Thursday, 22 May 2014
astronomi kelas 4
*muka pejabat, tak berkedip pandang pak cik*
"there are billions of them...our galaxy has 300-400 millions stars..... there is one galaxy has trillion stars."
*takjub, angguk2 kepala*
"like the sand on the beach, if you take some with you hand and count it, it will take a month...."
*so??*
"now, we have reach the limit. there are so many thing out there."
*eh??*
"and as I mentioned in our first meeting,
the earth~ there is nowhere to escape to. (when the world end)
we are stuck here."
~today last session of the astronomy class. tak sangka, at the very end of the session I would heard such thing. pak cik yang sangat enthusiastic pasal space, dan bersemangat cerita pong pang tiap minggu will conclude these sessions like this. betapa kerdil nya manusia sebenarnya. betapa tak berdayanya manusia. betapa terbatasnya manusia. SubhanaAllah. hanya Allah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
Sunday, 18 May 2014
The story of Robert Davila ᴴᴰ | Nouman Ali Khan | Subtitled
buka youtube, visit page NAK collection.
pinned video~ The Story of Robert Davila?
eh, sape tu?? pemain bola sepak ke??
apa2 je la.
skrol down lagi, cari-cari video yang tajuk best
searching........
suddenly, terdengar suara NAK deliver the talk.
and so I decided~ dengar je la video ni...
.....
.....
.....
"all guidance are all around us''
huhu.
T.T
Thursday, 8 May 2014
adil
remind me again; apa itu zalim?
adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya,
dan zalim itu apabila sesuatu itu dinafikan haknya
adil itu lawannya zalim
adakah aku adil kepada diri?
membiarkan kaki-kaki manusia lain menyepak terajang diriku?
adakah aku zalim kepada diri?
memarahi mereka yang membela diriku?
aku kah yang adil?
Astronomi kelas 1
"Aside from the atmospheric pressure, what's make the earth a good place to live in?"
Krik.krik.krik
"What do we breath in?"
Me: 'Oxygen??'
"Nitrogen."
Me: 'Eh?'
"80% of the air is nitrogen. Only 20% of it is oxygen"
Me: angguk2
"What happen if the oxygen is less than 20%?
What happen when you are on top of the mt everest?"
Me: 'difficult to breath??'
"It will be hard to breath.
And what happen when it is more?"
Krik.krik.krik
"You'll be burnt."
It's amazing how Allah had created everything in the best condition. Subhanallah. There's no other known planet outside there that offers the same air composition as it is on earth.
Monday, 28 April 2014
you are what you read
pihak yang berperang akan mencari sokongan, merekrut
semua pihak akan memperjuangkan pandangan masing-masing,
semua pihak akan mengemukakan hujah bagi menegakkan pandangan masing-masing,
semua pihak akan menyebarkan penulisan masing-masing
| link |
bagi pencari kebenaran,
semua pandangan diambil kira
semua buku dibuka, diselak
semua komentar fb di-skrol, dibaca
berusaha keras mencari-cari
dek tidak mahu membuta tuli, menyokong yang satu antara semuanya
ternyata,
pencarian ini tidak boleh diungkapkan dengan ungkapan algebra linear;
semakin banyak membaca, semakin banyak yang dapat difahami.
sampai satu masa diri ini penat mencari
ingin saja lari menyepi
namun ingatlah, melarikan diri itu bukan solusi
kerana diri ini akan ditanya jua di akhirat nanti
diri ini bertanya,
apa silapnya?
di mana kepincangannya?
bagaimana solusinya?
| link |
ternyata
diri ini lupa sejenak
bahawa yang benar itu al-Quran
bahawa yang benar itu apa yang diajar rasul
bahawa yang benar itu apa yang dikurnia Allah
yang menang pengaruhnya di dunia,
tak semestinya menang di akhirat
yang kuat suaranya di dunia
tak semestinya kuat di akhirat
yang tampak sangat benar di dunia
tak semestinya benar di akhirat
yang diterima di logik akal
tak semestinya diterima di akhirat
kerna itu
harus diteliti dengan iman
harus diperhati dari sudut neraca Ilahi
harus diperhalusi dengan ilmu
dan
harus diingat bahawa
hakikat ilmu itu adalah perkara yang benar
yang kemudiannya kita fahami dengan sejelasnya
dan dipraktis dan disebarkan
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
teknologi yang berkembang hari ini telah membawa kita bersama dalam kapal perang persepsi ini. samada kita mahu turut mendayung sama atau sekadar duduk dan memerhati; pilihan di tangan. tetapi itu sama sekali tidak melepaskan kita dari disoal Allah tentang tanggungjawab kita dalam mengendali kapal untuk berperang.
apa yang bertepatan dengan ajaran Allah seperti yang terkandung di dalam AlQuran dan dibawa Rasul itu adalah yang benar. titik!
dunia hari ini menuntut kita untuk kembali kepada ilmu yang terkandung di dalam AlQuran. bukan hanya bergantung pada berita di akhbar, bukan cerita di facabook, bukan juga mesej pendek di whatsapp.
kita harus belajar tafseer, kita harus faham asbabul nuzul sesuatu ayat, kita harus mengenal sejarahnya.
begitu juga dengan hadis.
jangan kita diperbodohkan oleh cyber trooper atau pun orang-orang yang 'tangkap muat dalil-dalil' untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Itu jelas bukan caranya! kita yang harus mengikut telunjuk alQuran, bukan alQuran mengikut telunjuk kemahuan kita!
we are part of the game!! adakah kita sedar?
Wednesday, 16 April 2014
Patho. Hoho
Salam alaik!
Alkisahnya pagi tadi...
Buka pintu rumah. Ambil kasut dari rak. Angkat muka tengok rumah jiran sebelah
*oh no, hujan. Banyak ni*
Turn around, cari payung. Check payung berfungsi ke tak
ting tong ting2... - bunyi loceng dr church
*alamak dah pukul 9!! Lmbat dah ni*
Jalan turun bukit laju2. Payung nak terbang sbb angin pun laju
5 minit walk- sampai kelas. Tengok jam 9.05
*huhu. Segannya nk masuk lambat.
Tak pe2, better late than never, ey?*
Intai lecture hall melalui pintu~ turn out, x de org pun dalam lecture.. Eh??
*alamak silap lecture hall ke? Huhu. Lambat la pulak nak gi jalan ke lecture hall lain. Nak pegi lecture ke tak?*
Check phone...
*sigh*
Kelas start kul 10 rupanya. Haha. Mak cik2. Await la lok lak sangat.
Tapi, alhamdulillah. At least kul 10 nanti tak pegi lecture lambat. Hehe. Insyallah :p
P/s: dlm masa kurang dr 9 jam ada exm patho. Sempat lagi tulis blog kan? Haha. Doakan ye!
Tuesday, 8 April 2014
Speak well
Dulu2, how I wish that I could talk to anyone freely. Seperti, borak dengan random mak cik dalam majlis2 kat kampung. Atau bila jumpa kawan baru di sesuatu event.
Now that I'm improving in that part, I feel like reverting to my old self. Huhu.
Cause I think I talk too much
Cause I think I hurt too many
Cause I think It is not good- it is not what our prophet taught us!
Lagi banyak cakap, lagi banyak menipu, lagi banyak dosa? Erkk...
Well, it depends on what the content of the convsation. It is not wrong untuk bertanya khabar atau bergurau. Berpada-pada bila berbicara. Always qs ourselves, is it better to say it or just remain silence.
![]() |
| http://fc09.deviantart.net/fs70/i/2012/185/4/6/speak_good_or_remain_silent_by_littlemuslimah-d55wzsb.png |
*sape2 boleh tolong zip mulut ni? - feeling really bad ): *
Sunday, 23 February 2014
2014, here I come!!
Sunday market and harbour
Morning walk to the Sunday market with Ecah!!
What a pleasant activity on the weekend :D
Walaupun sedikit kecewa sebab tak dapat nak breakfast dengan churros, tetapi itu tidak mematahkan semangat untuk bersiar-siar di harbour afterward. Hehe.
![]() |
| jalan-jalan di harbour :D |
Pesta buku
Di simpang berhampiran rumah, tiba-tiba kami teringat tentang pesta buku yang tarikh berlakunya sudah luput dari ingatan kami. (last week nampak iklan pesta buku and we promised to ourselves to go there) Dengan semangat buku yang berkobar-kobar, kami memilih untuk ke perpustakaan awam untuk melihat kembali poster berkaitan pesta buku tu.
Dan ternyata pesta buku tu dah berlangsung hari jumaat yang lalu. Tapi, Alhamdulillah. Sesampainya kami di public library, there's another book sale sedang berlangsung di situ. Dan, lebih menggembirakan lagi, it is only 2$ for a plastic bag full of books!! :D
Gembira bukan kepalang lagi. Haha.
Sampai lupa yang sebenarnya tak breakfast lagi.
Sampai terlupa penat jalan kaki dari market yang jauhnya lebih kurang 15-20 minit walk.
![]() |
| hasil shopping~ haha. stok buku utk 2 tahun?? :P |
The power of books.
The power of knowledge.
Memang fitrah manusia untuk sentiasa mencari ilmu.
Memang lumrah manusia untuk sentiasa membaca.
my personal opinion, siapa-siapa yang cakap dia tu tak suka membaca, sebenarnya orang tu in denial. haha. takkan la tak suka baca newspaper, magazines, sms, articles, etc. membaca tu tak limit pun kepada buku sahaja. ada banyak benda lain yang boleh kita baca untuk gather maklumat-maklumat yang berguna. contohnya, kita baca papan tanda semasa dalam perjalanan, ataupun kita membaca papan informasi di muzium. that`s all reading activity!!
surah al-Alaq
sememangnya membaca tu adalah jambatan ilmu! dan selaku umat Islam yang mengimani dengan al-Quran, we should work hard untuk pastikan membaca is part of our habit, seperti yang difirmankan Allah.
"bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. bacalah, dan tuhanmulah yang Maha Mulia, yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"
(al-Alaq:1-5)
dan ayat di atas juga menjelaskan bahawa ilmu tu diajar melalui mata pena. so,what are u waiting for? write something, mike! haha. there must be someone out there who love your writing! be positive people, positive!! tidaklah bernilai ilmu itu tanpa amal, atau tanpa kita sebarkan~
dan janganlah kita sombong dan bangga dengan apa yang kita ada.
dengan ilmu yang terisi di kepala
kerana semuanya itu adalah ilham dari Allah.
Allah grant us the knowledge, He lent that to us~ never forget that.
best student?
one of the reason why I wrote this post sebab semalam mak cik ada post kat whatsapp family untuk minta pandangan pasal a few excellent students yang fly overseas and go astray, yang jadi atheist etc. menyimpang dari siratul mustaqim. indeed rasa sedih tengok peristiwa sebegini berlaku. sepertinya ilmu agama yang dikutip sepanjang persekolahan, terkubur sekali bersama kertas jawapan peperiksaan T.T
reminder kepada diri sendiri untuk
belajar bukan kerana exam,
bukan kerana nak dapat ijazah,
bukan kerana nak distinction,
bukan kerana nanti boleh nak ajar orang lain
bukan kerana nak jadi pharmacist
bukan kerana sebab-sebab di atas semata-mata, tapi kerana Allah. sounds cliche, tapi, bila kita sandarkan sebab kita buat sesuatu perkara kepada sesuatu yang kekal, ia akan kekal juga.
got me? read this post
sem 1 tahun 3
esok, secara official nya kelas akan start untuk semester 1 tahun 2014. dengan bertambahnya year of study, maka lagi banyak ilmu yang akan dipelajari. semoga Allah permudahkan segala urusan. harapannya, agar ilmu itu bukan sekadar di buku nota semata2,sebaliknya di hati. tajdid niat people!!
![]() |
| spot some cute plant on the way home. kawaiiii |
Friday, 21 February 2014
Petang yang berkabus
Tersangat cantik. Subhanallah. Kabusnya putih gebu, semacam awan dalam cerita doraemon. Tanpa sedar, masa berlalu begitu saja, mengkagumi kebesaran yang Maha Kuasa. Tanpa amaran, tanpa signal- kabus tebal menyelubungi kota.
Tanpa sedar, setengah jam berlalu mentadabbur alam. Dipandang kiri kanan, jiran2 juga amazed dengan pemandangan itu. Bergambar sakan dengan smartphone sendiri
Hati ter refleksi sendiri:
Bersyukur nya menjadi orang Islam, apa2 perbuatan kita selagi ikhlas dan atas landasan niat yang betul, itu dikira ibadah. Jiran2 ku yang kafir?
Hati terdetik lagi:
Bagaimana kiranya hari kiamat? Datangnya dengan tiba2. Mengejutkan semua yang terlalai dan terlena.
Hati menjadi gusar:
Bila teringatkan firman Allah berkenaan kabus
"maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih"
(ad-dukhan: 10-11)
Alhamdulillah ya Allah for this nice evening. What a lesson. Alhamdulillah ya Allah for giving me eyes to see and observe your splendid creation. Alhamdulillah ya Allah for giving me 'aqal dan ilham, dengannya membolehkan aku berfikir akan kebesaran Mu. Alhamdulillah 'ala kulli hal



