Thursday, 23 August 2012

untukmu wanita


salam alaik..

korang ingat lagi bila first time datang period?? mesti ingatkan?? first time period tu macam satu tarikh keramat yang provide indication that we have move to another stage of life.. kita bukan lagi budak hingusan!! kita dah besar!! (cewah, ayat tak boleh blah..)

apa perasaan time tu?? ada yang takut, ada yang excited, ada yang gembira etc3.. aku sendiri, rasa excited pulak.. that day, ujung tahun 2004, kat dapur~lepak-lepak, pastu bila bangun dari kerusi, nampak ada darah.. bendape ni?? tak de pun rase sakit-sakit.. pastu, terus je bagitau kat umi, tapi macam tak de response sangat.. mungkin sebab, im the earliest one in my family.. my sis- form 2, umi pun tak de la cepat tu.. then, aku cakap kat cousin aku.. pastu dia ada slow talk dengan aku.. dia pesan sikit-sikit pasal haid ni.. ye, memang bab ni dah dicover kat sekolah, tapi, we wouldn`t really care about something unless it happen to us, right?? Alhamdulillah, Allah sent me somebody that explain a bit about this.. bila fikir balik, tak de la banyak sangat pun yang dipesan, tapi pada waktu itu, ia sangatlah membantu..

so, kali ni nak cerita sikit pasal ma`zurah ni.. memang kita dah biasa dengar kan, sebab kita alaminya tiap bulan, tapi camne pulak dengan adik-adik kita?? di harapkan post ni, boleh meng'refreshkan' fikiran kita pasal haid ni.. mana tau, esok-esok, anak sedara datang pastu cakap, "cik yah, ada darah la!!" tak de la kita duk gelabah nak pesan ape, kan??

masa kat sekolah dulu, ustazah cakap, darah haid ni wanenye gelap sikit, pastu baunya hanyir, klu nak banding dengan darah istihadah yang sedikit cair, dan tidak berbau hanyir.. kebiasaanya, kitarannye adalah 28 hari.. dalam Islam, darah itu dikira darah haid bila dah lebih 15 hari dari tarikh last period..


macam dalam kalendar ni, last 16 april, so 15 hari selepas tu, klu keluar darah, itu mungkin boleh dikira haid.. mungkin?? kenapa mungkin?? sebab untuk consider darah tu darah haid, ia mesti keluar sehari semalam mengikut mazhab syafie..

pesanan ketika period:

1- jaga kebersihan.. time ni lagi prone untuk dijangkiti bakteria.. lagipun, kebersihan itu kan sebahagian dari iman..tukar selalu bila perlu!!
2- haid datang tak bermakna boleh meloloskan diri menghambakan diri kepada Allah, k.. puasa dan solat dah tak leh buat, maka perbanyaklah berzikir dan buat sedekah.. sedekah bukan susah pun~ senyum kat orang lain, mudahkan urusan orang lain untuk menuntut ilmu etc3..
3- biasakan diri ingat bila period ni datang.. klu susah sangat nak ingat, buat tanda kat kalendar kecik yang ada dalam wallet tu.. tapi, sekarang ni dah canggih dah.. untuk pengguna apple, bleh la check application ni.


bagi aku, adalah membantu untuk buat tanda bila period.. senang nanti.. dulu, aku tak de la peka sangat dengan benda ni.. ala, buat ape tanda-tanda bagai.. period aku kan stabil, sampaila ramadhan f3..period routine disturbed, last2 dekat sebulan juga la kena qadar puasa.. hailo~ so, kawan-kawan, tandalah yep.. tak salah pun beringat.. satu lagi kebaikannya, mungkin kita boleh kesan klu2 ada abnormality with our body through menstrual cycle..nauzubillah

4- hmm, satu lagi yang aku belajar kat sini ramadhan hari tu.. orang yang 'uzur' kan tak leh nak puasa, so, ketika itu, kita bolehla buat something untuk mereka-mereka yang berpuasa ni.. kan bagi makan orang yang berpuasa itu, akan diberi ganjaran orang yang berpuasa tersebut.. pemurah kan Allah?? nak bagi chance kat perempuan untuk dapat pahala puasa..so, rajin-rajinlah bagi makan kat orang yang berpuasa.. (selalu je dengar orang cakap macam ni, tapi, i take it lightly~ bila kat sni, ketara betul- orang yang tak berpuasa ni berlumba-lumba nak bagi makan.. )

bila nak tau dah habis dah haid ni??
bila dah tak de wane coklat atau kuning yang pekat ala2 koko juga.. tapi, klu besenye dia memang ada keputihan yang kekuning-kuningan, klu kuning cam bese tu- maknanya dah habis la.. check gne kapas, lalukan dan tengok warnenya ape..

bila dah diyakini darahnye dah kering, maka, bolehlah bersihkan diri dengan mandi wajib.. pastikan airnya rata ke seluruh anggota tubuh.. cucikan juga rongga2 badan.. celah-celah jari tu biar air lalu, bawah kuku juga..


dulu, ustaz pesan, first2 tu, mandi macam bese, bersihkan badan.. pastu ambik wuduk, then barulah mandi wajib.. 

pesanan tambahan

1. kalian tahukan, Allah panggil kita 3 kali untuk menghadapnya
-panggilan azan untuk solat
-panggilan untuk tunaikan haji
-panggilan ajal- untuk menemuinya

oleh itu, kita-kita perempuan ni, kena cepat-cepat solat bila dah masuk waktunya.. sebabnya, kita tak tahu haid kita datang bila.. contohnya, kita period kul 3, zohor dah masuk dari kul 1 lagi, tapi kita still tak solat-solat.. nah, dah terlepas solat.. klu takdir kita, ajal datang time period tu, tak ke naye?? nyway, jangan lupe qada` solat zohor tu. klu ada kesempatan hidup ye!!

2. jangan lambat-lambatkan mengangkat hadas besar, dan janganlah cepat-cepatkan sangat, klu ada lagi tu, tak usah la nak pegi mandi wajib lagi.. klu dah tak de, ape tunggu lagi, bersegeralah!!

3. bila mandi angkat hadas besar waktu asar, kita kena solat asar dan qada` solat zohor.. begitu juga halnya bila kita mandi waktu isyak, kita kena qada` waktu maghrib.. tapi, klu waktu lain selain dari keduanya, tak perlu.. tapi, klu zohor dah tak de, pastu tunggu sampai asar, takde, pastu time maghrib baru nak mandi, memang obvious la kita kena qada` zohor dan asar sekali..hmm, bab ni, tak berani sangat nak comment, boleh layari web ni untuk penjelasan yang lebih lanjut..


dalam hal berkaitan dengan haid ini ada pendapat yang berbeza..so, kita kena teliti dulu, dan pilihlah yang paling afdhal.. jangan pilih ikut nafsu, ikut senang je.. wallahua`lam

p/s: seriously, segan nak buat post ni, tapi, kadang kena open juga.. can`t imagine myself, nak kena cakap pasal benda ni dekat anak-anak    <--LOL
ingat nak tulis surat untuk tatapan si adik yang disayangi, bila fikir balik, apa salahnya berkongsi dengan kalian semua,, hmm, silalah permbetulkan apa yang salah dan ditambah apa yang kurang, yep..

2 comments: