Wednesday, 18 July 2012

aku mahu benci kamu

salam alaik..

hari ni start second week untuk sem yang baru.. achievement till today??  (note achievement=pencapaian dalam pelajaran) I can say~NIL!!

mak aih, aku duk buat ape je minggu lepas??

sedihnya nak cakap, tapi itulah kebenarannya.. aku duk sibuk sangat berchenta dengan si dia..

dari dulu lagi, setiap hari, nak kena seru, sebut, ucap, panggil nama dia.. dah la bukan sekali, banyak kali pulak tudalam sehari.. haish!! ape la nak jadi anak dara nni sorang..

tak cukup dengan tu, mesti siap duk termenung lagi.. beribu-ribu saat setiap sesi termenung..
memang tak patut..

klu kat umah, selalu je kena tegur dengan umi.. selalu sangat sebut nama dia ni..

well,

siapa gerangan si dia?

sape lagi klu bukan cik PEMALAS yang bermaharajalela dalam diri..

situasi 1 

me: umi,  lapaaaarrrr, tapi malas nak turun bawah makan nasi....
umi: hmm, tunggu la, pasni nasi masuk dalam mulut tu..ngange je..    
me: :((

situasi 2

me: umi, malasnya nak lipat kain.. bakpe (BACA: kenapa) nk kena lipat kain ni..bila nak paka baju kan kena bukak balik.. perabih beras je lipat kain.. simpan je la dalam bakul, pastu klu nak paka ambik je.. kan senang *wink2*
umi: bleh juga.. pasni, tak payah makan nasi la.. pas makan jadi taik (BACA: tahi), pastu buang juga.. membazir nasi je.. baik tak yoh (BACA: tak payah) makan, kan??
me: ..........

yup, my mum said, klu malas tu,memang tak leh nak buat apa dah.. memang tak de nye ubat nak buang malas tu..

tapi, memang betul pun.. klu malas sume benda tak jadi.. kerja sekolah tak siap, baju tak berbasuh.. pinggan mangkuk tak tersusun, nota-nota tak lengkap etc3..

tapi, nak totally get rid perasaan tu bukan senang, tapi tak mustahil.. matlamat dah ada~ aku mahu benci, tinggalkan, dan lupakan kamu!!
sekarang, fikirkan strateginya,
well, i only got 1 thing now..

1. kuasai minda dengan perkara positif.. 

ok, since malas adalah satu adjektif yang negatif, kita tukarkan kepada adjektif yang berlawanan, iaitu rajin, bagi merujuk kepada adjektif yang negatif tadi..

contohnya, tukarkan

malasnya nak gi buat laundry hari ni!!
kepada


ala, kurang rajinnya nak gi buat laundry hari ni!

(ni untuk peringkat awal percubaan.. walaupun nampak macam tak de beza, tapi, at least kita telah  memberi  isyarat kepada otak dengan satuu perkataan yang positif.. mana tau, otak, lama-lama diseru dengan kata positif, akan memberi kesedaran kepada diri.. at least berusaha merubah paradigma) 

2. sibukkan diri dengan aktiviti

pada aku sendiri, malas ni menguasai diri bila terlalu banyak masa untuk dihabiskan..macam sem 2 HSFY..

time table sem 2

banyak sangat lopak dalam timetable.. pastu, mula la buat keje yang tak berfaedah.. ish3..

when too much time to kill, benda alah macam ni pun layan.. hailo...

untuk itu, aku plan

1.join kelab-kelab kat uni.. hmm, still dalam pertimbangan.. tengok la dulu mana yang sesuai..
2.since my hobby is reading (buku melayu je, k..hehe), I eyeing for books from seniors` houses, already got myself three books, yeay.. gonna start reading soon^^ (errr, bukan lecture last week punye, tak cover lagi ke??)
3.belajar knitting dengan youtube?? did try it yesterday- and it is not that easy as i thought it would be.. mungkin akan trylagi, tapi bukan dalam masa yang terdekat ni.. not in the mood yet

etc3

3. fikirkan consequences bila bermalas-malasan

fikirkan akibatnya klu malas nak buat laundry,
apa akibatnya klu malas study,
apa akibatnya klu malas nak makan
apa akibanya klu malas mengaji
apa akibatnya klu malas nak kemas bilik.. and so on

4. berkawan dengan orang yang rajin

i like this part.. kita sume tau kan, how people around us, can really potrayed ourselves.. dalam hadis pun ada cakap

"sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk daripadanya." 
riwayat Abu Daud

so, pergilah berkawan dengan orang rajin.. mula-mula mungkin rasa macam terpaksa pura-pura rajin, tapi, lama-lama Insyallah, rasa rajin itu akan datang hasil dari istiqamah dengan sikap 'pura-pura' rajin tu.. ahaks ;P

(https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcTXhVq6ImKnj-17vdpijjVos3s0l3_iBgLaX3RJAyUp1ZYme9wvPg)

sekian saja coret-coret kali ni.. wasalam

No comments:

Post a Comment