pihak yang berperang akan mencari sokongan, merekrut
semua pihak akan memperjuangkan pandangan masing-masing,
semua pihak akan mengemukakan hujah bagi menegakkan pandangan masing-masing,
semua pihak akan menyebarkan penulisan masing-masing
| link |
bagi pencari kebenaran,
semua pandangan diambil kira
semua buku dibuka, diselak
semua komentar fb di-skrol, dibaca
berusaha keras mencari-cari
dek tidak mahu membuta tuli, menyokong yang satu antara semuanya
ternyata,
pencarian ini tidak boleh diungkapkan dengan ungkapan algebra linear;
semakin banyak membaca, semakin banyak yang dapat difahami.
sampai satu masa diri ini penat mencari
ingin saja lari menyepi
namun ingatlah, melarikan diri itu bukan solusi
kerana diri ini akan ditanya jua di akhirat nanti
diri ini bertanya,
apa silapnya?
di mana kepincangannya?
bagaimana solusinya?
| link |
ternyata
diri ini lupa sejenak
bahawa yang benar itu al-Quran
bahawa yang benar itu apa yang diajar rasul
bahawa yang benar itu apa yang dikurnia Allah
yang menang pengaruhnya di dunia,
tak semestinya menang di akhirat
yang kuat suaranya di dunia
tak semestinya kuat di akhirat
yang tampak sangat benar di dunia
tak semestinya benar di akhirat
yang diterima di logik akal
tak semestinya diterima di akhirat
kerna itu
harus diteliti dengan iman
harus diperhati dari sudut neraca Ilahi
harus diperhalusi dengan ilmu
dan
harus diingat bahawa
hakikat ilmu itu adalah perkara yang benar
yang kemudiannya kita fahami dengan sejelasnya
dan dipraktis dan disebarkan
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
teknologi yang berkembang hari ini telah membawa kita bersama dalam kapal perang persepsi ini. samada kita mahu turut mendayung sama atau sekadar duduk dan memerhati; pilihan di tangan. tetapi itu sama sekali tidak melepaskan kita dari disoal Allah tentang tanggungjawab kita dalam mengendali kapal untuk berperang.
apa yang bertepatan dengan ajaran Allah seperti yang terkandung di dalam AlQuran dan dibawa Rasul itu adalah yang benar. titik!
dunia hari ini menuntut kita untuk kembali kepada ilmu yang terkandung di dalam AlQuran. bukan hanya bergantung pada berita di akhbar, bukan cerita di facabook, bukan juga mesej pendek di whatsapp.
kita harus belajar tafseer, kita harus faham asbabul nuzul sesuatu ayat, kita harus mengenal sejarahnya.
begitu juga dengan hadis.
jangan kita diperbodohkan oleh cyber trooper atau pun orang-orang yang 'tangkap muat dalil-dalil' untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Itu jelas bukan caranya! kita yang harus mengikut telunjuk alQuran, bukan alQuran mengikut telunjuk kemahuan kita!
we are part of the game!! adakah kita sedar?
No comments:
Post a Comment