kabare?? harap sihat-sihat saje..kali ni nak citer pasal venous pooling (minggu lepas baru test hubs, bear with my biological explanation, k)
venous pooling
venous pooling ini adalah satu fenomena yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktor; iaitu graviti, tekanan darah yang rendah dalam veins, dan kerana compliance characteristics of veins..
venous pooling ini senang citer adalah blood yang terkumpul pada bahagian bawah abdomen, especially kaki, ketika berdiri tegak, setegak tiang bendera kat sekolah tu..
bila venous pooling ni berlaku, maka darah yang dipump balik ke jantung akan berkurangan.. so, sistem peraliran darah akan kucar-kacir.. dipendekkan cerita, venous pooling ni, jika dibiarkan, akan menjuruskan kepada kejadian yang tidak diingini iaitu jatuh pengsan, tak sedarkan diri.. (ni, obviosly lagi bagus dari tak sedar diri..lalala~)
sebab tu la, bila berkawad masa kat PLKN dulu, jurulatih selalu je pesan supaya gerak-gerakkan jari dalam kasut boot tu, jangan duk static je.. nanti kang, klu jatuh pengsan, habis patah gigi depan..
kurma
mase dulu-dulu, memang la tak suka makan kurma ni.. bukan ape, sebab manis sangat.. tapi, tak de la tak makan.. makan je bila orang sua time nak berbuka pose tu.. tapi, tak de la suka, sampai nak suruh orang lain tolong hulurkan sebab nak makan..
sampaila satu hari ni, ingat lagi, kejadian tu berlaku masa form 3.. punyalah rajin cap ayam, sampai tak ingat nak makan (atau mungkin, kerana kesengalan yang melanda mengakibatkan malas untuk beranjak dari kerusi yang tak berapa empuk dalam kelas untuk ke kantin yang cuma sepelaung je dari kelas =.=`). bila dah habis kelas dalam kelas kul 3 tu, maka bergeraklah pulang menuju ke van kuning yang siap menunggu ketibaan di luar pagar.. masa jalan tu tak de la rasa yang luar biasa.. mungkin sebab dah biasa mengah-mengah bawak beg yang berat.. tapi, bila berhenti je dekat van tu, dah rase pelik..macam terawang-awang.. tangan dah sejuk.. pastu, terus je duduk, tarik nafas dalam-dalam.. ok sikit..time tu, baru ingat ada kurma yang kawan bagi.. (dia baru balik dari umrah, bagi satu kelas buah kurma) selepas makan, lagi better.. from that point, memang dah set kat otak, nak kena suka makan kurma..
kali kedua, masa kat Intec.. that day, ada program ape entah kat dewan besar tu.. masa event tu ada blood donation booth.. hari tu, tak de la excited sangat nak derma darah, sebabnya, dua kali attempts sebelum ni, memang tak lepas.. tapi, isi juga borang hari tu dengan niat awalnya, sebab nak teman Iyla.. tu je.. bila time tak de semangat tu pulak, lepas semua requirement.. so, bolehla derma.. (naseb baik, time tu- nurse yang bertugas kat bahagian borang tu tanye, kenapa nak derma darah?? time tu baru la bertukar niatnye.. klu tak, mau je sia-sia derma, tapi niat entah ape2.. thanks ye, puan nurse :D ) selepas derma tu, (derma satu beg je, sebab nurse tengok muka macam dah tak larat, but I didnt feel weak or whatsoever) terus je ambik beg, nak bla dari situ.. (ubat lupe nak ambik, makanan yang diorang sediakan pun tak perasan.. tersangatlah blur..) jalan tak sampai pintu, pandangan dah gelap.. oh, my.. pastu, duduk jap, and mintakkan Iyla to buy me kurma dekat booth yang satu lagi tu.. yup, kurma again make me feel better..
kali ketiga.. hmmm, ni baru je berlaku tadi... ni la sebenarnye nak cerita.. hehe..
sekarang bulan puasa, orang lain minum air time berbuka, I rarely do that.. nak minum after tarawih, kononnye nak jaga wudhuk (pas tarawih, tak de la minum banyak sangat air).. awal pose hari tu bli buah oren, tapi sebab berbuka kat masjid hari-hari, oren tu jadi harta karun dalam kotak je.. tak makan-makan..
sampailah semalam.. gatal sangat nak makan buah oren tu, sampai 3 biji pegi bedal.. pagi tadi, bangun perut rasa tegang, kejang, cramp, tapi tak la memulas pun.. lupe plak, semalam pun gatal nak buat workout dalam bilik~ buat senaman perut bersungguh benor.. hehe.. mungkin senaman tu meng'contribute' in the making of stomach ache later in this morning..
bila masuk toilet, baru la rasa sakit perut yang betul-betul sakit perut tu.. aduhai.. memang dapat diarrhae la pagi tu.. banyak hilang air + tak berapa nak minum air sejak akhir-akhir ni = dehidration..
bagus sangat la tu...
memang rasa tak larat nak bangun pun dari toilet bowl tu.. tapi, paksakan juga kaki ni bergerak.. jalan ke sink, tengok cermin, memang dah pucat.. orang cakap, klu toreh pisau pun darah tak keluar?? eeekk??
sume dah nampak gelap.. tapi, sempat lagi fikir 'aku mesti kena keluar dari toilet', sebabnye, klu terjatuh pengsan dalam toilet, nanti tak de orang sedar.. bukak pintu, jalan-jalan keluar, still gelap :(
'kenapa ni??bukan ke klu ikut venous pooling punya info masa dalam lecture tu cakap klu kita dah gerakkan muscle kat lower abdomen, it will pump more blood to the heart ke?? please, please, jangan pengsan lagi.. not now.. please, my body, stay strong!!'
nampak je coach kat lounge, terus berarah ke situ.. jalan, sambil, tangan try to switch on the lamp, antara nampak dan tak nampak je.. macam zombie.. baring jap.. i felt way better.. then nampak buah kurma, telan, pastu minum air.. lega..Alhamdulillah
hari ni pulak ada lab, ingat nak restream je.. tapi, sebab tak nak manjakan diri, baik pegi je.. lagipun, tak tau la keadaannye dengan lab tu klu buat lain kali.. dapat ke lab partner yang best?? so, better keep going.. sori ye badan, I can`t help, but pushing u, sori for violently torturing ur healthy-ness by negletting ur requirement of good nutrients :(
so, kawan-kawan.. jaga kesihatan.. (reminder untuk diri sendiri) we know ourselves better than anyone does.. bila sakit, klu bagitau kat kawan, diorang tak leh nak tolong ape-ape pun.. diorang tak boleh rasa apa yang kita rasa, even klu diorang nak..
p/s: tajuk post tu buat ala-ala tajuk short stories of bunga telur and bally shoes, ingat lagi tak??
| ter'google' gmbar bally shoes |
https://encrypted-tbn2.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQcWPhU8J8ebB2bcNexX5ChUziuNcdlBKFMe3DK7AH8-Ta8T2jj2A
No comments:
Post a Comment