Saturday, 23 March 2013

cherry grader


assalamualaikum..

ya, kembali lagi dalam ruangan ini. sudah lama rasanya meninggalkan medan penulisan. dari tahun 2012 sampai 2013. dah setahun blog ni terbiar! haha. almaklumlah, selalu disibukkan dengan real life.

since ni adalah entry first untuk 2013. I shall begin with what I did on first January. jeng, jeng, jeng..

                                                                                                                                   

di kala orang lain sibuk untuk menyambut sambutan tahun baru di Malaysia, aku pula sedang lena di dalam perut pesawat pulang ke NZ. Pulang bersama seorang temanku. walaupun sekolah akan bermula pertengahan bulan 2, kami nekad untuk pulang awal ke sana. pergi meninggalkan keluarga yang kami cinta, dua bulan lagi awal!! kerana apa??

haaa. mesti semua penasaran nak  tahu. sebenarnya, kami telah berjaya mendapatkan diri kami untuk mengisi ruang kekosongan di syarikat yang memproses buah summer yang dipetik. musim panas cenggini, banyak pokok yang membuah. ada pokok epal, ceri, aprikot, peach, dll.

kerja kami adalah untuk menggredkan buah ceri kepada 3 kategori; eksport, tempatan dan juga sampah. hmm, bunyi sangat simple. tapi, kadang confuse la juga. terutama sekali kalau nak sort antara local dengan eksport atau pun bila nak asingkan yang local dengan sampah.

hmm, seronok ke kerja ni?? i would say, yes indeed! banyak pengajaran yang dapat dikutip sepanjang 4 minggu menjadi buruh kasar di kilang ni. baru ku faham sekarang, yang bukan  senang nak cari duit. aku tak boleh imagine if i need to work as pekerja buruh for the rest of my life. is not easy! sekarang aku rasa sangat kagum dengan mat2 indon yang kerja kat construction site. dengan keadaan malaysia yang panas terik, ditambah pulak dengan orang-orang malaysia, which I think they won`t treat workers like new zealanders did! i think mat indon2 are all awesome!

aku rasa orang-orang atasan kat tempat aku keje ni bersopan. tak mcam dalam drama melayu. asyik nak makan orang je. bila kita buat silap, diorang tak de la marah pun, diorang cakap elok-elok. bos besar pun setiap hari mesti datang check keje kitorang. bos tak de la lepas tangan dekat QC je untuk check keje kami. bila kitoran  buat keje elok-elok. diorang siap puji lagi. haha *kembang kempis dah hidungya*

berdiri dari jam 8 pagi sampai 4.30 petang memang memerlukan kesabaran. bukan senang ok! dah nak terbuntang dah mata ni duk mengadap buah ceri yang purplish red ni. doktor bedah pun boleh sakit mata menghadap warna merah darah berjam-jam. tapi, segala pengalaman dan pengajaran, habuan wang ringgit serta peluang aku untuk kenal orang dengan lebih dekat akan ku kenang *cewah ayat*

oh, kat sini, ada je pekerja warga asing yang lain. ada orang Perancis, German, Thailand, Filipina, Mexico, Hong Kong, dan even dari Malaysia pun ada. orang Malaysia yang aku maksudkan kat sini adalah orang yang memang betul dari Malaysia datang sini untuk spent masa to experience summer in NZ. diorang sume ni datang dengan tiket ~ holiday and working visa. jadinya, diorang akan keje untuk kumpul duit untuk buat jalan-jalan di NZ. menarikkan? tak pernah aku tau sebelum ni.

bila aku keje kat orchard ni, tiba-tiba rasa macam nak jadi petani moden pulak. hehe. nak tanam pisang pastu eksport ke luar negara. mesti masyuk!! haha.

on the way balik dari keje

done grading the cherry!

aprikot yangdipetik sendiri kat atas bukit belakang rumah sewa! yum2

rumah sewa dalam kebun. best! nanti nak buat rumah dalam kebun juga!

atas bukit belakang rumah. cantikkan view? subhanallah!

buah nectarine. tapi, tak pernah makan lagi buah ni.



antara jenis ceri. dari kiri : Lapin, Rania and Kordia


epal yang tak masak lagi


tapi, seriously, I already fall in love with pertanian. bestnya berbudi dengan tanah!



No comments:

Post a Comment