arakian, tersebutlah kisah- pabila exam berakhir, maka duduklah aku mengadap laptop untuk mendapat update terkini tentang Malaysia melalui rakyat Malaysia tempatan.. sape lagi klu bukan si adik manis.. LOL..
sekarang ni orang cakap kat Malaysia sangatlah panas.. dah la tu, ada masalah jerebu lagi.. cabaran2.. sabar la yep, saudara2 di Malaysia
| ni gambar 2 hari lepas |
sebenarnya nak citer pasal environment untuk entry ni.. hehe.. panjang pulak mukadimahnye.. hehe
klu kita tengok kat Malaysia, kita boleh nampak kat certain places yang keadaaan environment yang tidak begitu memberangsangkan, contohnya kat KL tu.. sebab banyak sangat kenderaan dan pembangunan, banyak gas-gas yang dilepaskan dan bandaraya tu nampak sangat tak sihat.. maka, terjadilah fenomena-fenomena seperti jerebu, pulau haba, green house effects etc2..
nak compare dekat New Zealand ni~ lain la.. NZ nampak sangat green, mcm sihat je environment.. (nak kena buang daerah ni tulis camni.. haha). semua nampak cam organik, ada banyak ternakan, ada lembu, kambing biri-biri, kuda, pastu ada banyak farm2.. scenery hijau sepanjang jalan.. pokoknya, memang sihat la..
![]() |
| si biri-biri TAPI |
aku baru je tau, dari lecture bahawa yang sebenarnya NZ tak de la `green` sangat pun.. ???
memang la main industry kat sini pertanian, (perternakan termasuk sekali) tapi, waste product-nye lagi dasyat lagi la..
lembu2 membebaskan gas methane..dan oleh kerana banyaknya lembu kat cni, maka banyaklah methane yang ke udara.. methane, seperti yang kita belajo, adalah 21 kali lagi berkesan dalam memerangkap haba berbanding carbon dioksida!! wah, banyak tu!! dan seekor lembu boleh membebaskan 50 liter gas setiap jam, dan 33 percent gas yang dikeluarkan lembu itu adalah methane!!
SO, NAK CAKAP NZ NI TERUKLA YEP??
Naah, not really.. in fact, I kinda admire SOME people here~ specifically, this lecturer- yang ajar part ni la.. dye sangatlah bersemangat citer kat lecture hall tu pasal global warming yang disumbangkan oleh NZ ni.. for ur information, NZ ada sain yang KYOTO Protokol tu~ agreement yang pasal global warming yang kita belajar kat skolah dolu2..
"The Kyoto Protocol commits New Zealand to reducing its greenhouse gas emissions back to 1990 levels ... "klu tak dapat mcm taun 1990, diorang akan didenda, dan menurut lecturer tu, nilainya adalah 21dolar per ton.. (adalh dalam 300+ million dolar diorang kena bayar).. lecturer tu pakar dlm bab microb2 ni.. so, diorang tengah cari inisiatif menggunakan microb untuk mengurangkan jumlah methane yang dibebaskan..
overall, nak cakap kat cni, Malaysia tu tak de la teruk sangat klu dalam bab2 membebaskan greenhouse gases ni, tu klu nak banding dengan NZ la.. tapi, apa yang kurang sikit kat Malaysia adalah kesedaran dalam diri rakyat tu sendiri.. maaflah, tapi, masa kat sekolah, tak de pun cikgu yang berkobar-kobar citer pasal perkara camni, hanya go through point dalam buku teks semata-mata..
hmm, tapi tak pe, kita mulakan dengan diri kita dahulu.. kita just buat yang simple2 je.. contohnye, tutup lampu ble nak tido, time gosok gigi jangan biarkan air terpasang,etc..
A: tapi, letrik kan murah kt Malaysia ni
B: kan bil letrik dan bil air tu dah masuk dalam sewa rumah, rugilah klu tak gne banyak2
memanglah macam tu, tapi kita harus ingat, membazir tu amalan syaitan.. tak gitu??
renung2 kan dan selamat beramal^^

No comments:
Post a Comment