stress, tersangatlah terbiasa mendengar perkataan itu.. selalulah menjadi one of the frequently used words dalam hidup manusia.. rasanya seperti pabila pedang bersedia di leher ready to take action.. menyesakkan dada, mengelorakan jiwa, mengkusutkan otak.. sungguh..
memang, tak dapat dinafikan, stress itu bagus sebenarnya.. contohnya, stress sebab deadline assignment dah dekat.. pada ketika tu la kita akan tumpukan seluruh usaha untuk siapkannya.. kan bagus tu..
dari stress ni la, kalau tak dikawal dengan baik, maka berlakulah akibat yang negatif.. contohnya lagi, klu time study leave.. oleh kerana stress sangat nak meng'cover' 50 lecture for each 4 subjects, mulalah kerja rumah tangga terabai.. dengan bajunya tak basuh dan tak berlipat, makannya dah tak teratur, tidurnya dah terabai, lantai bilik dah macam tongkang pecah etc3.. silap hari bulan, orang kat dalam rumah tu sume nak disembur.. hailo~
erm, aku pun stress juga.. kadang,out of sudden je.. mood swing je memanjang.. mungkin sebab stress kut..
untuk itu, kita mesti belajar untuk mengenal diri supaya, kita boleh membawa stress itu ke arah kebaikan, bukan sebaliknya.. itu penting, okey!! (tangan buat gaya ala Peah gosip)
for me, myself - antara simptom yang boleh dikenal pasni adalah seperti berikut (bajet nak buat list panjang)
1. bilik macam tongkang pecah aka kaki tak dapat nak jejak lantai
![]() |
| http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/cwl/lowres/cwln323l.jpg |
deskripsi-ni adalah simptom awal, ye tuan2 dan puan2..ini menunjukkan tuan empunya bilik berada dalam keadaan kelam kabut dan kebarangkalian untuk tidak fokus dalam sesuatu perkara agak tinggi.. selalu sesat dalam dunia sendiri (ekstrimmm benor bunyinye) so, klu tuan punya blog tak respon bila kalian-kalian bercakap, jangan terasa yep :)
2. mengeluarkan apaapa yang ada di gastrointestinal track melalui mulut
deskripsi-simptom ni mula kelihatan bila dah nak dekat dengan someting benda yang distresskan tentangnya (ayat apakah ni??) contohnya, klu exam tu kul 12, pagi-pagi time nak mandi tu mulalah operasinya~ sori, yea wahai gigiku yang sempurna ciptaannya, telah aku kikis-kikis badan-badanmu itu dengan stomach acid dan apa-apa lagi fluid yang bersekutu dengannya :(
erm, jangan risau, I wouldn`t throw up in of u all.. hehe..
3. emotionally unstable
| https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQ2e393swelGTVZOdqd5NMHXRTVcS0vAvLtb_EixHObcXbC2PnT |
deskripsi-kadang rasa nak nangis, beberapa minit lagi gelak macam tak ingat dunia, pastu sedeh, pastu rasa cam nak marah orang, pastu kejap rasa cuak, pastu, hmm, pastu , pastu,,, ape-ape je la.. semuanya bercampur baur dan sedikit susah nak conrol..
4.isolate or ostrasized
![]() |
| http://maxawareness.com/wp-content/uploads/2012/04/stressed.jpg |
deskripsi- bila time stress tu kan, rasa cam nak meminggirkan diri dari orang lain.. feeling of not meeting people.. sebabnya, macam nak menjauhi dari something yang lagi teruk kepada kedua-dua pihak.. camne tu?? hmm, camni, klu la bersosial dengan orang lain, lagi-lagi dalam event yang kebarangkalian untuk bercakap perkara-perkara mengarut itu tinggi - lagi la rancak conversation tu, kan?? bila lagi banyak rancak, sume orang sibuk nak kuarkan cerita masing-masing.. klu sume nak cerita, sape yang nak dengar?? dinding bangunan kah?? atau meja-meja dan kerusi-kerusi?? oleh kerana ketika itu emosi tidaklah berapa nak stable, maka, akan timbullah perasaan yang lagi memburukkan keadaan stress seperti -feeling of not important in the clique (this can really affect people self esteem, which can cause other problem pertaining to one confident..ermmm, maybe I should write a post about this).. well, i always do feel that way.. lain orang, lain keadaannya.. (im writting this not because i want to be heard all the time, im writting this as for u to understand) berbalik kepada tajuk.. bila dah menyendiri tu, seketika kemudian, rasa macam di'ostrasize' la pulak (padahal tak pun.. pardon my mood swing.. hehe) tapi, bagus juga perasaan macam dipulaukan tu.. itu maksudnya, tuan empunya diri dah bersedia untuk kembali bersosial.. InsyaAllah, pastu terus okey la *wink2*
itulah simptom-simptom yang dapat dikenal pasti dalam diri.. anda bagaimana??
so, skrang dah ada simptom, nak buat ape ea??
masa kat Intec dulu pernah join talk untuk menghandle stress ni.. banyak la caranya.. boleh tanya prof google..kat bawah ni ada list tips to handle stress yang ada ingat kat kepala ni..
- berzikir- zikir tu kan penenang hati, pembersih jiwa, ubat hati macam opick mention dalam lagunya
- buat apa yang anda suka~ baca novel, tengok movie, shopping
- berjalan di atas embun di waktu pagi (mayb not applicable dekat sini, sejuk kut!!)
- tengok alam ciptaan Allah ni (tengok langit yang biru tu, tengok awan yang berarak, kan cantik)
- bersiar-siar
- bersosial- pegi borak-borak dengan family member ikut skype
- makan (kat Intec hari tu penceramah tu buat demo, best makan avocado!!)
- bersenam- sihat badan, senang nak pikir dengan waras
- rant dekat orang lain
- menangis, ngadu kat Allah~ susah nak ngadu kat manusia.. diorang tak kan faham..
- take a deep breath~ innnnn, ouuuut, innnn, ouuuut
tu je la dulu.. tak ingat dah.. hehe.. selamat mengawal stress dan tekanan.. control ia supaya dapat memberi impak yang positif kepada diri, sama ada dari segi emosi, jasmani, minda, spiritual dan sebagainnya..
sekian saja untuk kali ni.. moga apa yang terpapar di skrin laptop anda ini, dapatlah dikutip apa yang bermanfaat.. peringatan untuk diri dan saudara- saudaraku.. :D




No comments:
Post a Comment