Friday, 21 February 2014

Petang yang berkabus

Balik dari program, terus sahaja menghempas badan ke katil. Penat mendaki bukit untuk balik ke rumah. Secara tak sengaja, ekor mata ternampak pemandangan di luar~ kabus yang sangat tebal.
Tersangat cantik. Subhanallah. Kabusnya putih gebu, semacam awan dalam cerita doraemon. Tanpa sedar, masa berlalu begitu saja, mengkagumi kebesaran yang Maha Kuasa. Tanpa amaran, tanpa  signal- kabus tebal menyelubungi kota.
Tanpa sedar, setengah jam berlalu mentadabbur alam. Dipandang kiri kanan, jiran2 juga amazed dengan pemandangan itu. Bergambar sakan dengan smartphone sendiri
Hati ter refleksi sendiri:
Bersyukur nya menjadi orang Islam, apa2 perbuatan kita selagi ikhlas dan atas landasan niat yang betul, itu dikira ibadah. Jiran2 ku yang kafir?
Hati terdetik lagi:
Bagaimana kiranya hari kiamat? Datangnya dengan tiba2. Mengejutkan semua yang terlalai dan terlena.
Hati menjadi gusar:
Bila teringatkan firman Allah berkenaan kabus
"maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih"
(ad-dukhan: 10-11)
Alhamdulillah ya Allah for this nice evening. What a lesson. Alhamdulillah ya Allah for giving me eyes to see and observe your splendid creation. Alhamdulillah ya Allah for giving me 'aqal dan ilham, dengannya membolehkan aku berfikir akan kebesaran Mu. Alhamdulillah 'ala kulli hal

No comments:

Post a Comment