Friday, 27 September 2013

10 sen

salam alaik
hari ni kita digembar gemburkan dengan  kenaikan harga minyak ~ sejauh mana kebenaran~ wallahu `alam.
aku, sebagai bukan pengguna minyak diesel/petrol tegar, (kerana tidak memiliki mana2 kenderaan bermotor) mungkin tidak merasai bahang panas seperti mana orang lain yang sedang naik minyak dek kerana minyak yang naik harga.
izinkan aku untuk mengukir kata, ye. sekadar pandangan peribadi ingin dikongsi.
minyak- satu komoditi yang selalu menjadi topik perbualan melebihi komoditi lain seperti emas dan perak di Msia. (mungkin sahaja kerana isu minyak dipolitikkan dengan begitu hebat di media).
isu kenaikan harga, aku kira ~ semua orang pasti menjangkakan perkara ini akan berlaku. klu tidak hari ini, pasti akan naik juga esoknya
sementelah, some people argue~ minyak sebenarnya bukan naik. itu istilah yang kurang tepat. pernyataan yang lagi telus adalah- subsidi minyak dikurangkan.
yup, that`s true.
walaupun,  aku bukanlah berkelulusan mana2 sekolah ekonomi, my rasional  agrees dgn pengurangan subsidi. aku berpendapat rakyat Msia secara keseluruhannya terlalu dimanjakan.
bukan aku bermaksud, subsidi atau bantuan tidak perlu diberikan. tetapi, caranya harus lagi benar. bantuan harus diberikan dengan adil.
mari kita selami apa yang dimaksudkan dengan adil. adil, secara yang tercatat dalam buku, boleh didefinasikan sebagai meletakkan sesuatu di tempatnya .adil tidak pernah bermaksud sama rata. just and equality never has the same meaning.
maaf ye, entry nya tidak tersusun. tengah berapi hendak menulis. mungkin di-edit kembali selepas ini.
kembali kepada isu subsidi, tidakkah kalian rasa kerajaan sebenarnya  tidak bersikap adil kepada kita? everyone dilayan sama rata. tak kira lah gajinya berjuta, atau dua kupang, semua orang mendapat bantuan yang sama!
padan la muka dia. sapa suruh malas keje. dapat la gaji 2 kupang
ini bukan masalah sape rajin sape tak. kadang, sebahagian manusia akan diuji dengan kesempitan wang, dan menjadi tanggunjawab kita sebagai tetangga atau saudara seagama untuk membantu.
dan untuk itu, aku tak rasa dengan memberi bantuan secara general begini adalah bagus.
sebab yang kedua adalah untuk kita sebagai rakyat mendapat keadilan. some may not notice berita penyeludupan minyak di sempadan negara. ye la, cerita ni bukan se'hot' cerita pemimpin2 bergaduh, tidak juga sesensasi artis2 di tv.
penyeludupan minyak berlaku kerana ada segelintir pihak berkehendakkan kepada keuntungan yang cepat. akibatnya memang kita tak rasa. because we never bother to care anyway. tunding jari lagi senang. haha
penyeludupan menyebabkan subsidi yang ditanggung kerajaan yang sepatutnya hanya keistimewaan rakyat Msia dirasai oleh orang lain secara illegal. duit yang kalian bayar cukai tu dah 'dirompak' orang lain.
oleh itu, dengan pengurangan subsidi, jurang harga minyak antara negara lebih dekat- dan mungkin satu hari akan sama harga saja dengan negara jiran. orang pun dah tak nak seludup minyak dah~ tak untung.
solusi: better bagi bantuan mengikut taraf hidup seseorang. bantuan rakyat sounds reasonable. cumanya, perlu ada kriteria yang bagus
contoh
1. Ahmad gaji 1000, ada 6 orang kecik2
2. Abu gaji seribu, ada 2 orang anak. dua2 dpt biasiswa
kriteria pemberian bantuan perlu mengikut spesifikasi yang teliti. ahmad need more bantuan berbanding Abu. give them accordingly.
di NZ, walaupun kadar minyak setiap hari berubah. walaupun harga minyaknya berganda mahalnya dari msia, tak de pun orang nak tulis dalam surat khabar hari2. what make them all silence? one of the reason sbb diorang tahu goverment spent duit macam mana. dan diorang pn boleh refund tax accordingly (nz ada gst ok, lagi berbukit kerajaan exploit duit).  *tak habis lagi study pasal bab ni*
oh, 1 lagi, kurangkan kerenah birokrasi. mudahkanlah kerja orang lain. simple kan apa yang perlu. tak perlu majlis berjuta2, klu sumbangan hanya seribu dua
p/s: am not requesting subsidy utk ditarik secara kesuluruhannya sekarang. take it slowly, dan kena ada effort yang selari untuk penyelesaian yang lebih baik
disclaimer: am not paid to write ok! haha.

No comments:

Post a Comment