku lebih kurang 50 tahun yang lalu.

mungkin dulu media hanya pertontonkan gusti lengan. dan orang pada zaman tu rasa apa yang ditayangkan itu terlalu ganas. and then, 5 tahun selepas tu media push lagi, kali ni tunjukkan pulak orang main gaduh2 guna kaki. selepas 5 tahun pastu dia siarkan pulak orang gusti tangan kaki. and them 5 tahun afterward gusti guna benda2 keras. you can see here, within 15 years or so, anak2 telah bertukar menjadi saksi keganasan hati diorang sudah keras. keganasan sudah sebati dalam diri mereka, and violence seems normal for them. sedangkan mak bapak diorang, masih lagi berpendapat gusti lengan itu sangatlah ganas.

source

generation gap ni adalah ujian kita di zaman modenisasi ini. i think that`s why sekarang ni ada generasi x, y and z.

2. who is the  mentor of the children


who spent the most time with their children? haha. i bet the answer must be si kotak hitam nipis plama 54 inci samsung yang melekat kat dinding rumah tu. ye la.  mana taknya, kalau tv tu terpasang 24 jam je. tu masa diorang kecik, bila dah besar, kawan-kawan sekolah pula memainkan peranan. macam-macam jenis artis yang diperkenalkan kepada anak-anak untuk menjadi idola.

for that, adalah sangat2digalakkan untuk ibubapa membawa anak-anak mereka ke mana sahaja. kalau nak pegi masjid, tag them along. kalau nak pegi shopping, angkut semua sekali. let them observe you, let them learn from you.

3. lack of parenting knowledge or what to do with their children #

semua orang mesti nak bina keluarga bahagian kan? nak anak-anak yang berjaya dunia
 akhirat. that`s why we need skills. dan untuk develop skill ni bukan dengan 'bereksperimen' semata-mata. harus diperbanyakkan pembacaan, tanya orang, pergi  majlis2 ilmu observe orang lain punya parenting skill etc.

anak-anak lah yang paling merasai kesan kemusnahan institusi kekeluargaan. diorang hilang hala tuju. tak tahu apa yang yang ingin dia kecapi pada masa depan, apa matlamat hidup, apa plan for next 10 years, 20 years and so on..

.............................................................................................................................................................
solutions. the first 2 solutions are of the best one. should you be able to master this, insyallah, it will be fine :)

1. establish strong bond and connection with your children which make them feel loved and cared

lain jiwa, lain cara. try to build connection hati ke hati. ada yang rasa hati tersentuh enough with just a simple compliment. ada yang demand nak hadiah untuk diorang rasa disayangi. spend quality time together! ibu bapa seharusnya mengenal pasti what thing that make their children feel loved. adakah dengan mengungkapkan ucapan sayang sehari-hari, atau sudah cukup dengan hug.

#this can solve the generation gap problems :)

2. channel the reason of making connection is for the love of Allah and prophet. connect the kid with the highest purpose of life. 

try not to leave your children especially when they are a young kid; when they haven`t really met 'friends'. this is because, at this age, diorang akan look for a model, a mentor. nak ke anak2 tu jadikan shin chan sebagai teladan dek kerana kesibukan ibu bapa mengerah keringat mencari rezeki?

source


dan bilamanna masa dihabiskan bersama, jangan lupa untuk 'mengingatkan' anak2 tentang Allah dan rasul secara tidak langsung. hmm, macam mana tu?  begini, contohnya la kan, kita tengok cerekarama hari sabtu kat tv3 tu. dalam drama tu ada tunjuk ada Mail Lambung tengah hisap rokok. kita cakap la kat anak kita~ merokok tu tak bagus. boleh mengundang penyakit kepada diri dan masyarakat. dan yang paling penting, kita kena highlight kan merokok ni, Allah pun tak suke. walaubagaimanapun, kita harus ingat  pembelajaran melalui teladan adalah lebih effective. for that reason, pihak ibu bapa sendiri kena cuba sedaya upaya mungkin untuk membiasakan diri dengan perbuatan  dan amal yang baik, supaya menjadi contoh ikutan anak anak. as the saying goes; actions speak louder than words *karangan sekolah sangat*

#this can solve the generation gap problems :)

3. provide healthy, halal alternative to children and be sensitive to their needs

even though, point kat sini ada perkataan halal, tapi ia bukan memberi limitasi kepada perihal makanan semata-mata. contohnya la kan, kita tak suka anak kita kawan dengan Usop gengster kampung sebelah, kita jangan la just pot pet pot pet suruh anak kita tu putuskan hubungan antara kampung dengan mamat tu, sebaliknya, kita perkenalkan mereka dengan kawan-kawan yang lain.

4. be careful of how we speak to/in front of our children

seperti yang diperjelaskan di point ke2, adalah sangat penting unutk ibubapa menjaga tingkah laku mereka as they are the suri teladan untuk anak-anak. specifically, ibu bapa, kena jaga perkataan, kena check balik, macam mana mereka berinteraksi dengan orang di sekeliling, macam mana adab bila berbicara dengan anak-anak. lebih-lebih bilaman berada dalam situasi interaksi yang agak berkonflik; meeting with angry people, orang yang banyak kerenahy, cerewet etc.

source

wisely handling this kind of people in front of your children, would not only teach them communication skills indirectly but also, this children`s respect towards the parents will grow even more.

dan bila berbicara dengan anak, berbicaralah dengan tenang serta lembut tetapi berbaur tegas. explain a bit, kenapa kita larang/suruh diorang buat something. contoh; "Ahmad, dah cukup main kat luar hari ini, esok boleh main lagi... ". then, we give them explanation "dah nak masuk maghrib. jom siap2 untuk solat"

remember, it is better to say 'buang sampah ke dalam tong sampah' instead of  'jangan buang sampah merata-rata'. guhna perkataan postitif. *some people claim that Malaysia parent use to much 'jangan' that subconsciously affecting the psychology of the children.*

~don`t be an authoritarian parent but authoritative gentle parent~

5. use emotion in dignified way to express our thoughts

this suggestion is quite easy to comply. simple example, we want our children to not play with  the iron.kita kena tunjuk sikit expression muka that convey pain message, when we explain to them that seterika tu boleh membakar tangan. barulah nampak meyakinkan.

 ni muka terkejut ni, bukan sakit.
*source*

bear in mind though that apa2 explanation should be concise and simple. pening kepala budak2 kalau bagi explanation macam nak mangajor budak universiti.

...................................................................................................................................................

source



Wednesday, 7 August 2013

ramadhan 1434H

pejam celik, pejam celik... dah sampai penghujung Ramadhan.. dua tiga hari lagi dah nak raya.. atau dengan kata lain, dua tiga hari lagi Ramadhan dah nak berlalu.. Allah!! what did I do during Ramdhan? sob3.. 

aku percaya kamu pun mesti rasa macam ni kan? rasa macam tak make full use of tawaran hebat di bulan Ramadhan ni? I mean, rasa macam tak cukp banyak lagi ibadat-ibadat nak buat.. mana nak khatam Quran nya, nak hafal juz amma lagi, nak bagi makan kepada orang berpuasa, etc2

(source)
well, I supposed that`s a good sign. at least, timbul kesedaran untuk terus berusaha menambah amalan. tak gitu?? dan belum terlambat lagipun. we still have few days before Eid. keep on fighting! Aja!! Aja!!

'celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak diampun'


KEEEP CALM AND DO IT!

p/s: oh, everyone should watch this osem video :)



Monday, 22 July 2013

Karma --> what you give you get back

Assalamualaikum.. ^^

akhir2 ni  kerap la jugak lepak ngan golongan mak cik2 aka kaum ibu ni...
haha.. sejujurnya, memang rase janggal gila kot.. dah laa tak tau nak sembang topik apa.. nak mencelah, ~hailo.. ilmu suam2 kuku je.. huhu.. jadi, telingapun dengar je la diorang berceloteh...wahhaaaa


dan sejak2 pandai melepak ngan kaum2 ibu ni la..  naluri keibuan tu seakan2 mengalir dalam diri.. ~cewwah.. *ok, mengarut!..
 sejak dah biasakan diri dengan mereka, dengar kisah mereka .. memang jujurnya, diri ni pulak yg terase..  diri ni pulak yg tersentuh dengan pengorbanan dan usaha diorang untuk insan bergelar anak...
walhal selama ini, diri ni jugakla yang tak perasan pengorbanan dan perbuatan yang sama telah dilakukan oleh puan ummie kat kitorang semua.. hurm..

 dan bercakap pasal karma.. ada lah mak cik nie cerita pasal sesuatu.. yang buat aku terfikir.. memang kalau kite buat jahat kat orang, kite akan dapat balasannya...mungkin balasan tu tak sama.. tapi setimpal dengan kejahatan kita dulu.. hurm.. tambah2 kalau buat tak senonoh kat orang tua kita..


ada satu pepatah arab tu..bunyinya macam ni..
"keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa.. "..

 pergh!!..bayangkan kalau takde keredhaan,  hidup boleh gundah gulana kot!!,jadi serba tak kena..

padahal kita tak tahu, di sebalik berjayanya kita sekarang.. boleh membaca.. menulis.. menaip dan sebagainya ..apa pengorbanan diorang kat belakang kita.. dengan doanya, usahanya turun naik menyelesaikan masalah kita.. tak campur lagi masa yang diorang guna semata-mata nak fikir pasal kita.. pasal adik beradik kita yang lain...

mungkin si bujang tanpa anak sekarang belum mampu merasai sepenuhnya pengorbanan tu..
tapi saya ingat lagi mak cik tu cakap..
bila dah ada anak sendiri.. baru kita tahu perasaan sorang ibu nie macam mana.. 

jadi dinasihatkanlah kepada semua .. terutamanya si budak yang menaip nie.. hargailah kedua ibu bapa.. jangan nak memberontak lebih.. kalau nak selesaikan apa-apa.. bawalah berbincang.. jangan ketepikan mereka.. diorang pun manusia.. ada hati dan perasaan..dan ingat ..
what you give.. you get back!! 
memang kita ada hak atas diri kita.. takkan kita nak kena ikut telunjuk orang sepanjang masa.. tapi.. tak salah kalau kita bertolak ansur untuk dengar pandangan orang lain
yang penting.. buka minda.. buka hati.. supaya kita lebih kenali diri..

~kekadang, bila kita betul2 letakkan diri kita dalam situasi orang lain..baru kita faham dan tahu keadaan yang berlaku di sekeliling kita.. hurm.. *crying
hidup dengan gumbira.. tak payah nak sombong2.. nanti kesian dekat cik hati.. dia pulak yang merana...

stay positive!!

Monday, 15 July 2013

Sama TApi Tak Serupaa... ^^

Assalamualaikum... 
Cinta Laila Majnun... hurm.. dolu2.. hanya tau majnun tu gila hilang kewarasan sebab si Laila.. tapi tak tahu laa pulak jalan cerita atau rentetan peristiwa sebab n akibatnya... sampailah satu hari tu.. tertengok criter Cinta Laila Majnun kat Astro..



layan punya layan criter nie, macam biasalah.. mulalah si otak memainkan peranan memberi pandangan dan komen lagak pengulas permainan bolasepak dunia*tapi diam2 je*...
tuu laaa ......
ada ke patut  .....
tengok.. kan dah  .....
blablabla       



nak dijadikan criter plak.. time tengok criter nie.. tengok dengan sorang ni... dan beliau pun turut melontarkan pandangan.. namun.. ..pandangannya jaaaauuuhhhh lebih positif..

tengok macam mana Allah nak uji kita...
Allah nak tengok sejauh mana kita betul2 taat pada Dia...
tengoklah macam mana kalau kita tak kuat dengan ujianNya.. 

Ya Allah.. masa tu memang rase terpukul giler2  kot.. rase macam *paaaang* kena tampar sekali..
perghh..
terase kot..terus berubah komen2 negatif.. haha.. lepas tu bolehlaa komen criter tu dari sudut yang agak positif... sambil tu.. diselitkan pengalaman2 hidup beliau yang agak umphhh bile dengar.. huhu..


~moga kita semua diberi kekuatan dalam mentaatiNya~ ^^

hujung minggu lepas tu pulak.. kitorang satu femly gi la jejalan .. singgah rumah si kenalan ni.. dan.. nak ditakdirkan pulak.. criter yang sama ditayangkan..wow!! haha.. kitorang pun layan laa.. sampailaa kedengaran suara2 pengomen.. haha.. dan yup, komennya sama negatif macam komen gua..haha..

hurm.. satu cerita yang 100% sama.. tapi pandangan2 yang memang tidak serupa..

Betapanya kalau difikirkan .. boleh dikatakan semua benda.. andai kita berjaya menilainya dari sudut yang tepat.. konfem punyalah benda tu akan bagi manfaat pada kita, meskipun sebesar zarah.. sebab tu kita kena tanam dalam diri.. setiap benda yang berlaku.. ada hikmahnya.. tapi hikmahnya tu kadang2 .. tak datang bergolek.. so kena rajin2kanlah diri nak cari yep!!

dan..
Betapanya dalam hidup nie.. kita tak boleh sorang2.. kita perlukan orang lain.. keluarga, kawan, guru, jiran mahupun orang2 yang asing dalam hidup kita..
sebab tanpa diorang, kita mungkin akan sentiasa dalam pemikiran yang sama.. tindakan yang sama..jadi, jangan segan2 nak mintak pandangan orang lain.. sebab ia akan bantu kita untuk pikir dengan lebih meluas.. lagipun, tak semestinya kita kena terima pandangan orang lain .. kita kan dianugarahkan dengan cik akal plus cik iman untuk beraksi dengan lebih waras.. yeah!!

juga..
Betapanya pengalaman memainkan peranan penting dalam hidup kita..secara tak langsung sebenarnya.. dalam kita bersosial, merapatkan hubungan dengan orang lain, kita boleh merasai pengalaman2 hidup diorang melalui penceritaan diorang.. siapa2 sahaja memang ada pengalaman yang boleh buat kita tergamam..
*wow!!*
jadi.. kutiplah pengalaman2 orang lain yang mungkin terlebih gula, garam mahupun peria.. haha..
sebab nie semua sangat membantu kita untuk masa depan kita dan orang lain.. *wink2*
dan bersyukur dan hargailah untuk semua benda yang kita ada sekarang (termasuklah pengalaman)  sebab kita tak tahu perjalanan hidup kita pada masa depan... Alhamdulillah.. :P.. wahaaa~



Friday, 12 July 2013

indecisive

when the time comes for me to make decision, aku rasa buntu. aku keliru dengan matlamat sendiri. pada satu ketika, aku rasa aku harus mengambil peluang itu, pada saat yang lain, aku rasa aku harus lepaskannya sahaja. benarlah kata-kata itu~ hati itu berbolak balik lagi cepat dari air yang menggelegak. aku rasa indecisive.

masa aku kecik, I always though that, orang dewasa itu sangat cool, sebab mereka selalu yakin dengan apa-apa tindakan yang mereka ambil.. like our parents, they always make plans for us. ie ke mana nak sekolahkan anaknya? pegi hantar sbp ke? mrsm ke? sekolah depan rumah ke? they make decision for us, as though they know what is the best for us.

tetapi, sebenarnya, aku dan mereka sama saja. tampak yakin dengan keputusan sendiri, tapi sebenarnya ada gusar di hati. Apa betul keputusan diambil?

kerana itu, mohonlah petunjuk darinya. sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang menanti di hadapan. 

ya muqallibal quluub, thabbit qalbi `ala dinik wa `ala to`atik

Wednesday, 10 July 2013

Dia Lebih Tahu~

ketika mana satu perkara dalam wish lists menari-nari di depan mata, tetapi tangan tak boleh digerakkan untuk menggapainya.. sakit terasa..

tapi, aku cuba untuk tidak bertanya. 

mengapa tangan ini kaku? bukankah telah kulatih sendi-sendi tangan ku ini berhari-hari??
mengapa ku tidak berdaya?

ku biarkan persoalan itu tidak berjawab... ku pendam rasa dalam diri..

sehiggalah semalam, aku diperingatkan Nya

.......dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu  padahal ia buruk kepada kamu. dan Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya
(al-Baqarah:216)

astaqfirullah, astagfirullah, astagfirullah..

ya Allah,sungguh tidak pantas untuk aku mempersoalkan apa pun yang  berlaku :'(


p/s: alhamdulillah. Ramadhan dtg lagi. ahlan ya Ramadhan. semoga ramadhan kali ini lagi baik berbanding yang sebelumnya.

Saturday, 1 June 2013

time piece



'time and tide wait for no man'

moving on!! 
jangan berhenti, teruskan usaha

man jadda, wajada!
all the best people.
 happy studying! 

oh, oh, jangan lupa untuk betulkan niat :)

yeah!! we can do it!




Sunday, 19 May 2013

aku insan sempurna

salam alaik..

beberapa perkara berlaku pada minggu lepas. hmm, sebenarnya, banyak je peristiwa-peristiwa yang terjadi pada setiap hari. cumanya, apa yang berlaku pada minggu lepas berlingkar pada isu yang sama. aku kira ini adalah satu pengajaran yang banyak kali diperingatkan kepada aku, into which I need to improve it.

seperti yang tertera di atas, for this post, I`m going to write about INSAN. bercakap mengenai insan. barangkali ada yang mengetahui, root word bagi perkataan arab ini bermaksud lupa. dan lupa ini disifatkan pada manusia dengan penggunaan kalimah insan bagi merujuk kepada manusia. manusia itu insan, dan insan itu lupa. maka dengan itu, aku kira, sangatlah bersesuai untuk tujuan manusia diciptakan; untuk menjadi khalifah di muka bumi.

satu daripada tugas khalifah adalah untuk memberi peringatan. pada dirinya sendiri dan juga kepada yang lain, supaya tidak terus-terusan lalai jauh dari jalannya.

demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran

(al-asr)

dan aku, adalah makhluk ciptaannya yang sempurna,
insan yang tiada cacat celanya,
manusia yang tidak lari dari fitrah.
yang akan, pada ketikanya lupa dan lalai.
yang akan menyimpang dari jalannya,
yang akan terjatuh dalam maksiat dalam kealpaanku.

kadang aku sedar yang aku agak pentingkan diri. sibuk menguruskas diri dalam study, sampai mengabaikan orang sekeliling. lagi-lagi sejak musim exam memunculkan dirinya. aku lebih terarah untuk mengasingkan diri dari yang lain. sampai pada tahap melupakan hak hak ke atas diriku sendiri, dan juga  hak sahabat-sahabatku. astagfirullah!

ya, mungkin juga aku lupa fitrah yang  satu itu. fitrah untuk hidup dalam kumpulan. fitrah untuk hidup bermasyarakat. maafkan aku teman-teman. sepatutnya tidak berlaku seperti itu. seharusnya, waktu-waktu genting sebegini, aku harus berada lagi dekat dengan yang lain. ya, paling tidak, aku boleh memberi sokongan moral.

ya Allah, aku tahu jalan ini penuh ranjau dan duri,
aku arif kalau jalan ini akan semakin susah,
untuk itu, kurniakanlah aku sahabat-sahabat,

agar kami berpadu menujuMu yang satu...

untuk teman-temanku,
ku peringatkan untuk kamu-kamu yang lupa~ aku insan sempurna

 teruskan memberi 'sentapan' kalian. bagilah teguran, hurt me, hit me by any means, till I understand.

I may hurt badly at that moment, tapi, ketahuilah, I learnt better that way. 
~Let me cry for today, for tomorrow I won`t be astray~

lagipun, sangat menyedihkan when people around us know we are in the wrong path, but yet doing nothing and let us in that way. so  hurt :(

source: fb




~ ya Allah, kurniakanlah aku sahabat yang tidak akan jemu mengajakku ke arah kebaikan, 
sahabat yang membawaku ke jalan Mu, 
sahabat yang kadang menyentapkan jiwa, 
sahabat yang menyelamatkanku dari gaung maksiat,
sahabat yang walaupun tidak sentiasa di sisi, tetapi, sentiasa di hatinya mendoakan kebaikan sahabat yang lain.
amin ~   


kepada diriku sendiri~ mereka juga insan sempurna. aku harus bangunkan mereka!!


Thursday, 28 March 2013

Ukhuwah


assalamualaikum!

Korang pernah dengar tak orang ucap ‘ukhuwah fillah’? Tentu pernah kan? Aku ingat lagi mula-mula aku dapat ucapan ni bila ada orang sms aku masa kat sekolah dulu. Berkerut dahi bila baca. Apa hal pulak dia ni. Demam ke? Haha. Itu dulu, sekarang aku dah tau.....

Hmm, apa tu ukhuwah fillah? Kalau ditanya maksudnya secara literal meaning, tentu semua dapat menjawabnya dengan tepat. Baiklah, ‘ukhwah fillah’, bila ditranslate kepada bahasa melayu bermaksud berkasih sayang kerana Allah. Macam mana tu nak berkasih sayang kepada Allah?

Sebelum menjawab persoalan itu, kita perlu menjawab ini dahulu- macam mana nak sayang diri sendiri? Caranya, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tidak menzalimi diri sendiri. Dengan kata lain, kita hendaklah berbuat baik kepada anggota dengan tidak mencampak diri dalam maksiat dan kehinaan. Bagi menjawab persoalan yang pertama tadi, kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan kawan kita dari menzalimi dirinya. Itulah pengertian ukhuwah fillah yang sebenarnya!

korang jangan tak tau, Ukhuwah ni sangat special tau. Ini hanya untuk orang-orang yang beriman je. Kalau kita kawan baik dengan orang bukan Islam sebelah rumah tu, itu tak dikira sebagai ukhuwah. Sebabnya, jiran sebelah rumah kita tu non-believer.  Ukhuwah itu tidak akan ada tanpa iman, dan iman tidak akan sempurna tanpa ukhuwah. Kita mesti berkasih sayang sesama muslim seperti firman Allah, (Al-Hujurat:10)
“sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..”


Selain iman, komponen lain yang penting adalah ikhlas. Dengan ikhlas, kita dapat menghindari sifat cemburu. Dengan ikhlas kita dapat menerima keburukan dan kelebihan dirinya. Dengan ikhlas  kita dapat bersama-samanya tika senang atau susah. Eh, kejap.  Ikhlas tu apa ea? Hah, ikhlas itu adalah sesuatu yang kita lakukan semata-mata kerana Allah J

So, apa yang boleh kita buat untuk berukhuwah?

  •   "sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
  • "sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
  •  hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu.
  •   memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa
  •  ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan
  •  memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu
  • hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

'

Tapi, korang kena ingat tau, Allah jualah pemilik hati kita semua. Kita kena bersyukur kalau kita ada rasa sayang kat orang lain. Kalau kita tengok kat sekeliling kita, ada je hamba Allah yang tak sayang pun dengan insan-insan yang rapat dengan mereka. kalau baca paper, kadang ada je pasal anak buang mak la, ayah dera anak la etc.  Kerana apa? Kerana cinta itu adalah anugerah. Anugerah kurniaanNya yang kadang kita selalu terlepas pandang. 








Jom bercinta sampai syurga!